• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Best Sangat Ke Shawl Al- Humira Contemporary (AHC) ?

11 November 2014 By Azeni Ahmad 4 Comments

Best sangat ke shawl Al- Humaira Contemporary (AHC) nie?

Dress la, skirt labuh la, blouse la…
Nama pun macam tertarik dah kan..

Sebenarnya saya memang sangat suka sangat AHC. Nak tau awat saya suka AHC nie? 

Jom saya review sikit tentang AHC.


Mula-mula tau ada AHC melalui facebook. Orang duk asyik LIKE je. Masa tue memang nampak corak-corak agak cantik. Rikie-rikie rupanya dekat dengan rumah je. Kat kota damansara je pun..

Best Sangat Ke Shawl Al- Humira Contemporary (AHC) ?
Cantik je model pakai shawl Maeyls

Tengok dalam maya memang cantik. Maklumlah lighting lebih bagai semua kan. Baik tengok yang real nya. First sekali g butik dia kat The Strand, rupanya rambang mata weyyy. Cantik nye corak, material shawl dia best tak panas. Paling penting, bila pakai memang senang terbentuk la.

Beli 2 helai shawl dulu untuk testing pakai g office kan. Memang selesa sangat la.. tak terlalu besar atau tak terlalu kecik bidangnya.


Setakat sekarang nie takla terlalu banyak sangat koleksi shawl AHC. Dalam 10 – 15 helai je. Ada plain colour, ada yang bercorak ada skirt labuh jugak yang saya beli. Skirt ala-ala ikan duyung tue. Kain AHC nie ‘berat’ so memang selesa la pakai walaupun dalam cuaca panas.


Best Sangat Ke Shawl Al- Humira Contemporary (AHC) ?

Lagi best dan senang siap ada toturial online kat Youtube lagi untuk AHC. Cantik model-model dowg tau. So memang senang je nak pusing ke nak lilit ke nak tampal ke shawl dia nie. Janji terletak je kat kepala. Muahahaha..

Saya lebih senang mengenakan shawl berbanding tudung jenis sekarang yang ada berlayer-layer warna. Pastu ada ropol lagi. Kurang berkenaan. Hehehehe.

Best Sangat Ke Shawl Al- Humira Contemporary (AHC) ?
Nie ala-ala tudung syria pattern
Harga memang berbaloi dengan kualitinya. Tak terlalu mahal sangat macam tudung Fareeda tue kan. Tak sanggup rasa sampai nak kena beratur nak dapatkan limited edition semata-mata. Idok le den mcm tue.

Kalau nak tengok detail boleh pergi ke website untuk online shopping. Tak boleh beli melalui page. 
Website AHC : www.alhumairacontemporary.com

Best Sangat Ke Shawl Al- Humira Contemporary (AHC) ?
Nie antara shawl2 AHC. 

So korang kalau berminat nak pergi ke butik ada di HQ dengan  branch AHC.

(HQ)
10, Jalan PJU 5/20D
The Strand, 47810
Kota Damansara, Selangor.
Tel : 03-6142 6200
Boleh klik untuk Peta Lokasi AHC

(Branch)
8, Jalan 8/35
Taman Seri Bangi
Seksyen 8, 43650
Bandar Baru Bangi, Selangor.
Tel : 03-8925 5200

Operation hours : 10 am till 8 pm.
Closed on Mondays.

Customer service phone number: 03-6148 0000



Review: Handbag Campanion II Oleh Sometime
Menu Masakan Ketam Terbaik di Kuala Selangor!

Related

Filed Under: Al-Humaira Contemporary, personal, Shawl

Comments

  1. nurul aziyana says

    11 November 2014 at 9:12 am

    ai ade gak beli tapi suke sngt chentaqaseh. lagi murah dan kain kualiti jugak

    Reply
    • AZENI AHMAD says

      11 November 2014 at 9:48 am

      chentaqaseh tak pernah cuba lagi.. Takpe nnt nak kena terjah gak nie..

      Reply
  2. ida ifaz says

    12 November 2014 at 1:12 am

    mana gambar selfie pakai AHC? haha

    Reply
    • AZENI AHMAD says

      12 November 2014 at 6:01 pm

      Hahaha.. lupa sentiasa akak nak selfie..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer