• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

  • Home
  • Kenali Saya
  • Hubungi Saya
  • Disclaimer
  • Arkib

Bawah Ketiak Gelap Ataupun Hitam? Apa Puncanya dan Cara Atasinya

20 September 2015 By azeni 30 Comments

Bawah ketiak gelap juga dikenali dalam istilah perubatan adalah acanthosis nigricans. Agak memalukan juga sebenarnya walaupun ia di bahagian yang tertutupkan.

Malah ia boleh menjadi satu kerisauan yang besar bila terutamanya yang baru nak berkahwin ataupun ibu yang tengah mengandung.

Rasa nak sental pakai skrub bagi cerah kan. Hehehe.

bawah ketiak gelap atau hitam

Terkejut baru perasan bawah ketiak gelap?!

Ada beberapa faktor menyebabkan bawah ketiak menjadi gelap ataupun hitam:

1. Kerap bercukur

Memang boleh mengelapkan kulit. Daripada bercukur, disarankan menggunakan waxing.

2. Ada jangkitan bakteria

Dikenali sebagai erythrasma iaitu menjadi punca dalam menyebabkan ketiak gelap. Jangkitan yang disebabkan oleh bakteria Corynebacterium minutissimum, mula muncul sebagai tompok merah jambu. Bintik-bintik merah jambu menjadi bersisik coklat.

Menurut National Institutes of Health, ia terjadi disebabkan oleh kencing manis.

3. Penggunaan deodoran anti peluh

Selalu sangat penggunaan deodaran menyebabkan kulit ketiak menjadi gelap disebabkan kandungan bahan kimianya.

Deodaran yang anti peluh tidak digalakkan ambil memandangkan ia menghalang peluh. Berpeluh adalah proses semulajadi tubuh badan kita. Bayangkan kalau peluh tersekat dan tidak boleh keluar. Umpamanya macam kencing tak boleh keluar.

4. Hormon badan tidak seimbang

Biasanya berlaku pada ibu yang tengah hamil dimana kawasan tertutup ataupun pelipat iaitu bawah ketiak, celah paha, ataupun sekitar leher akan gelap.

Ini disebabkan oleh hormon semasa mengandung iaitu cloasma. Biasanya selepas bersalin, akan hilang tetapi ada juga yang tak hilang.

Alahai…

Jom kita tengok petua-petua untuk hilangkan bawah ketiak gelap ataupun hitam.

Boleh gunakan sayur-sayuran yang bertindak sebagai agen pemutih di bawah ketiak. Boleh gunakan timun, kentang dan lemon iaitu mempunyai sifat berasid dan anti bakteria.

i. Timun

Dijadikan hirisan dan sapu di bahagian ketiak.

Boleh buat jus timun ditambah sedikit dengan titisan lemon dan kunyit hidup. Jadikan pes kemudian letakkan di bawah ketiak selama ½ jam dan bilas.

ii. Kentang

Buat hirisan nipis kentang dan sapukan di bawah ketiak.

iii. Lemon

Potong nipis hirisan lemon dan sapukan di bawah ketiak. Untuk mengelakkan kulit lebih kering, boleh tambah dengan sedikit madu, kismis ataupun kunyit sebagai pes.

Lemon sangat bagus dijadikan sebagai deoodaran semulajadi. Kandungan tinggi vitamin C, magnesium, dan kalium menjadikan ia sebagia anti bakteria dan mengimbangi pH kulit.

Asid sitrik dalam lemon adalah agen yang sangat berkesan yang menghalang bakteria yang memberikan bau peluh yang tidak menyenangkan.

Petua ini boleh lakukan dalam 3-4 kali seminggu. Lebih kerap lebih bagus kesannya kan.

Boleh tengok video ini bagaimana untuk melakukan petua-petua di atas. Senang dan mudah.

Ketiak hitam juga terjadi disebabkan oleh sel-sel mati di sekitarnya. Tiada sel baru diper baharui. Dengan pengambilan konsisten protein dapat membantu mengurangkan dan menghilangkan kesan warna hitam pada ketiak.

ESP cerahkan bawah ketiak gelap atau hitam

Protein yang disarankan adalah ESP iaitu Energy Soy Protein non GMO yang membantu untuk membaiki sel-sel dalam badan kita termasuk di sekitar ketiak. Kira mencerahkan keseluruhan badan.

Testimonial mencerahkan bawah ketiak gelap ataupun hitam.

testimonial bawah ketiak gelap atau hitam

Alhamduillah dengan ESP membantu untuk tampil lebih yakin dan selesa. Walaupun ia hanya satu bahagian yang tertutup tetapi tetap memainkan peranan penting kerana keseluruhan tubuh wanita sangat berharga kan.

Hehehe.

Bagi yang belum berkahwin, memang rasa malu dan rendah diri kan apabila nak berhadapan dengan bakal suami nanti kan.

Untuk yang dah berkahwin, pasti nak cantik-cantik aje depan suami. Takkan nak duk kepit ketiak memanjang kan. Hehe.

Jom hubungi saya untuk dapat ESP. Konsultasi akan diberikan khas kepada pelanggan saya sahaja.

Cara Order Vitamin Shaklee, pengedar shaklee kota damansara dan petaling jaya

Azeni Ahmad

Call/SMS/Whatapps ; 012-5771864

Page: Azeni Vita-Shoppe

COD area: Seluruh Perlis, Kota Damansara, Damansara Perdana, Mutiara Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.

Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.

Kebaikan dan Faedah Apabila Menjadi Ahli Shaklee

Mengapa Hubungan Keintiman Suami Isteri Makin Dingin Selepas Bersalin?
Cara Hilangkan Bintik Kolestrol Tanpa Laser

Filed Under: Shaklee Tagged With: bawah ketiak gelap, bawah ketiak hitam, petua cerahkan bawah ketiak, petua putihkan bawah ketiak

Comments

  1. Hajah Kay says

    20 September 2015 at 5:00 pm

    Assalamualaikum..
    Saya hajah Kay baru nak buat blog.. selamar berkenalan.. nanti saya update blog saya yer..

    Reply
    • azeni says

      27 September 2015 at 8:51 am

      Salam perkenalan..

      Reply
  2. Ina says

    21 September 2015 at 10:38 am

    Mmg bagus esp ni
    http://www.duniakusihat.com

    Reply
    • azeni says

      27 September 2015 at 8:52 am

      Memang pun..
      Semua orang memerlukan protein..

      Reply
  3. Cheq Eem says

    21 September 2015 at 10:23 pm

    selalu orang nak kulit muka putih…. tapi jangan dilupakan bahagian ketiak… dekat situ pon nak putih juga….. hehehhehe…..
    Cheq Eem menulis…Backpacking Trip Thailand: Erawan National ParkMy Profile

    Reply
    • azeni says

      27 September 2015 at 8:53 am

      Selalu nak titikberatkan bahagian selalu nampak kan.
      Part tertutup kurang ambil kesah kan..

      Reply
  4. Noriza Rahman says

    22 September 2015 at 10:23 am

    Memang ada pengalaman macam ni masa pregnant dulu, tapi selepas amalkan ESP secara konsisten Alhamdulillah memang tiada langsung kesan hitam tu..
    Noriza Rahman menulis…Membuat Persediaan Untuk Hamil Dengan Multivitamin?My Profile

    Reply
    • azeni says

      27 September 2015 at 8:53 am

      Masa mengandung lagi la.
      Hormon pun pening abis satu badan kan berdaki hitam.
      Hihihi..

      Reply
      • Noriza Rahman says

        3 October 2015 at 2:56 pm

        Memang, kita nak tengok pun malu…huhu
        Noriza Rahman menulis…Manfaat Lutein Untuk Penglihatan Mata yang SihatMy Profile

        Reply
  5. sabree hussin says

    22 September 2015 at 5:11 pm

    Tips yang guna lemon tu saya tak pernah cuba. Biasa saya gantikan dengan limau kasturi atau limau purut sebab kat kampung dua limau ni lagi senang nak dapat
    sabree hussin menulis…Rahsia bagaimana buat duit dengan main games online akhirnya dibongkarkan!My Profile

    Reply
    • azeni says

      27 September 2015 at 8:54 am

      Lagi wangi kalau limau purut.
      Menusuk hidung.
      Lagi mudah hilangkan bau kan.

      Reply
  6. topijerami says

    23 September 2015 at 11:32 am

    tips yang bagus…
    sesuai untuk semua jantina
    topijerami menulis…Daftar Unifi OnlineMy Profile

    Reply
    • azeni says

      27 September 2015 at 8:54 am

      Semua orang leh gunakan tips tak kira tua muda

      Reply
  7. akuoka says

    23 September 2015 at 11:35 am

    3 tips yang simple tapi tak pernah terfikir…
    yg selalu terfikir pasa scrub 2

    Reply
    • azeni says

      27 September 2015 at 8:55 am

      Aaha biasa memang skrub je.
      Sebab banyak dijual kan.
      Tapi makin kering kulit pakai skrub.

      Reply
  8. siti hazreen says

    24 September 2015 at 10:23 pm

    Kulit saya pulak memang elergik dengan sabun dettol…hurmmm tak tahu kenapa
    siti hazreen menulis…Jalan-Jalan Cuci Mata Di BangiMy Profile

    Reply
    • azeni says

      27 September 2015 at 8:56 am

      Lain kulit lain kesannya hazreen.
      Tue lena try and error..
      Banyak kandungan kimia sesetengah produk kan.

      Reply
  9. Mr Sync says

    25 September 2015 at 3:28 pm

    lepas bersalin insyaallah hitam tu hilang.
    Mr Sync menulis…3 Tips Mulakan Bisnes PrintingMy Profile

    Reply
    • azeni says

      27 September 2015 at 8:56 am

      Mungkin juga.
      Bergantung pada hormon badan masing2..
      Kadang2 tak hilang pun ada juga.

      Reply
  10. seri nian says

    28 September 2015 at 1:45 pm

    huhuhi,
    x sangka ketiak boleh putih dengan esp..pergh…x perasan plak. sebab x gelap sebelum ni. balik kene belek2 heheheh
    seri nian menulis…Rahsia 6 Artis Awet Muda Amal Anggur MuscadineMy Profile

    Reply
  11. suri says

    2 October 2015 at 4:14 pm

    kalau gelap payah mesi cri penawarnya dengan segera malu ahai..
    suri menulis…Doa Merawat Buasir Pengalaman MengalaminyaMy Profile

    Reply
    • azeni says

      9 October 2015 at 2:11 am

      Malu la..
      Hihihi.

      Reply
  12. Travelog Siti says

    3 October 2015 at 5:52 am

    Ingatkan kerap bercukur je puncanya, tak tahu pulak bakteria pun salah satu penyebab.
    Travelog Siti menulis…Trip Trabzon – Tasik Uzungol hasil dari tanah runtuhMy Profile

    Reply
    • azeni says

      9 October 2015 at 2:12 am

      Deodoran antara punca utama juga menyebabkan ketiak gelap.

      Reply
  13. Hero Borneo says

    6 October 2015 at 2:50 pm

    lelaki atau wanita sama sahaja berpotensi untuk kulit hitam bawah ketiak
    Hero Borneo menulis…Blog Review Iryantyahamad.blogspot.myMy Profile

    Reply
    • azeni says

      9 October 2015 at 2:13 am

      Kena ambil kisah masing-masing..

      Reply
  14. Suriya says

    7 October 2015 at 3:56 pm

    keti tam..ketiak hitam. sendiri tengok pun rasa sesuatu gitu.
    Suriya menulis…5 Doa Terpilih Elak Anak Malas Belajar Supaya Rajin, Bijak & Cemerlang!My Profile

    Reply
    • azeni says

      9 October 2015 at 2:13 am

      Arghhhh rasa apa tue?
      Huhuhu.

      Reply
  15. kerja sendiri says

    20 October 2015 at 9:39 am

    Murah je barang-barang untuk cerahkan ketiak. Lelaki/perempuan boleh buat petua ni kan.
    kerja sendiri menulis…Affiliate vs DropshipMy Profile

    Reply
    • azeni says

      9 November 2015 at 11:43 pm

      Aaha yang petua tue mudah sangat.
      Cuma kena konsisten je

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: naturavitamina@gmail.com

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Kembali Mencoret
  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2026 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Digital