• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

  • Home
  • Kenali Saya
  • Hubungi Saya
  • Disclaimer
  • Arkib

Belum Mengandung Lagi? Rawatan Kesuburan Yang Mana Sesuai?

16 July 2015 By azeni 9 Comments

Mengandung cepat ataupun lambat bukannya satu trend seperti mana fesyen baju ataupun ikut jenis model kereta keluar kan.

Tetapi sekarang ramai menganggapnya satu trend bila ramai yang berkahwin tetapi belum mengandung dalam masa 2 tahun pertama.

Semua itu bergantung pada tahap kesihatan suami isteri dan juga rezeki Tuhan. Biasanya kalau dalam masa 1 tahun pertama belum mengandung, sangat disarankan untuk memeriksa tahap kesihatan badan. Untuk suami isteri sekali tau.

Bukan isteri sahaja.

Masyarakat kita masih berpemikiran konvensional di mana kalau berkahwin dan tidak dapat anak, semuanya salah ditujukan pada isteri.

rawatan kesuburan untuk mengandung

Kadang-kadang suami sendiri pun masih berfikiran sedemikian.

Bagi kebanyakan pasangan, untuk mendapatkan rawatan kesuburan baik suami ataupun isteri masih malu malah takut ditertawakan oleh orang luar.

1. Takut dikatakan ‘tidak kuat’ pancutan!

2. Takut dikatakan sperma lemah!

3. Malah ada yang juga yang menyatakan ‘kepuasan’ belum sampai maksimum dan itu menyebabkan tidak mengandung!

Alahai.

Kalau dilayan lagi persepsi-persepsi begitu, boleh jadi sampai ke tua la tidak mempunyai zuriat kan.

Banyak rawatan kesuburan boleh digunakan untuk membantu pasangan mendapatkan anak. Ia akan bergantung pada tahap kesihatan suami isteri.

Antara rawatan kesuburan yang dilakukan adalah:

1. Ambil Clomid

Pil yang selalu ataupun kerap diambil oleh isteri untuk memastikan ovari melepaskan lebih banyak . Semasa proses ovulasi, digalakkan bersama dengan suami untuk pensenyawaan.

Bagaimana untuk tahu waktu ovulasi ataupun waktu subur?

Boleh lihat cara-cara pengiraannya di Mengira Waktu Subur Wanita.

Biasanya tempoh masa dalam 6 bulan untuk melihat kesannya. Ramai yang ambil clomid dan berjaya.

Tetapi ramai juga yang gagal.

Rawatan kesuburan

Buat pemeriksaan untuk rawatan kesuburan

2. Intrauterine insemination (IUI)

Ia dikenali sebagai pemanian beradas. Doktor akan mengasingkan sperma daripada air mani kemudian akan diletakkan dalam rahim pada waktu ovulasi.

Potensi untuk hamil dengan IUI adalah lebih tinggi berbanding menggunakan Clomid.

3. In Vitro Fertilization (IVF)

IVF ataupun kaedah bayi tabung uji dilakukan dengan mencantumkan telur dan sperma di luar rahim.

Prosedur untuk IVF sangat kompleks dan kosnya paling mahal iaitu boleh mencecah RM20,000.

IVF adalah untuk mereka yang mempunyai masalah:

i. Saluran peranakan tersumbat

ii. Sperma suami kurang berkualiti

iii. Mencuba kaedah IUI banyak kali tetapi gagal.

iv. Ada masalah endometrosis

Dan penyakit-penyakit kritikal yang lain di mana telur dan sperma tidak boleh disenyawakan dengan cara natural.

Secara detail proses IVF, boleh rujuk di drnatashanorfertility.com.

Langkah awal persiapan untuk mengandung

Paling penting adalah gaya hidup yang sihat. Ini sangat-sangat penting untuk memastikan badan dapat menghasilkan telur dan sperma yang sihat dan kuat.

Tidur yang cukup, makan makanan yang sihat dan ambil suplemen untuk bantu badan lebih sihat.

INGAT..

Gaya hidup sihat bukan dilakukan ataupun diamalkan dalam masa seminggu ataupun sebulan. Ia memerlukan masa yang lama mungkin hingga ke 6 bulan ataupun bertahun lamanya.

Bergantung kepada tubuh badan sendiri. Lebih baik, konsistenkan jika dari remaja.

Jom saya kongsikan cara alami iaitu dengan pengambilan suplemen Vivix untuk membantu kesuburan suami dan isteri.

Bagaimana?

rawatan kesuburan suami isteri dengan kos murah

Dimana Vivix akan bertindak untuk:

i. Perbaiki sel-sel yang tidak sihat disebabkan leh terdedah dengan pencemaran saban hari.

ii. Memperkuatkan organ pembiakan wanita iaitu rahim.

iii. Sperma lelaki akan lebih berkualiti, berkuantiti dan beraktiviti iaitu pengerakan sperma akan lebih laju selepas proses ejakulasi.

iv. Vivix membantu untuk detoks badan yang obesity dan secara tidak langsung menurunkan berat badan kepada normal.

v. Juga membantu mengurangkan tabiat merokok bagi lelaki. Toksik daripada bahan kimia rokok memang akan membantutkan kualiti sperma itu.

Ataupun pilihan dengan vitamin set kesuburan.

Pengambilan Set Kesuburan Premium untuk bantu tinggikan potensi untuk mengandung.

Kaedah rawatan kesuburan dengan vitamin

** GLA adalah EPO yang membantu untuk pastikan keseimbangan hormon wanita dalam badan. Juga membantu untuk pastikan kitaran haid normal setiap bulan.

Mudah untuk kita mengira waktu subur kan kalau kitaran haid normal.

** Zink untuk suami bagi membantu menghasilkan sperma-sperma yang sihat dan kuat. Zink adalah satu satu mineral penting yang perlu ada dalam badan lelaki. Kerana ia membantu untuk merembeskan hormon bagi membantu menghasilkan sperma berkualiti.

** Vitamin E bertindak untuk meningkat kelelakian, memekat air mani dan juga meningkatkan pengerakan sperma. Vitamin E juga boleh diambil oleh wanita untuk menguatkan rahim. Tetapi perlu berhenti apabila disahkan mengandung.

** Vitalea adalah multivitamin untuk memastikan badan sentiasa sihat dengan tekanan darah yang normal. Vitalea mengandungi zat besi untuk menambah darah merah. Sesuai untuk suami isteri.

** Bcompleks mengandungi asid folik dimana penting untuk peringkat awal diambil oleh isteri. Untuk mengelak sebarang kecacatan saraf.

*** Cadangan vitamin yang sesuai akan diberikan mengikut keadaan dan bajet anda.

Untuk rawatan kesuburan seperti IUI ataupun IVF memang memerlukan kos yang tinggi. Bukan semua berkemampuan dengan kos tersebut kan.

Mungkin langkah awal, amalkan gaya hidup sihat dan ambil suplemen khas untuk mengandung.

Anda juga boleh install aplikasi terkini untuk mengetahui kitaran haid samada normal atau tidak, mengetahui hari ovulasi malah suhu badan yang sesuai untuk pensenyawaan pun boleh kita tahu.

Boleh lihat di sini iaitu Aplikasi-Aplikasi Merancang untuk Hamil.

Selagi kita berusaha, selagi itu ada jalannya.

Boleh hubungi saya untuk pembelian set kesuburan premium berserta konsultasi yang bersesuaian dengan masalah anda.

Cara Order Vitamin Shaklee, pengedar shaklee kota damansara dan petaling jaya

Azeni Ahmad

Call/SMS/Whatapps ; 012-5771864

Page: Azeni Vita-Shoppe

COD area: Seluruh Perlis, Kota Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.

COD boleh dipertimbangkan: Kawasan Petaling Jaya (Bandar Sunway, Taman Medan, Kelana Jaya, Taman Universiti (U-Garden), Sungai Way, Damansara Utama, Mutiara Damansara, Damansara Perdana, Subang, Sea Park, Tropicana, Glenmarie dan Ara Damansara)

Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.

Kebaikan dan Faedah Apabila Menjadi Ahli Shaklee

Nak Merasai Pengalaman Merokok Kali Pertama? Mesti Rasa Perit Tekak kan?
Cara Atasi Hidung Berdarah Secara Tiba-Tiba

Filed Under: Shaklee Tagged With: cara untuk mengandung, kaedah kesuburan dengan IUI, kaedah kesuburan kesuburan dengan IVF, kaedah kesuburan untuk hamil, kaedah ksuburan dengan kos rendah, kaedah rawatan kesuburan dengan clomid, rawatan kesuburan untuk dapatkan anak

Comments

  1. emalinmohd says

    18 July 2015 at 6:50 pm

    Ada kawan yang buat ivf masih tak berjaya. Belum rezeki agaknya..
    emalinmohd menulis…Apa Beza Beraya di Sarawak dan di Semenanjung?My Profile

    Reply
    • azeni says

      20 July 2015 at 7:42 am

      Mungkin belum rezeki kawan awak tue emalin.
      Walaupun kejituan proses IVF tue tinggi kalau belum rezeki, kita tidak boleh menidak kan takdir kan.

      Reply
  2. permatamama says

    21 July 2015 at 9:21 am

    untuk persediaan awal kesihatan suami isteri, gaya hidup, pemeriksaan perlu dilakukan untuk kehamilan yang sihat

    Reply
    • azeni says

      21 July 2015 at 8:40 pm

      Memang pun..
      Gaya hidup kita memain peranan yang penting.

      Reply
  3. Dyson says

    12 August 2015 at 12:14 pm

    Jika wanita itu ada keadaan yang membolehkan kehamilan, tetapi tidak mungkin mengandung, . Kehamilan yang berjaya dengan bantuan rawatan kesuburan pernah .

    Reply
    • azeni says

      12 August 2015 at 5:13 pm

      Pasti ada sebab jika belum mengandung tetapi tiada masalah apa-apa..
      Kena berusaha lagi.

      Reply
  4. Ainul says

    21 April 2017 at 5:21 am

    memang mahal sungguh rawatan kat hospital nih
    Ainul menulis…Cara Merawat Penyakit Strok Atau Angin AhmarMy Profile

    Reply
    • azeni says

      24 May 2017 at 11:35 pm

      Sangat mahal.
      Bukan semua orang mampu terutamanya golongan kelas pertengahan hingga ke bawah.

      Reply
  5. INTAN says

    8 March 2018 at 10:13 am

    thanks for the very good sharing
    INTAN menulis…Petua Suburkan Peranakan Supaya Cepat HamilMy Profile

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Genesis Framework
Rekabentuk oleh Denaihati Network