• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Bersantai Hujung Minggu Di Putrajaya

23 November 2014 By Azeni Ahmad 6 Comments

Bersantai dengan aktiviti bowling.

Terasa lama sangat tidak bersantai dengan aktiviti indoor sejak berkahwin. Tambahan pula dengan anak yang masih kecil, memang kurang sesuai untuk join sekali kan. Suami pula bekerja shift bukannya waktu normal hour office so memang jarang untuk habiskan masa seharian suntuk bersama keluarga dan kawan-kawan.

Dijadikan cerita, kawan kami datang dari Perlis untuk berjalan-jalan sekitar KL katanya. So masing-masing ambil kesempatan untuk berjumpa memandangkan agak lama tidak berjumpa kan. Aktiviti yang mudah dan senang dilakukan bersama adalah bowling dan lokasi di Alamanda Putrajaya.

Bermain bowling
Bergilir jaga anak-anak

Bermain bowling
Ringan bola bowling katanya


Rasa seronok pula bila anak sulung saya (Thaqif) excited hendak main bowling. Bola bowling tue lagi berat daripada badan dia sebenarnya kan. Hehehe.. Takpe layan je. Budak baru nak kenal apa itu bowling kan.

Walaupun bola bowling selalu masuk longkang je, tetapi kemeriahan dan kepuasan itu lebih penting. Apa ada hal sangat isu kalah menang. Bukan tournament pun kan. Hihihi.

Sudah penat bermain bowling pasti lapar kan. So cuma lepak dan makan-makan di foodcourt Alamanda sahaja. Sambil makan-makan sambil bertukar cerita.

Selesai makan kemudian jalan-jalan di Wetland Putrajaya pulak. Ambil angin petang di tepi tasik sambil-sambil bergambar kenangan bersama.

Bersantai Hujung Minggu Di Putrajaya
Pemandangan di Wetland

Bersantai Hujung Minggu Di Putrajaya
Posing berlatar belakang tasik


Bersantai Hujung Minggu Di Putrajaya
Dareef sibuk bereksplorasi

Bersantai Hujung Minggu Di Putrajaya
Bergambar semua sebelum bertolak balik
Anak-anak pun seronok bukan main lagi. Siap tak meragam lagi. Berjalan-jalan katakan. Mana tak seronoknya. Sekurang-kurangnya mereka boleh bereksplorasi dengan alam sekitar walaupun cuaca agak panas hingga ke petang.

Masing-masing balik dalam keadaan kepenatan tetapi seronok.

Selesai.

Jumpa di lain entri yea.


Aktiviti Hujung Minggu : Berjogging

Related

Filed Under: Alamanda, Family, Putrajaya, Wetland

Comments

  1. blogger lelaki says

    23 November 2014 at 9:39 pm

    tak pergi tengok upin dan ipin ke

    Reply
    • AZENI AHMAD says

      24 November 2014 at 7:52 am

      Hehehe.. Tak pergi pun… Mesti crowded punye tempat tue.. Sian kat anak2 pulak tak slesa meragam…

      Reply
  2. ieta mat sa'ad says

    30 November 2014 at 1:43 am

    bestnya boling…:)

    Reply
    • AZENI AHMAD says

      11 December 2014 at 5:43 pm

      Mesti la best kan.. hehehe

      Reply
  3. Pondok Papan says

    1 December 2014 at 7:41 pm

    Huhhhh…lama sangat saya tak main bowling..entah ad skill Ke tak sekarang ni..haha

    Reply
    • AZENI AHMAD says

      11 December 2014 at 5:43 pm

      skill belakang citer. yang penting redah main je dulu.. hehehe..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer