• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

  • Home
  • Kenali Saya
  • Hubungi Saya
  • Disclaimer
  • Arkib

Cara Atasi Hidung Berdarah Secara Tiba-Tiba

14 July 2015 By azeni Leave a Comment

Dulu masa kecil-kecil, kami ada geng kampung main-main air sungai, panjat pokok la, main tuju kasut la, tuju tin la dan bermacam lagi permainan kampung. Masa tue, memang akan perasan ada seorang kawan, hidung mesti kerap berdarah.

Maklum lah main pun tak kira masa dan waktu.Tengah panas rembang (bahasa utara) pun boleh main.

Masa tue, fikir sebab badan terdedah dengan cuaca panas menyebabkan hidung cepat berdarah kan. Ini adalah zaman kanak-kanak dulu khas untuk generasi Y (gen-Y) sahaja ya. Kalau gen-Z memang tiada permainan kampung macam tue. Asyik mengadap gajet sahaja kan.

Hehehe.

Ada kaitan ke cuaca panas dengan hidung berdarah?

Jom kita lihat seterusnya.

Cara atasi hidung berdarah tiba-tiba

Mengapa Hidung Berdarah Tiba-Tiba?

Hidung berdarah juga dikenali sebagai epistaksis. Iaitu akan berdarah apabila salur darah halus di dalam lapisan sel pelapik hidung pecah. Kalau anda perasan, kalau kita selalu bersihkan (korek) tahi hidung hingga boleh berdarah kan dalam hidung.

Ini disebabkan oleh lapisan dalam hidung sangat ‘lembut’ dan akan mudah pecah serta keluar darah disebabkan saluran darah hampir dengan permukaan.

Punca-punca hidung berdarah  secara tiba-tiba

Mengapa hidung berdarah?

Apakah punca-punca hidung kerap berdarah?

1. Terdedah pada cuaca panas disebabkan oleh dalam hidung sensitif.

2. Ada resdung ataupun sinus yang teruk menyebabkan jangkitan dalam hidung.

3. Hidung jenis alah pada habuk-habuk ataupun alahan rinitis.

4. Hidung pernah alami hentakan kuat.

5. Kekurangan vitamin C dan vitamin K dalam badan.

6. Untuk kes kanak-kanak yang masukkan bendasing dalam hidung seperti manik kecil pun boleh jadi pendarahan.

7. Tindakbalas pada sesuatu samada ubat ataupun suplemen yang boleh menyebabkan keradangan dalam hidung

Sumber

Apa yang perlu dilakukan jika hidung berdarah?

Kebiasannya kalau berlaku pendarahan, kepala akan didongakkan lebih tinggi untuk elak darah turun dan keluar melalui hidung.

Kemudian letakkan ais di kawasan dahi ataupun penghujung hidung bagi hentikan pendarahan.

Jika masih ada pendarahan turun ataupun pesakit pening-pening pitam, lebih baik cepat berjumpa doktor. Dikhuatiri ia akan lebih serius.

Cara Atasi Hidung Berdarah Secara Tiba-Tiba

Selain daripada rawatan fizikal, pengambilan vitamin penting untuk menampung kembali kekurangan nutrien dalam darah.

cara atasi hidung berdarah

Untuk atasi masalah hidung berdarah adalah dengan Vitamin C, Alfalfa dan Zink.

Vitamin C untuk menguatkan saluran darah kita yang disokong dengan kapilari-kapilari. Kekurangan Vitamin C membawa kepada gejala skurvi. Iaitu pendarahan pada hidung, gusi serta lebam-lebam di badan.

Alfalfa mengandungi Vitamin K yang sangat diperlukan dalam darah kita. Vitamin K penting untuk membekukan darah jika berlaku sebarang pendarahan pada mana-mana bahagian badan kita.

Zink membantu untuk menghasilkan sel-sel baru dalam badan kita. Selain itu, zink bertindak untuk merawat ataupun baikpulih bahagian yang terluka.

Sumber

Kalau untuk kanak-kanak, bergantung kepada umur untuk cadangan vitamin di atas. Boleh ambil vitamin C chewable yang sama fungsinya dengan Vitamin C Sustain Release (SR). Cuma ia dalam bentuk kunyahan sahaja dan sesuai untuk kanak-kanak.

Cara atasi hidung berdarah untuk kanak-kanak

Vitamin C untuk Kanak-Kanak

Pendarahan pada hidung mungkin menjadi remeh sahaja jika hanya beberapa kali terjadi. Tetapi ia akan menjadi parah ataupun serius jika terlalu kerap berlaku. Mungkin ada penyakit yang lain disebalik tanda-tanda awal hidung berdarah.

Pastikan anda berjumpa dengan doktor untuk sahkan kekerapan pendarahan yang berlaku.

Tetapi untuk sebarang tempahan dan order vitamin Alfalfa, Vitamin C dan Zink, boleh terus hubungi saya.

Mungkin terlalu banyak vitamin perlu diambil. Jangan risau. Konsultasi akan diberikan berdasarkan keadaan anda.

Jom hubungi saya.

Cara Order Vitamin Shaklee, pengedar shaklee kota damansara dan petaling jaya

Azeni Ahmad

Call/SMS/Whatapps ; 012-5771864

Page: Azeni Vita-Shoppe

COD area: Seluruh Perlis, Kota Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.

COD boleh dipertimbangkan: Kawasan Petaling Jaya (Bandar Sunway, Taman Medan, Kelana Jaya, Taman Universiti (U-Garden), Sungai Way, Damansara Utama, Mutiara Damansara, Damansara Perdana, Subang, Sea Park, Tropicana, Glenmarie dan Ara Damansara)

Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.

Kebaikan dan Faedah Apabila Menjadi Ahli Shaklee

Belum Mengandung Lagi? Rawatan Kesuburan Yang Mana Sesuai?
Sakit Kontraksi: Bagaimana untuk Hadapinya Samada di Rumah atau di Bilik Bersalin?

Filed Under: Shaklee Tagged With: bagaimana hidung berdarah tiba-tiba, cara atasi hidung berdarah, cuaca panas menyebabkan hidung berdarah, kanak-kanak hidung berdarah, kekurangan vitamin C dan vitamin K, punca hidung berdarah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: naturavitamina@gmail.com

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Kembali Mencoret
  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2025 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Digital