• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Benarkah Bells Palsy adalah Minor Stroke? Boleh Dipulihkan Ke?

28 December 2015 By azeni 2 Comments

Kedengaran agak pelik nama Bells Palsy kan.

Hanya mereka yang pernah alami sahaja yang mengetahui ataupun terjadi pada orang disekeliling kita.

Alkisahnya, anak kepada pengasuh anak saya alami keadaan ini. Iaitu bells palsy. Permulaanya bila saya lihat keadaan muka anak perempuannya (dalam umur 17 tahun sedang menduduki SPM pada masa itu) yang ‘jatuh’ sebelah muka. Hanya di muka sahaja.

Apa itu bells Palsy

Apa itu Bells Palsy

Terus terlintas di fikiran saya, itu adalah keadaan untuk minor stroke. Tetapi bila dicerita secara terperinci oleh ibunya, ternyata telahan saya salah.

Bells Palsy adalah bukan minor stroke.

Bells Palsy adalah keadaan di mana saraf untuk otot muka menjadi lemah ataupun lumpuh. Saraf otot untuk muka iaitu 7th cranial nerve yang berpusat di belakang telinga kita. Yang mana 7th cranial nerve menghubungkan antara kalenjar air mata dan kalenjar air liur.

Bagaimana bells pasly terjadi

Bagaimana Bells Palsy boleh terjadi di muka sahaja?

Biasanya bagi mereka yang alami Bells Palsy akan terasa kebas di bahagian sebelah muka manakala mata dan mulut tidak dapat bergerak dalam keadaan sepatutnya.

Bagaimana Bells Palsy boleh berlaku?

Tiada kajian secara saintifik ditemui yang boleh menyebabkan terjadinya Bells Palsy.

Ada beberapa kajian menunjukkan ia terjadi disebabkan oleh kulat Herpes. Yang mana juga menyebabkan demam campak (chicken pox) ataupun penyakit kayap.

Paling ketara, ia terjadi disebabkan oleh tekanan. Mungkin tidak sedar terlalu banyak kerja di pejabat ataupun tertekan dengan peperiksaan. (Ramai anak gadis sedang mengambil peperiksaan dan ada masalah ini).

Dan wanita paling mudah terkena Bells Palsy nie tau. Terutamanya bagi ibu yang mengandung.

Juga berkemungkinan pengidap migrain mempunyai potensi besar untuk terjadinya Bells Palsy.

Petanda ataupun Simptom terjadinya Bells Palsy.

i. Kelopak mata tidak boleh berkedip ataupun ditutup buka.

ii. Deria rasa untuk makan tiada

iii. Pipi ataupun sebelah muka akan kelihatan ‘jatuh’

iv. Masalah untuk makan hinggakan untuk mengosok gigi.

Senaman untuk Bells Pasly

Senaman muka untuk membantu pesakit Bells Palsy

Cara rawat Bells Palsy:

1. Untuk mengurangkan radang dan pembengkakan.

Doktor akan bagi steroid (Prednisone) untuk anti radang pada saraf otot

2. Mengawal jangkitan

Ubat antiviral (anti-virus) akan diberikan seperti acyclovir untuk melawan virus herpes. Untuk menghalangkan jangkitan yang boleh menyebabkan keadaan saraf lebih teruk.

3. Ubat tahan sakit

Ubat penahan sakit seperti aspirin, acetaminophen, dan ibuprofen boleh membantu melegakan kesakitan.

4. Penjagaan mata

Kelopak mata memang tidak boleh ditutup sepenuhnya. Ini menyebabkan mata menjadi kering dan pedih.

Untuk tidur boleh pakaikan penutup mata untuk elak terdedah kepada cahaya. Memang boleh merosakkan mata.

Dapatkan nasihat doktor untuk menggunakan titisan mata (airdrop) yang sesuai. Jangan beli sembarangan di farmasi tanpa nasihat doktor.

Kerapkan titis di mata seandainya anda bekerja dalam suasana ber air-cond.

5. Vitamin Methycobal/ Methycobalamin

Iaitu sejenis supplement untuk saraf kita. Ia adalah vitamin B12. Iaitu membantu fungsi saraf sekaligus mengurangkan keradangan dan tekanan.

Vitamin B12 terdapat di dalam Bcompleks.

Dalam Bcompleks ini, terdapat vitamin B daripada B1, B2, B3, B6, dan B12.

cara rawat bells pasly

Vitamin B1 (Thiamin)

Untuk melancarkan perjalanan darah. Perlu diambil untuk pesakit Bells Palsy kerana saraf otot yang lemah ataupun lumpuh menyebabkan peredaran darah terbantut. Ini boleh menyebabkan sel terus mati.

Vitamin B6 (Pyridoxine)

Iaitu terlibat dalam pembentukan myelin, lapisan protein yang membentuk sekitar sel-sel saraf.

Vitamin B12

Untuk melegakan tekanan dan juga keradangan saraf otot di bahagian yang membengkak. Ia adalah komponen asas yang penting untuk pertumbuhan dan memulihkan saraf-saraf yang telah rosak.

cara rawat bells pasly dengan vivix

Digabungkan dengan Vivix iaitu cecair pekat merah.

Ia mengandung revestrol yang tinggi untuk menghasilkan sel-sel baru dan memulihkan sel yang telah rosak. Ia bertindak hingga ke DNA kita. Sebab itu, sangat sesuai diambil oleh mereka yang ada Bells Palsy mahupun stroke yang lumpuh satu badan.

Alhamduillah dengan Bcompleks dan Vivix membantu ramai orang yang hadapi masalah Bells Palsy ini.

Pesakit Bells Palsy Sembuh Sepenuhnya 1

cara rawat bells pasly

Pesakit Bells Palsy Sembuh Sepenuhnya 2

cara rawat bells pasly

Pesakit Bells Palsy Sembuh Sepenuhnya 3

cara rawat bells pasly

Pesakit ini mengandung semasa terkena Bells Pasley (Sumber)

Pesakit Bells Palsy Sembuh Sepenuhnya 4

cara rawat bells pasly

 

Untuk rawatan physiotherapy boleh rujuk dengan doktor pakar untuk mengetahui tahap kerosakan saraf anda.

AWAS:

**Elakkan daripada mengurut dengan mana-mana tukang urut kerana boleh menganggu keadaan otot saraf yang rosak. Mungkin akan lebih memburukkan keadaan.

Jika anda ada simptom sebegini, jangan biarkan terlalu lama tanpa rawatan. Kerana ia akan boleh menyebabkan lumpuh kekal. Otot saraf akan terus mati tanpa ransangan daripada suplemen.

Walaupun harga nya agak mahal, tetapi jika dibandingkan dengan keadaan muka yang seakan ‘jatuh’ ataupun terherot. Mana yang lebih bernilai?

Duit boleh dicari kemudian. Tetapi kesihatan bagaimana?

Tidak boleh pejam mata, masalah untuk makan dan pengerakan semua akan jadi terbatas. Keyakinan diri terus akan hilang jika dibiarkan semakin lama.

So jangan tunggu lagi ya. Insyallah saya akan membantu anda.

Sumber 1
Sumber 2

Untuk sebarang pertanyaan ataupun pembelian Bcompleks dan Vivix, boleh hubungi saya di

Cara Order Vitamin Shaklee, pengedar shaklee kota damansara dan petaling jaya

Azeni Ahmad

Call/SMS/Whatapps ; 012-5771864

Page: Azeni Vita-Shoppe

COD area: Seluruh Perlis, Kota Damansara, Damansara Perdana, Mutiara Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.

Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.

Kebaikan dan Faedah Apabila Menjadi Ahli Shaklee

Kelas Kesihatan dan Kecantikan Luaran dan Dalaman
Cara Hilangkan Parut Jerawat Bernanah Hingga Jadi Berkawah

Related

Filed Under: Shaklee Tagged With: B12, bells pasly, kebas muka, kejang muka, minor stroke, muka jatuh sebelah, rawat bells pasly

Comments

  1. titan says

    30 December 2015 at 10:57 pm

    macam-macam ye vivix ni boleh kasi pulih eh..
    titan menulis…Kini, SEMUA orang boleh bayar zakat dengan lebih MUDAH.My Profile

    Reply
    • azeni says

      2 January 2016 at 3:31 pm

      Macam-macam boleh tau..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer