• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Mengapa Hubungan Keintiman Suami Isteri Makin Dingin Selepas Bersalin?

9 October 2015 By azeni 14 Comments

Isteri selepas bersalinkan anak akan mendapat satu lagi tanggungjawab yang sangat besar dalam hidupnya. Iaitu sebagai seorang ibu.

Mengalas tanggungjawab sebagai isteri dan ibu dalam satu masa ditambah lagi jika berkerjaya, memang bukan sesuatu yang mudah kan.

Komitmen yang banyak antara salah satu faktor menyebabkan layanan isteri terhadap suami makin kurang.

Biasa kedengaran;

“ Isteri kalau selepas dapat anak, memang akan lebih sayangkan anak berbanding suami”.

Hihihi.

Ia terjadi bersebab. Suami pula jangan cepat membuat kesimpulan ataupun melatah bila melihat isteri lebihkan anak.

Bukan setakat lebihkan anak malah hubungan intim suami isteri pun turut menjadi dingin beku kan.

Lagi bahaya kan.

hubungan keintiman dingin

Hubungan keintiman menjadi dingin selepas bersalin?

Mengapa hubungan keintiman suami isteri makin dingin selepas bersalin?

i. Kepenatan dan tidak cukup tidur.

Terpaksa bangun tengah malam untuk tukar lampin ataupun bancuh susu (untuk yang tidak menyusu badan).

Itu belum termasuk lagi anak meragam disebabkan kolik (kembung perut) ataupun demam kan. memang kena berjaga sentiasa.

Mungkin keadaan akan bertambah buruk apabila suami sendiri jenis tidak ringan tulang dan diserahkan bulat-bulat pada isteri sahaja.

ii. Trauma semasa bersalin

Salah satunya adalah koyakan perineum yang besar dan terpaksa buat jahitan yang banyak. Boleh jadi nyilu tau disebabkan bahagian kulit dalaman di sekitar perineum adalah tebal dan jahitan untuk betul-betul bercantum ambil masa lama.

Aduhh. Seriau jadinya kan.

Boleh lihat disini bagaimana untuk elak koyakan perineum semasa bersalin.

Keinginan untuk bersama suami sepatutnya menjadi lebih mesra tetapi sebaliknya disebabkan trauma semasa bersalin.

Jangan malu untuk meluahkan apa yang kita rasa sebab ia melibatkan tahap kesihatan dalaman kita. Boleh gunakan Vivix untuk proses penyembuhan yang cepat.

iii. Vagina menjadi kering

Merasai kesakitan ataupun ketidakselesaan apabila ‘bersama’ disebabkan vagina kering. Mungkin tiada berlaku komunikasi dua hala menjadikan suasana hambar.

iv. Hormon penyusuan

Bagi mereka yang menyusukan anak dengan susu badan, ia merupakan faktor utama menyebabkan mengapa menjadi kurang bernafsu untuk melakukan hubungan intim dengan suami.

Tetapi si suami jangan pula menghalang isteri daripada menyusukan anak pula kan gara-gara ketidakpuasan hubungan seksual.

Haruslah bertoleransi sesama sendiri.

Bagaimana penyusuan badan menyebabkan kedinginan hubungan keintiman suami isteri?

Kedinginan hubungan suami isteri adalah disebabkan oleh hormon penyusuan. Dimana hormon penyusuan dan hormon seks sangat-sangat berkait rapat.

Bila hormon penyusuan tinggi (prolaktin dan oxytocin) yakni bila susu badan banyak terhasil maka estrogen akan semakin menurun.

Hormon estrogen bertindak untuk melembapkan dan elastikkan dinding vagina. Apabila semakin menurun, maka tiada cecair dihasikkan menyebabkan kekeringan dan menyebabkan ketidakselesaan bila ‘bersama’.

Secara automatiknya libido wanita (keinginan seks) menjadi kurang.

Semakin lama dibiarkan umpama api di dalam sekam. Bahaya.

Hubungan dingin suami isteri

Mengurut secara tradisional membantu hubungan suami isteri

Kaedah mengurut secara tradisional iaitu pulih dara boleh diamalkan memandangkan ia dilakukan sejak turun temurun. Di mana ia membantu untuk mengembalikan tenaga dalaman dan meningkatkan keinginan seksual.

Selain itu, pengambilan suplemen juga boleh naikkan libido wanita tetapi pada masa yang sama boleh menyusu badan seperti biasa.

Bukan ubat kuat tau. Hahaha.

Suplemen untuk membantu meningkatkan hubungan keintiman untuk wanita dan juga lelaki adalah:

1. Vivix

Ia adalah antioksida yang tinggi untuk membantu secara keseluruhan dalaman badan kita. Membantu seimbangkan hormon dalam badan. Juga pada masa yang sama bantu masalah vagina kering mahupun rasa nyilu di bahagian keintiman.

Vivix boleh digunakan oleh isteri dan juga untuk suami. Secara tak langsung, memang akan memberikan tenaga disebabkan seharian bekerja kan.

Cara bantu hangatkan hubungan sexual

2. Vitamin E

Memang sejak dari dulu, Vitamin E adalah vitamin cinta. Bukan setakat untuk meningkatkan libido sahaja malah untuk hormone testosterone juga.

Ia juga mencegah sexual dysfunction yang berpunca daripada ketidakstabilan hormone badan.

Gabungan selenium dalam Vitamin E ini, membantu mengeluarkan lendir ketika ‘bersama’ sekaligus membantu pengerakan sperma.

Ia juga adalah antioksida dan menghalang radikal bebas.

3. Alfalfa Compleks

Teman baik kepada wanita kerana membantu untuk meningkatkan hormone estrogen dalam badan. Bila hormon estrogen tinggi maka lebih banyak cecair pelincir dihasilkan.

Alfalfa juga bertindak merapatkan vagina.

Vitamin untuk hubungan dingin

4. GLA Compleks

Untuk menstabilkan hormon dan betulkan kitaran haid wanita. GLA juga membantu untuk menghasilkan cecair serviks yang subur.

5. Bcompleks

Bertindak untuk bekalkan tenaga dan memperbaiki mood terutama apabila untuk ‘bersama’. Paling penting untuk meningkatkan libido.

Mungkin permulaan masing-masing baik suami isteri akan excited dengan kehadiran orang baru dalam hidup. Tapi lama-kelamaan jika tidak dibincangkan dan ditangani, boleh menjadikan hubungan suami isteri hambar.

Malah tidak keterlaluan jika dikatakan hubungan ‘bersama’ yang berlangsung dengan penuh keintiman dan kemesraan adalah kunci kebahagiaan rumahtangga.

Kan?

Tetapi perkara yang lain juga sama pentingnya dalam kita membina sesebuah keluarga yang harmoni.

So untuk isteri, jangan tunggu sampai suami mencari alternatif yang lain. Kemudian kita yang mengigit jari menangis tak berlagu.

Jom hubungi saya untuk dapatkan vitamin suami isteri. Konsultasi akan diberikan khas kepada pelanggan saya sahaja.

Cara Order Vitamin Shaklee, pengedar shaklee kota damansara dan petaling jaya

Azeni Ahmad

Call/SMS/Whatapps ; 012-5771864

Page: Azeni Vita-Shoppe

COD area: Seluruh Perlis, Kota Damansara, Damansara Perdana, Mutiara Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.

Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.

Kebaikan dan Faedah Apabila Menjadi Ahli Shaklee

Cara Rawat Kulit Rosak Disebabkan Tersalah Ambil Produk
Bawah Ketiak Gelap Ataupun Hitam? Apa Puncanya dan Cara Atasinya

Related

Filed Under: Shaklee Tagged With: hormon estrogen, hormon penyusuan, hubungan dingin, hubungan keintiman suami isteri, ubat kuat seksual, vitamin untuk seksual

Comments

  1. nurul aziyana says

    9 October 2015 at 10:52 am

    wajib makan GLA..ececeh
    nurul aziyana menulis…7 Perangai Anak Akan Belajar Dari Ibu Bapa. Hati-hati Ya..My Profile

    Reply
    • azeni says

      16 October 2015 at 7:18 am

      Wajib dah tue.

      Reply
  2. Noriza Rahman says

    10 October 2015 at 8:14 am

    Kalau lepas bersalin memang la isteri akan trauma sikit nak buat ‘intim’ ni kan…suami kena sabar la…
    Noriza Rahman menulis…Prenatal Vitamin Bantu Mengurangkan Keletihan Semasa HamilMy Profile

    Reply
    • azeni says

      16 October 2015 at 7:18 am

      Kena saling toleransi la sesama.
      Baru rukun dan damai.

      Reply
  3. suri says

    11 October 2015 at 4:49 pm

    payah ni kalau tak rawat dengan sebaiknya huhu..
    suri menulis…GoosebumpsMy Profile

    Reply
    • azeni says

      16 October 2015 at 7:19 am

      Memang bahaya sebab kesan untuk jangka panjang kan.

      Reply
  4. Mr Sync says

    12 October 2015 at 3:01 pm

    suami kena faham situasi isteri.
    Mr Sync menulis…Kumpul Duit Kahwin RM10 Ribu Dalam Masa SebulanMy Profile

    Reply
    • azeni says

      16 October 2015 at 7:19 am

      Sama-sama memahami.
      Baru la harmoni kan.

      Reply
  5. Hero Borneo says

    13 October 2015 at 6:30 am

    kalau dah dingin tu cepat-cepat panaskan balik..takut suami kurang bahagia melayari kehidupan rumahtangga
    Hero Borneo menulis…Cerita Disebalik Gambar Siri 9My Profile

    Reply
    • azeni says

      16 October 2015 at 7:20 am

      Itu la. Suami pun kena bantu juga dari segi emosi kan.
      Risau pada suami sahaja.
      Hehehe.

      Reply
  6. Surya says

    21 September 2016 at 7:29 pm

    Memang seriau, lagi2 masa lepas bersalin Anak pertama

    Reply
    • azeni says

      21 September 2016 at 7:53 pm

      Nyilu dan sakit pun ada..
      Peranan suami juga sama-sama..

      Reply
  7. nurul fatin adiana says

    9 October 2016 at 1:07 am

    oooo….tq ye atas sharing.

    Reply
    • azeni says

      9 October 2016 at 8:07 pm

      Semoga membantu..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer