Selama 9 bulan mengandung dengan penuh sabar dan berhati-hati, penghujungnya adalah waktu bersalin. Tanda kandungan matang dan boleh melahirkan apabila berlaku kontraksi.
Kontraksi berlaku apabila rahim mula menguncup untuk menolak bayi keluar secara normal. Ini bergantung kepada keadaan ibu itu sendiri.
Bukan semua boleh merasakan kontraksi secara semulajadi. Walaupun kontraksi berlaku tetapi tetapi ada kes juga terpaksa bersalin melalui pembedahan.
Semua boleh berlaku semasa proses untuk bersalin. Belum tentu ibu yang sudah bersalin 3-4kali akan alami proses yang sama. Setiap bayi akan mempunyai kisah yang berlainan.
Sakit kontraksi rasanya sepertinya perut tengah memulas sakit. Tapi lebih sakit. Permulaan kontraksi berlaku dalam sela masa yang panjang dan akan semakin kerap sela masa apabila semakin menghampiri proses untuk bersalin.
Boleh lihat disini untuk pengerakan 3D bagaimana kontraksi berlaku hingga ke proses kelahiran.
Tapi memang rasanya wajib untuk ibu-ibu akan lupa semua benda yang dibaca semasa menahan sakitnya kontraksi. Walaupun banyak membaca sebelumnya itu. Hehehe.
Itu peranan suami untuk ambil tahu dan baca apa yang berkaitan tentang proses bersalin untuk bantu isteri. Info yang sedikit tetapi boleh membantu ibu menghadapi dengan lebih tenang proses kelahiran.
Ini antara pengalaman saya sendiri bila berhadapan dengan sakit kontraksi yang timbul selepas diinduce. Kata orang masuk ubat induce lebih sakit daripada kontraksi semulajadi. Tak pasti kesahihannya kerana 2 kali mengandung memang 2 kali kena induce. Tapi mujur kelahiran normal.
Secara detail, boleh lihat di Pengalaman Sendiri di Labour Room.
Mari kita lihat cara-cara untuk membantu kurangkan sakit kontraksi tidak kira samada di rumah ataupun di hospital.
6 Cara Legakan atau Kurangkan Sakit Kontraksi untuk Bersalin
1. Berfikiran positif
Ini yang paling utama sekali. Apa-apa semua tindakan kita adalah dari apa yang kita fikir. Kalau kita fikir ia terlalu sakit sangat dan terlalu fokus pada sakit itu, memang akan sentiasa sakit.
Cuba berfikiran positif sambil membayangkan bayi tengah berusaha turun ke vagina kita untuk keluar berjumpa dengan mama dan papa dia. Lebih indah kan walaupun sakit. Mesti tidak sabar rasanya.
2. Menggunakan beg panas /botol berisi air panas
Otot-otot akan mula menegang akibat proses kembang kuncup rahim. Boleh letak kan beg panas seperti beg berbiji yang digunakan di spa-spa kecantikan. Diletakkan di bahagian paha dan pinggang.
Boleh guna botol air panas dan disalut dengan tuala. Kemudian dituam pada bahagian pinggang dan paha. Kaedah yang sama untuk melegakan semasa kita senggugut.
Sekurang-kurangkan mengurangkan ketegangan otot kan.
3. Teknik pernafasan yang betul
Boleh tarik nafas dan tahan seketika mengikut kadar sela sakit kontraksi. Dalam kiraan 5-6 saat tahan nafas.
Ia sangat membantu malah bagus untuk dipraktiskan. Kerana semasa untuk meneran keluar bayi, teknik pernafasan harus betul untuk elak bayi lemas.
So boleh praktis dari awal dan dapat mengelak daripada panik semasa meneran.
4. Banyak berjalan
Kena banyakkan berjalan walaupun tengah sakit. Sebab graviti bumi akan menarik bayi untuk turun ke bawah vagina ibu mencari saluran keluar. Ini salah satu cara memudahkan/mempercepatkan untuk bersalin.
Perhatian terhadap sakit akan dialihkan bila kita banyak berjalan kan. Contohnya sambil berjalan sambil mengira berapa langkah kita berjalan ke.
Elakkan berbaring melainkan anda terpaksa dimasukkan air dan perut terpaksa dipasang dengan CTG (Cardiotocography) untuk mengetahui keadaan bayi.
5. Berendam dalam tab air
Ini salah satu kaedah kelahiran bayi ataupun homebirth.
Sebab molekul-molekul air akan membantu mengurangkan tekanan akibat otot-otot menegang.
Kaedah bersalin dalam kolam ataupun tab air digalakkan disebabkan proses kontraksi akan menjadi singkat (kurang sakit) dan bayi mudah keluar.
Banyak hospital sudah menawarkan kaedah ini. Tetapi belum meluas digunakan di Malaysia.
6. Urutan lembut
Suami boleh ambil peranan ini untuk mengurut lembut di bahagian pinggang dan belakang isteri dengan menggunakan minyak panas.
Sekurang-kurang kurang sikit sakit kontraksi tue kan.
Proses kontraksi boleh menjadi panjang ataupun pendek masanya bergantung pada ibu itu sendiri. Setiap orang orang akan berlainan cara sakitnya. Ada turun ‘tanda’ darah dulu. Ada yang pecah air ketuban dulu kan.
Pengalaman diri sendiri, sakit kontraksi hingga hampir 12 jam untuk menunggu bukaan serviks hingga 10cm. Memang akan hilang tenaga disebabkan menahan kesakitan. Tetapi kita perlu simpan tenaga untuk meneran.
Bagaimana untuk bertenaga walaupun sakit kontraksi yang lama?
Masa itu, saya ambil serbuk Performance Drink (PD) dicampurkan dengan ESP untuk memastikan mempunyai tenaga semasa meneran nanti. Kedua-duanya membantu membekalkan tenaga untuk badan kita dan tidak memberi kesan buruk pada ibu mahupun bayi. Kerana ia adalah vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan kita.
Memang sangat membantu dalam bilik bersalin.
Kalau isteri tengah sakit melawan kontraksi, suami boleh tolong belikan Performance Drink (PD) dan ESP dan tolong bancuhkan.
Ingat PD dan ESP bukan untuk legakan kontraksi yea tetapi untuk bagi bertenaga hingga selamat meneran bersalin.
Boleh hubungi saya untuk sebarang tempahan dan pesanan.
Call/SMS/Whatapps ; 012-5771864
Page: Azeni Vita-Shoppe
COD area: Seluruh Perlis, Kota Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.
COD boleh dipertimbangkan: Kawasan Petaling Jaya (Bandar Sunway, Taman Medan, Kelana Jaya, Taman Universiti (U-Garden), Sungai Way, Damansara Utama, Mutiara Damansara, Damansara Perdana, Subang, Sea Park, Tropicana, Glenmarie dan Ara Damansara)
Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.
Memang sakit kontraksi berganda-ganda sakit dari senggugut. tak boleh nak describe intensity tu.
Riza Afzan Asri menulis…Cara Sokong Penyusuan Susu Ibu Buat Ahli Keluarga Supaya Ibu Kekal Positif
Saya tak pernah senggugut. Tue yang taktau tue. Yang penting memang sakit la kontraksi
Sakit contraction ni memang tak dapat nak dibayanngkan dengan kata-kata. Selalu orang cakap macam sakit senggugut, tapi sebab Zarith tak pernah senggugut, jadi tak tahu. Sampai la detik nak melahirkan, baru tahu sakitnya macam mana huhuh.. Tapi sakit yang tak pernah serik ehehe
Ibu Zarith menulis…Normalkah Keputihan Yang Banyak Semasa Hamil Dan Bagaimana Cara Atasinya?
Saya pun tak penah sengugut.
Tue takboleh nak banding tue.
Hehe