• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

  • Home
  • Kenali Saya
  • Hubungi Saya
  • Disclaimer
  • Arkib

Yeayyyy Pada Usia 11bulan Dareef Sudah Pandai Berjalan

25 October 2014 By Azeni Ahmad 6 Comments

Perkembangan anak yang berlaku di depan mata memang menakjubkan. Daripada lahir, menangis, pandai senyum, meniarap, merangkak hingga boleh berjalan. Memangnya, amazing kan. Lebih mengembirakan apabila anak menyusukan susu badan sepenuhnya selama 6bulan pertama kan. Dan Dareef masih menyusu susu badan sepenuhnya lagi sehingga kini. 

Bayangkan rambut ke gigi ke semua khasiat dia dapat daripada susu badan kan.Tak ternilai harganya.  

Sekarang anak teruna kedua saya, Dareef sudah berusia 11bulan 7 hari dan dia sudah pandai berjalan. Agak cepat jugak perkembangan dia. Mungkin faktor sekeliling menyebabkan perkembangan dia cepat. Saya masih excited jugak sama macamana abang dia (Thaqif) dulu bila dapat berjalan. 

Semuanya dirakam dalam memori ingatan kan. Tak sempat nak buat video ataupun ambil gambar. Seronok tengok keletah dia sampai terlupa. Hehehehe.

Yeayyyy Pada Usia 11bulan Dareef Sudah Pandai Berjalan

Fakta menarik tentang Dareef adalah berkongsi tarikh lahir yang sama dengan mama dia iaitu pada 16 November 2013 dan mamanya pada 30 tahun yang lepas. Seronok kan.

Selalu kita dengar orang-orang lama cakap, kalau anak tumbuh gigi dulu mesti akan lambat sikit berjalan. Kalau pandai berjalan dulu, mesti lambat tumbuh gigi. Betul tak? 

Sebab saya sendiri mengakui kebenaran tue disebabkan 2 anak lelaki saya berbeza perkembangan. Yang sulung (Thaqif) memang cepat tumbuh gigi tetapi lambat sikit berjalan dalam 13-14 bulan macam tue. Yang Dareef boleh berjalan dulu 11 bulan tapi belum tumbuh gigi lagi… Hehehehe.. Sebenarnya tak kesah pun yang mana dulu atau yang kemudian asalkan perkembangan yang baik dan sihat kan. 

Saya memang tidak menggunakan walker bagi membantu Dareef untuk cepat berjalan. Sebab bagi saya dengan penggunaan walker, kita hadkan pengerakan dan menyekat komunikasi anak dengan keadaan sekeliling. Biarlah dia bermain bawah meja ke, main bawang (Dareef ler tue) ke kotak ke atau apa sahaja. Sebab daripada situ, dia akan belajar menggunakan sepenuh kemahiran motor dia dan meransang keseluruhan pengerakan badan. 

Yeayyyy Pada Usia 11bulan Dareef Sudah Pandai Berjalan
Lagi pun tempoh untuk dia merangkak ataupun berjalan adalah temph yang singkat sahaja. Dalam 2-3 bulan sahaja. So just hadapi dengan gembira je. Walaupun penat sikit kan tapi berbaloi kan. Selepas ini, nak tunggu Dareef pandai berlari pulak kan.. Hehehehe… 
So see you next entry about Dareef.
Daa..
Aktiviti Hujung Minggu : Berjogging

Filed Under: Family

Comments

  1. blogger lelaki says

    25 October 2014 at 5:53 pm

    anak saya lambat sikit..setahun 2 bulan baru boleh berjalan..tapi itu ikut umur dilahir pramatang..doktor sudah bagi tau..perkembangan anak saya lewat 3 bulan sebab saya lahir 3 bulan lebih awal daripada tarikh jangkaan

    Reply
    • AZENI AHMAD says

      25 October 2014 at 11:25 pm

      owhh yeke.. takpe asalkan dia sihat aje..
      Kita takleh compare dengan anak2 lain sebab masing2 ada perkembangan masing2..
      Just enjoy je besarkan dowg.. Hehhehe..

      Reply
  2. siti nurafida noh says

    26 October 2014 at 1:26 am

    Anak saya yang tak pramatang pon setahun lebih gak baru jalan..

    Reply
    • AZENI AHMAD says

      27 October 2014 at 12:10 pm

      owhhh.. anak pertama saya lahir normal semua pun lambat bercakap gak awk..
      Takpe la selagi dia sihat perkembangan ok tue..
      Hehehe..

      Reply
  3. akubiomed says

    28 October 2014 at 1:44 pm

    Dah dapat kaki penat hendak mengejarnya. 🙂

    Reply
    • AZENI AHMAD says

      29 October 2014 at 4:42 am

      Hahaha.. biasa la tue…
      Mama dia boleh lebih kurus.. muahahaha..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Genesis Framework
Rekabentuk oleh Denaihati Network