• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Resipi Ayam Goreng Ala KFC Homemade

2 July 2015 By azeni 8 Comments

Ayam goreng antara menu yang wajib ataupun selalu dimasak kan. Tetapi boleh dipelbagaikan goreng ayam ala-ala KFC.

Kalau di restoran KFC tue, kita sendiri tak pasti cara pembuatannya kan.

Sudahnya dengan minyak yang berulangkali sahaja digunakan. Memang tidak menyihatkan.

Memang makanan segera tidak sesuai diambil terlalu kerap kan. Dengan kadar garam yang tinggi diletakkan menyebabkan diet pemakanan harian tidak seimbang.

Tapi memandangkan kanak-kanak sangat suka ayam ala-ala KFC ini, ibu-ibu kena rajin sikit la mencari resipi buatan sendiri kan. Ala homemade kan.

Sebenarnya tidak susah mana pun nak sediakan ayam goreng ala-ala KFC. Kebanyakan bahan-bahan yang digunakan adalah bahan yang ada di rumah kan.

Jom kita sediakan bahannya.

Resipi ayam goreng ala KFC

Resipi Mudah Ayam Goreng Ala KFC Homemade

Bahan-bahan Ayam Goreng Ala KFC

Untuk perapan

1. Sediakan ayam dalam seekor

2. 7 ulas pbawang putih yang ditumbuk

3. 2 sudu besar serbuk cili kering. Boleh guna kering kering yang dikisar.

4. 1 sudu serbuk kari ayam

5. Satu sudu teh soda bikarbonat

6. Garam secukup rasa

7. Boleh letak daun kari untuk naikkan bau semasa perap

8. Air secukupnya untuk diperap.

Bahan untuk menyalut:

1. 2 cawan tepung jagung

2. ½ cawan tepung gandum

3. Garam secukup rasa

4. Secubit soda bikarbonat

5. Sebji telur

Cara-cara membuat Ayam Goreng Ala KFC:

i. Untuk perapan, semua bahan dicampurkan untuk diperapkan selama 1jam. Lagi lama lagi bagus kan.

ii. Bahan-bahan untuk menyalut boleh digabungkan semua sekali menjadi satu kecuali telur.

iii. Pukul telur kemudian ayam yang diperap tadi digolek-golek dalam telur. Kemudian letak dalam bahan tepung menyalut tadi.

iv. Goreng ayam dalam periuk biar ia tenggelam. Boleh goreng dalam masa 15 minit ataupun mengikut kesesuaian masak. Mengikut kekuningan tepung.

v. Siap dihidangkan.

Mudah dan senang kan.

Untuk lebih jimat, boleh asing sedikit tepung salut. Jangan digunakan semua sekali untuk golek kan ayam yang dicelup dengan telur tadi.

Sekuarang-kurang tidak membazir dan boleh disimpan.

Ayam goreng ala KFC nie boleh dimakan begitu sahaja ataupun makan bersama nasi.

Kedua-duanya sedap kan.

Selamat mencuba.

Betul Ke Sirap Merah Bagi Bertenaga Sepanjang Hari Walaupun Umur Sudah Seabad?
Aktiviti Homeschooling: Mewarna Bekas Telur

Related

Filed Under: Santai Tagged With: resipi ayam goreng ala KFC, resipi mudah ayam goreng

Comments

  1. yoorin says

    3 July 2015 at 5:27 pm

    uiks..boleh buat perencah sendiri..selama ni beli yang segera je..hehe..boleh try ni
    yoorin menulis…Pertama Kali Mencuci Baju di Dobi 24 JamMy Profile

    Reply
    • azeni says

      21 July 2015 at 9:51 pm

      Boleh buat sendiri perencah nya.
      Senang dan barang pun mudah kan..

      Reply
  2. MamaBard says

    3 July 2015 at 5:28 pm

    bolehlah saya cuba nanti..terima kasih sebab berkongsi resepi..
    MamaBard menulis…5 Tips Mudah Elakkan Bengkak Susu Buat Ibu-Ibu BaruMy Profile

    Reply
    • azeni says

      21 July 2015 at 9:52 pm

      Boleh cuba.
      Boleh adjust nam pedas ke tak untuk anak-anak sekali kan.

      Reply
  3. aisyah says

    3 July 2015 at 11:16 pm

    wahhhh..boleh cuba ni..thanks..
    aisyah menulis…Vita-Lea, Bekalan Zat Besi Tambahan Untuk AndaMy Profile

    Reply
    • azeni says

      21 July 2015 at 9:52 pm

      Boleh cuba yea.

      Reply
  4. emalinmohd says

    3 July 2015 at 11:51 pm

    Mudah juga bahannya tu..boleh le ganti ayam kayeffsee tuu
    emalinmohd menulis…5 Jenis Tangisan Bayi Dan Maksudnya Supaya Ibu Pun Tak Menangis SamaMy Profile

    Reply
    • azeni says

      21 July 2015 at 9:53 pm

      Mudah sangat dan boleh adjust nak pedas ataupun tak..
      Senang untuk anak-anak makan kan.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer