• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Aktiviti Homeschooling: Mewarna Bekas Telur

2 July 2015 By azeni 4 Comments

Homeschooling kalau dialih bahasakan adalah aktiviti pendidikan ataupun kurikulum di sekolah tapi dilakukan di rumah. Bukannya kita upah pengajar secara persendirian tetapi ibubapa sendiri sebagai pengajar untuk anak-anak.

Apa itu homeschooling

Definisi homeschooling sangat meluas

Aktiviti pendidikan bukan terhad kepada pelajaran semata-mata. Tetapi merangkumi semua aspek.

Kalau di luar negara, homeschooling adalah sah di sisi undang-undang. Tetapi di Malaysia, ia dianggap tidak sah lagi memandangkan akta pendidikan Malaysia menyatakan bahawa kanak-kanak yang berusia & tahun hingga 17tahun wajib mendapatkan pendidikan di sekolah yang disediakan.

Homeschooling ini sebenarnya tidak kira masa, waktu ataupun tempat untuk dilakukan. Walaupun hanya dalam kereta, dalam perjalanan ke satu tempat katakan dalam 15minit untuk sampai. Tetapi di dalam masa tersebut, boleh ajar jenis kenderaan yang lalu lalang seperti kereta, bas, lori ataupun motosikal.

Ataupun pada masa yang sama, boleh mengenal warna-warna kereta. Bergantung kepada tahap minat anak masing-masing.

Semuanya boleh dilakukan walaupun hanya dalam masa 5-10minit sahaja satu sesi.

Kaedah homeschooling banyak kepada praktikal. Semuanya di depan mata sahaja.

Aktiviti Homeschooling

Aktiviti Homeschooling: Mewarna Bekas Telur

Okay untuk homeschooling kami di rumah antaranya adalah dengan mewarna. Aktiviti yang sangat disukai oleh Thaqif.

Dulu-dulu memang banyak beli buku kartun untuk diwarna dengan warna air. Tetapi membosankan je nampak. Sebab kertas buku biasanya kalau diletak air terlebih air kembang dan kertas akan terkoyak kan.

Sebab tue jadi bosan rasanya bagi dia.

Aktiviti Homeschooling

Aktiviti Homeschooling: Mewarna Bekas Telur

Salah satu benda yang mudah untuk diwarna adalah bekas telur.

Senang dan jimat duit sebenarnya. Hahaha.

Yang penting anak suka.

Aktiviti Homeschooling

Aktiviti Homeschooling: Mewarna Bekas Telur

Bekas telur tue besar. Boleh potong kecil-kecil untuk mudah diwarnakan.

Boleh buat setiap 2 takuk untuk satu warna.

Sikit demi sedikit dapat mengenal warna. Takperlu dipaksa untuk hafal.

Perkembangan yang positif walaupun kecil.

Aktiviti Homeschooling

Aktiviti Homeschooling: Mewarna Bekas Telur

Kelebihan dan kebaikan mewarna daripada warna air ada:

1. Fine motor skill

Dengan mewarna air, sebenarnya ia meransang pengerakan dan bagaimana untuk mengawal pengerakan tangan dan jari untuk menghasilkan lukisan. Untuk menghasilkan seni. Dari segi mata kasarnya, orang dewasa memandang ia sangat mudah dilakukan.

Tetapi ia memberikan impact yang besar pada kanak-kanak yang baru mengenal dunia kan.

2. Recognition

Permulaan untuk kanak-kanak mewarna air mungkin boleh didedahkan dengan satu bahagian sahaja iaitu mewarna bekas kulit telur. Kemudian boleh perkenalkan dengan bentuk-bentuk ataupun gambar-gambar untuk diwarnakan.

Misalnya mewarna gambar pokok. Ada daun, batang dan buah kan. Daun akan diwarnakan dengan warna hijau. Batang pokok dengan warna coklat dan buah dengan warna merah ke kan. Daripada situ, ia mengajar mereka tentang jenis-jenis warna dan juga bentuk-bentuk pokok itu sendiri kan.

3. Eye-Hand Coordination

Ini lebih kurang terkait dengan point di nombor 1 iaitu untuk kemahiran motor kanak-kanak. Mata dan tangan akan berkordinasi apabila mewarna. Pasti ia akan berpusat di otak kan.

Secara tidak langsung, ia membantu untuk mengawal mata dan tangan untuk membuat kerja.

Ini antara intipati penting mengapa mewarna dapat membantu kanak-kanak. Sebenarnya banyak aktiviti-aktiviti untuk membantu anak-anak kita. Cumanya kalau disekolah, terhad dalam masa yang singkat kan. Mengikut jadual yang diberikan oleh guru.

Cuma bila homeschooling kita boleh panjang kan masa mengikut kehendak kita dan kecenderungan anak-anak. Tetapi tidak boleh lama sangat bertumpu pada satu aktiviti.

Pendek kata, lihat kecenderungan dan minat anak-anak kita.

Berjumpa kita untuk next article tentang homeschooling.

Resipi Ayam Goreng Ala KFC Homemade
Berpantang Selepas Bersalin Cara Tradisional Ke Moden?

Related

Filed Under: Santai Tagged With: aktiviti anak-anak dirumah, aktiviti homeschooling, mewarna bekas telur

Comments

  1. titan says

    2 July 2015 at 8:13 pm

    hehe..

    kalau kelas kat sekolah..

    habis meja kena warna.
    titan menulis…Usaha itu LIF kejayaan.My Profile

    Reply
    • azeni says

      21 July 2015 at 9:56 pm

      Hehehehe..
      Kanak-kanak beraktiviti kan..

      Reply
  2. MamaBard says

    2 July 2015 at 10:33 pm

    saya pun ada buat aktiviti mewarna bekas telur dengan anak-anak hari tu..diorang ni memang suka sangat kalau dapat main warna air.
    MamaBard menulis…4 Tips Untuk Elak Otak Beku Dengan Rutin Hidup Yang MembosankanMy Profile

    Reply
    • azeni says

      21 July 2015 at 9:57 pm

      Best kan.
      Seronok sangat budak-budak kalau dapat warna air.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer