• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Cara Mencegah Hepatitis Supaya Tidak Berjangkit

8 April 2015 By azeni 13 Comments

Hepatitis antara penyakit yang jarang di dengari. Tahap kesedaran tentang penyakit ini pun sangat kurang.

Ramai yang masih tidak tahu:

Apa itu hepatitis?

Bagaimana ia berjangkit?

Cara merawatnya?

Adakah boleh membawa maut?

Semua persoalan asas di atas, kebanyakannya memang tidak tahu. Jom saya kongsikan bersama.

Apa itu hepatitis

Apa itu hepatitis?

Apa itu hepatitis?

Hepatitis adalah keradangan yang berlaku pada hati disebabkan jangkitan virus.

Keadaan di mana hati tidak dapat berfungsi dengan baik menyebabkan toksik tidak dapat dibuang dengan sepatutnya dan nutrisi tidak dapat diproses dan disimpan pada tempat sepatutnya.

Terdapat 3 hepatitis yang utama iaitu:

i. Hepatitis A Virus (HAV)

ii. Hepatitis B Virus (HBV)

iii. Hepatitis B Virus (HCV).

Hepatitis A Virus (HAV)

Akan menyebabkan selesema yang sangat teruk dikuti dengan demam dan sakit kepala. Juga pengidap akan muntah-muntah, meloya hingga hilang selera untuk makan dan juga sakit di bahagian perut.

Keadaan akan lebih teruk apabila selepas beberapa hari dan akan muncul jaundis iaitu kekuningan pada kulit dan juga pada mata putih. Ini disebabkan oleh pembentukan dan pigment hempedu dalam darah.

Selain itu najis akan berwarna pucat dan air kencing akan lebih gelap.

Sangat mudah dijangkiti melalui sentuhan, pencemaran daraipada air dan makanan, ataupun melalui kerang-kerang mentah dari air yang tercemar.

Hepatitis B Virus (HBV)

Akan mengalami seperti simptom-simptom diatas tetapi lebih kronik bila hati mengalami keradangan ataupun pembengkakan . Ini akan menyebabkan kegagalan pada hati untuk berfungsi dan boleh menyebabkan hingga mendapat kanser hati.

Hepatitis B Virus (HCV)

Untuk hepatitis C akan lebih kronik iaitu menyebabkan sirosis (cirrhosis) tetapi simptomnya adalah selalu tidak sihat dan badan kepenatan.

HCV ini biasanya dijangkiti melalui pemindahan darah. Penerima menerima darah daripada penderma yang ada hepatitis tetapi tidak dapat dikesan secara tepat.

Pemindahan farah faktor terjadi hepatitis

Hepatitis boleh terjadi melalui pemindahan darah

Kebiasanya untuk hepatitis B dan C, jangkitan boleh berlaku melalui hubungan seks.

Jika ibu mengidap hepatitis B, ia boleh diturunkan kepada bayi melalui susu ibu.

Pengidap hepatitis A boleh menyebarkan melalui peralatan makanan yang dikongsi. Sebab itu, mereka akan menggunakan utensil berlainan dan tahap kebersihan akan lebih teliti diambil kira.

Cara untuk kita mencegah apabila berada dalam kalangan pesakit hepatitis:

1. Pastikan terlebih dahulu mendapat vaksin untuk hepatitis B dan C

2. Apabila melancong ataupun berada di tempat orang, minum air kosong yang dibotolkan sahaja.

Elakkan ambil ais!

3. Makan makanan yang telah disimpan ataupun disediakan oleh persekitaran dapur yang bersih.

4. Elakkan ambil minuman beralkohol

5. Elakkan melakukan hubungan seks tanpa sebarang pencengahan

Untuk cara pemakanan pesakit hepatitis boleh rujuk disini iaitu Pantang Larang Pesakit Hepatitis.

Untuk hepatitis, memang sangat digalakkan untuk ambil supplement yang berasaskan herba. Kerana herba mampu untuk nyahkan dan membuang segala mendapan daripada toksik dan bahan kimia di hati.

Dan apabila hati dalam keadaan ‘bersih’ dan sihat baru boleh pertimbangkan untuk supplement dan vitamin asas yang lain.

Antara herba yang penting untuk bantu detok hati adalah:

1. Artichoke

2. Dandelion

3. Herba cina iaitu schizandra

4. Kunyit

5. Ekstract biji benih pokok susu tisel ( milk thistle seed)

Kesemua herba di atas memang sangat digalakkan ambil untuk hati dan semuanya ada dalam DTX Compleks.

Apabila berkaitan dengan hati, ia perlu dicuci dan didetokskan terlebih dahulu dengan menggunakan DTX Compleks.

Dalam DTX Compleks, antara ramuan utama dan penting diambil untuk pengidap hepatitis, adalah artichoke yang berfungsi untuk meningkatkan keberkesanan hati selepas detoks. Di mana artichoke adalah sejenis tumbuhan yang mengandungi bahan kimia untuk membantu membina sel-sel baru untuk hati.

Manakala Nutriferon mengandungi interferon iaitu bertindak untuk melindungi kita daripada sebarang jangkitan influenza dan berbagai penyakit. Malah dalam bidang perubatan, suntikan interferon dilakukan untuk merawat penyakit hepatitis, anjing gila (hidrophobia), kanser dan HIV juga tau.

Vivix membantu untuk detox keseluruhan badan terutamanya di bahagian hati. Juga menormalkan kembali kandungan alkali dalam badan.

Cara ia bertindak untuk merawat adalah dengan mengurangkan infeksi  dan meminimunkan ketidakselesaan untuk pesakit Hepatitis terutamanya Hepatits B dan C.

Tetapi sebenarnya tiada ubat yang spesifik untuk menyembuhkan penyakit hepatitis. Walaupun ada suntikan untuk interferon tetapi ia lebih kepada fungsi untuk memperlahan virus dalam badan. Selebihnya, hati akan merawat.

Apa yang dicadangkan seperti di atas iaitu Vivix, DTX Compleks dan Nutriferon adalah cenderung untuk merawat keradangan pada hati.

Cara rawat hepatitis

Testimonial vitamin rawat Hepatitis:

testimonial pesakit hepatitis

 

Cara rawat hepatitis A, B dan C

 

Cara rawat hepatitis

Walaupun kita jarang dengar tentang hepatitis, bukan bermakna kita akan selamat. Apa pun yang penting langkah pencengahan.

Perlu tahu simptom-simptom yang pengidap hepatitis alami supaya kita akan bersiap sedia untuk merawatnya.

Banyak penyakit menyerang dalam. Dan kebanyakan bila tahu apabila sudah sampai peringkat yang kritikal. Jangan kita biarkan diri kita menjadi golongan kecil yang terkena hepatitis.

Mencegah lebih baik.

Jom hubungi saya.

Cara Order Vitamin Shaklee, pengedar shaklee kota damansara dan petaling jaya

 

Azeni Ahmad

Call/SMS/Whatapps ; 012-5771864

Page: Azeni Vita-Shoppe

Shaklee Distributor : 890574

COD area: Kota Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.

COD boleh dipertimbangkan: Kawasan Petaling Jaya (Bandar Sunway, Taman Medan, Kelana Jaya, Taman Universiti (U-Garden), Sungai Way, Damansara Utama, Mutiara Damansara, Damansara Perdana, Subang, Sea Park, Tropicana, Glenmarie dan Ara Damansara)

Bagi yang kerja berdekatan Stesen LRT Putra Aliran Kelana Jaya ke Masjid Jamek, penghantaran boleh dilakukan selepas waktu office hour.

Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.

Kebaikan dan Faedah Apabila Menjadi Ahli Shaklee

Cara Rawat Hypoglycemic Semasa Hamil
Bahaya ke Bila Wanita Tiada “Waktu Subur”?

Related

Filed Under: Shaklee Tagged With: Apa itu hepatis, cara cegah hepatitis, cara merawat hepatitis, Hepatitis A (HAV), Hepatitis B (HVB), Hepatitis C (HCV), rawat hepatitis dengan herba

Comments

  1. Mak Jemah Jual Vitamin says

    10 April 2015 at 9:32 am

    takutnya rupanya ada banyak jenis penyakit hati ni..rawat sebelum paraah..
    Mak Jemah Jual Vitamin menulis…Tak Payah Beli Pam Susu, Kita Marmet JeMy Profile

    Reply
    • azeni says

      14 April 2015 at 1:43 pm

      Tue la MJ.
      Risau bahaya.
      nampak sihat kat luar tapi kat dalam kena selalu check.

      Reply
  2. Ikhwan Fahmi says

    10 April 2015 at 2:13 pm

    benar, elakkan minum yang beralkohol, nanti mabuk dan sakit 🙂
    Ikhwan Fahmi menulis…7 Sebab Anda Tidak Perlukan Nota Rujukan Separa PerubatanMy Profile

    Reply
    • azeni says

      14 April 2015 at 1:44 pm

      Sebenarnya alkohol penting juga untuk dalam perubatan.
      Tapi berlebihan bawa padah.
      Padah pada hati kita.

      Reply
  3. Niza Yusof says

    10 April 2015 at 9:54 pm

    Info yang sangat bermanfaat. Macam2 penyakit hati ye..
    Niza Yusof menulis…Pencuci Muka Nutriwhite Shaklee, Atasi Kulit KusamMy Profile

    Reply
    • azeni says

      14 April 2015 at 1:45 pm

      Semoga membantu sama-sama.

      Reply
  4. Pak Teh says

    10 April 2015 at 11:16 pm

    Terima kasih atas info ini.

    Sangat bermanfaat untuk semua.
    Pak Teh menulis…Hujan Dan Cheese CakeMy Profile

    Reply
    • azeni says

      14 April 2015 at 1:45 pm

      Semoga membantu yea Pak Teh.

      Reply
  5. titan says

    14 April 2015 at 6:20 pm

    bahaya woo.

    hati nak pakai lama.

    jadi, kena jaga hati selalu.

    agar lebih ramai gadis-gadis boleh kongsi hati yang sama.
    titan menulis…Kisah orang Malaysia GAGAL main Google Adsense – Siri AkhirMy Profile

    Reply
    • azeni says

      15 April 2015 at 12:21 pm

      Uhhh.
      Tue hati perasaan.
      Lagi bahaya wooo.
      Hahaha

      Reply
  6. Mama Hantek says

    16 April 2015 at 8:20 am

    jadikan habit tidak berkongsi air minuman especially kongsi penyedut straw, jangankan dengan orang tidak dikenali, dengan kawan yang kita tak tahu status kesihatan pun elakkan
    Mama Hantek menulis…6 langkah melakukan Urine Pregnancy Test (UPT) dengan betulMy Profile

    Reply
    • azeni says

      16 April 2015 at 6:09 pm

      Betul sangat.
      Elakkan daripada berkongsi barang apa-apa bila berada di kawasan public.

      Reply
  7. ohcikgu says

    19 April 2015 at 6:41 am

    bahaya kalau berjangkit nih.

    hati kena jaga selalu.

    lagi-lagi kalau hati perempuan.
    ohcikgu menulis…Calonkan GURU kesayangan anda dalam 1BestariNet Teacher Awards 2015My Profile

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer