Antara aktiviti yang selalu kami sekeluarga lakukan di hujung minggu adalah berjogging. Kadang-kadang jogging waktu pagi ataupun waktu petang. Bergantung pada cuaca ataupun jika tiada urusan lain.
Jogging nie memang selalu ditunggu oleh anak saya yang sulung, Thaqif. Sebab dia naik basikal dia sendiri kat taman. Pusing-pusing 2-3 kali taman, naik jongkang-jungkit la buaian la.
Memang suka sangat dia. Yang Dareef baru berjinak-jinak untuk ke taman. Eksaited dia sejak boleh kaki nie. Hehehehe.
Kami inginkan biarkan perkembangan tumbesaran anak-anak lebih kepada berorientasi aktiviti-aktiviti yang mengeluarkan peluh. Lebih sihat kan.
Taman yang selalu kami berjogging adalah di Taman Riang Ria Kota Damansara. Selalu je terserempak dengan artis-artis buat shooting kat situ. Tapi muka kitaorang takde masuk tv pun..Hahaha
Kat taman tue pun ada tasik buatan manusia jugak walaupun selalu keruh je kan tetapi pokok-pokok sekeliling yang tumbuh cukup menyegarkan dan memenangkan di waktu pagi gitewwww.. hehehehe.
Dulu saya memang akan turun berjogging kat taman nie jugak sebelum kahwin hingga sebelum ada anak. Bila ada anak tak sempat nak jogging. Sempat duk ambil gambar-gambar diorang je. Hehehe. Takpe saya dah cukup slimming dah. Muahahaha..
Jom jadikan aktiviti jogging aktiviti berfamily selain bershopping yea. Hehehe..
Leave a Reply