• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Cara Mudah Atasi Kejang Kaki Supaya Tidur Malam Lena

10 July 2015 By azeni 2 Comments

Boleh dikatakan semua orang akan pernah alami masalah kejang kaki. Tidak kira la wanita ke, lelaki ke, umur muda ataupun tua dan paling kerap sekali adalah ibu mengandung kan.

Mari saya kongsikan pengalaman diri sendiri tentang masalah kejang kaki.

Bersukan boleh menyebabkan kejang kaki?

Dulu masa zaman belajar, saya memang seorang yang sangat aktif bersukan. Masalah kejang kaki memang selalu ada.

Masa itu fikir sebab kita terlalu menekan dan menggunakan kekuatan otot kita menyebabkan kerap berlaku kejang otot.

Kejang kaki bila bersukan

Kejang kaki apabila bersukan?

Tetapi sebenarnya apabila otot kita mengalami dehidrasi yang tinggi, maka kepekatan mineral dalam badan akan tinggi. Selepas bersukan, bila kita minum air yang banyak menyebabkan kepekatan mineral akan mencair dan menyebabkan terjadi hyponatremia. (Sumber)

Sangat penting keseimbangan air dalam badan bagi mengelakkan badan terhidrasi dan badan akan mudah cedera.

Tapi dulu, saya tidak ambil kesah tentang kejang kaki ataupun otot. Maklumlah masih muda katakan.

Hehehe.

Ibu mengandung selalu kejang kaki?

Bila beralih fasa kehidupan ke alam rumahtangga, masih juga mengalami masalah kejang kaki terutamanya semasa waktu mengandung.

Masa mengandung anak pertama 5 tahun yang lepas, memang kerap sangat kejang kaki waktu malam. Sesetengah orang panggil simpul mengkarung kan. Hehehe.

Bila masuk trimester kedua hingga bersalin, memang selalu kejang kaki tidak kira waktu malam ataupun siang.

Cara atasi kejang kaki semasa mengandung

Keadaan normal untuk ibu mengandung

Dengan keadaan rahim semakin membesar dan menekan bahagian di bawah perut hingga ke kaki, menyebabkan kaki membengkak seperti kaki gajah. Hahaha.

Ini adalah disebabkan water rentention berlaku. Iaitu takungan air di bawah lapisan kulit kita. Boleh lihat di artikel Bagaimana Water Retention Berlaku?

Walaupun dalam keadaan duduk sahaja bersantai, tiba-tiba boleh jadi kejang kaki. Memang masa itu, langsung tiada kesedaran untuk mencegah keadaan itu. Terfikir mungkin itu adalah keadaan yang normal untuk semua ibu mengandung.

Masa itu, selalu dapat nasihat daripada orang sekeliling, bila tidur pakai stokin untuk elak kaki sejuk dan tidak kejang kaki. Walaupun pakai stokin, tetapi masih kerap terjadi juga.

Bila mengandung anak yang kedua 2 tahun yang lepas, memang tiada masalah kejang kaki. Cuma sekali sekala ada juga bila terlalu banyak berjalan.

Masa ini, ada kesedaran tentang kepentingan mineral dalam badan dan mengapa kerap terjadi kejang kaki.

Mengapa kerap terjadi kejang kaki?

Ini disebabkan oleh badan kita kekurangan kalsium, magnesium dan juga potassium. Semua mineral ini sangat penting dalam badan untuk mengelak kejang kaki.

Semasa mengandung, mineral yang diperlukan oleh ibu akan mendadak naik hingga 2 kali ganda keperluannya. Segala vitamin dan mineral akan disalurkan kepada bayi dahulu.

Cara atasi kejang kaki

Ostematrix atasi masalah kejang kaki

Yang saya amalkan adalah Ostematrix iaitu gabungan kalsium, magnesium dan vitamin D dalam satu tablet. Lebih mudah kan untuk telan 1 tablet berbanding 3 tablet mineral jika diambil secara berasingan.

Dengan ostematrix, bukan sahaja hilang masalah kejang kaki tetapi masalah lenguh pinggang dan badan boleh dikurangkan mengikut keadaan ibu itu sendiri.

Apabila badan kita mendapat vitamin dan mineral yang secukupnya, sekurang-kurang dapat mengelak sebarang masalah kesihatan ataupun kecederaan.

Jika anda bukan pengemar susu ataupun produk tenusu yang lain, memang ostematrix adalah pengganti untuk membantu.

Dengan umur yang semakin meningkat, tahap kalsium dalam badan semakin cepat hilang, sebab itulah, badan akan mudah lenguh-lenguh dan sakit. Jangan biarkan umur mempengaruhi kesihatan tulang anda. Hehehe.

Untuk sebarang pesanan dan tempahan Ostematrix, boleh hubungi saya.

Cara Order Vitamin Shaklee, pengedar shaklee kota damansara dan petaling jaya

Azeni Ahmad

Call/SMS/Whatapps ; 012-5771864

Page: Azeni Vita-Shoppe

COD area: Seluruh Perlis, Kota Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.

COD boleh dipertimbangkan: Kawasan Petaling Jaya (Bandar Sunway, Taman Medan, Kelana Jaya, Taman Universiti (U-Garden), Sungai Way, Damansara Utama, Mutiara Damansara, Damansara Perdana, Subang, Sea Park, Tropicana, Glenmarie dan Ara Damansara)

Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.

Kebaikan dan Faedah Apabila Menjadi Ahli Shaklee

Sakit Kontraksi: Bagaimana untuk Hadapinya Samada di Rumah atau di Bilik Bersalin?
4 Cara Keringkan Luka Bersunat (Berkhatan) Dengan Cepat

Related

Filed Under: Shaklee Tagged With: bagaimana kejang kaki terjadi, cara atasi kejang kaki, kaki cramp semasa mengandung, kejang kaki, kejang kaki disebabkan water rentention, kejang kaki semasa bersukan, kejang kaki waktu malam, simpul mengkarung

Comments

  1. Ikhwan says

    12 July 2015 at 10:16 pm

    kalau kaki kejang, susah nak tidur, kalau tidur pun tak lena.
    Ikhwan menulis…7 Kategori Pelanggan Di InternetMy Profile

    Reply
    • azeni says

      21 July 2015 at 9:23 pm

      Memang tak boleh tidur.
      Pulak kena statik je tak boleh bergerak kan.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer