Cara dan bagaimana untuk berpantang selepas bersalin, bergantung kepada ibu itu sendiri. Sebab dia sendiri yang merasai perbezaan antara berpantang secara tradisional ataupun secara moden.
Mesti ramai orang beranggapan generasi Y dan Z akan amalkan berpantang cara moden. Tak macam generasi X kan.
Dah pening pula duk bergenerasi nie kan. Hahaha.
Sebenarnya banyak cara tradisional yang boleh digabungkan dengan cara moden untuk memastikan badan terus sihat dan kuat selepas tempoh berpantang.
Mungkin ada juga sesetengah cara tradisional tidak boleh diamalkan. Antaranya berpantang sampai perlu makan nasi putih dengan ikan kering sahaja selama 44hari.
Itu memang perlu dielakkan la. Badan ibu yang baru lepas bersalin sangat-sangat memerlukan nutrisi daripada makanan.
Antaranya berpantang selepas bersalin cara tradisional VS cara moden adalah:
1. Bersama dengan suami
Ini antara perkara penting yang perlu dibincang bersama-sama suami. Isu sensitif. Yang penting perlu kesefahaman.
Banyak sebab mengapa pantang bersama suami itu lama. Sebabnya adalah rahim wanita itu sendiri.
Kalau rahim tidak sihat dan kuat (tidak dinaikkan pada kedudukan asal), wanita akan mudah sakit dan demam. Badan memang jadi sentiasa tidak sihat.
2. Penyusuan samada menyusu badan ataupun susu formula
Tradisionalnya orang-orang dulu memang wajib menyusukan bayi dengan susu badan.
Dan sekarang bila ada alternatif yang memudahkan, sebab itu lebih kepada susu formula.
Namun kesedaran semakin meningkat kalangan ibu yang bekerja untuk menyusukan bayi dengan susu badan.
Ini lebih kepada pilihan pada ibubapa itu sendiri untuk pilih yang terbaik untuk bayi mereka.
3. Berbengkung herba ataupun bengkung moden
Secara tradisionalnya memang wajib pakai bengkung iaitu bengkung berbentuk zing-zag. Bengkung yang memerlukan bantuan orang lain untuk memakainya. Boleh dikatakan dulu sangat jarang wanita bersalin secara pembedahan. Semuanya bersalin normal malah ada yang bersalin sendirian di rumah kan.
Tapi kebanyakan sekarang bersalin secara pembedahan. Memang bengkung zing-zag tidak boleh digunakan.
Sebab itu ada inisiatif berbengkung dengan cara moden. Cara pemakaian pun mudah dan tanpa perlu bantuan orang lain untuk pakai kan.
Tambahan pula, ada yang berpantang sendirian tanpa keluarga disisi. Harapkan suami sahaja yang membantu.
4. Bertungku tradisional ataupun ambil ubat/vitamin
Bertungku adalah penting untuk kesihatan rahim wanita. Walaupun anda generasi Y ke Z ke Alpha ke memang bertungku bagus untuk kesihatan dalaman dan untuk jangka masa panjang.
Pada masa yang sama, vitamin juga boleh membantu mempercepatkan rahim untuk sihat dan kuat.
Kedua-duanya sama penting dan melengkapi antara satu sama lain.
5. Berurut tradisional ataupun buat senaman selepas bersalin.
Sebenarnya ramai wanita tidak suka berurut. Dikatakannya sakit badan ditekan-tekan tambahan masa nak ‘menaik’kan peranakan.
Sama sakit semasa bersalin.
Memang sakit sangat. Tetapi tahan sakit selama sebulan je pun untuk sihat kemudian hari bagi selama-lamanya.
Berurut secara tradisional sangat penting untuk wanita. Kalau buat senaman memang tidak boleh membantu pun untuk urat-urat yang kembang, kedudukan peranakan di bawah, angin masuk dalam badan untuk dikeluarkan.
Dan kalau jadikan amalan ataupun hobi untuk mengurut, pasti badan sentiasa rasa ringan dan cergas.
Suami pun tersenyum tau.
Walaupun datang dari mana-mana generasi pun, sebenarnya amalan berpantang selepas bersalin sangat penting. Ia adalah kunci kepada kesihatan kita pada masa tua.
Rahim yang sihat maka seluruh badan kita turut sihat.
Kalau rahim tidak sihat ataupun rahim jatuh (lemah) ataupun rahim tidak kering, badan kita terutamanya di muka akan menunjukkan tidak sihat.
Percayalah.
Leave a Reply