Hujung minggu yang lepas, kitaorang sekeluarga bersantai sambil makan-makan di luar. Kali nie agak jauh la jugak jejelan cari makan nya sampai ke Kuala Selangor. Makan-makan sekali dengan kawan kerja husband. Agak meriah juga disebabkan ramai.
Dengarnya tempat yang dicadangkan tue adalah antara tempat terbaik untuk menu ketam. Saya sebenarnya bukan penggemar ketam pun sangat. Biasa-biasa je. Lagipun baru-baru saya kena demam denggi so terpaksa minum sup ketam yang tak berapa best sangat bau tue. So macam terbawa-bawa bau yang kurang menyenagkan lagi tue. Hehehe.
Husband cakap memang tempat nie antara yang termurah la untuk ramai makan-makan. Jangan terkejut tempat tue adalah restoran Cina tau. Of course ia halal hokay.
Restoran tue adalah River View dan hanya makanan seafood sahaja dihidang. Kiranya tiada menu untuk ayam ataupun daging ataupun b***. Sepenuhnya menu seafood. So tiada ragu la kan. Hehehehe.
Menu seperti biasa la order kalau makan reramai. Siakap masak 3 rasa, tomyam seafood, sup fishball, butter prawn, sotong goreng tepung dan menu paling special adalah fresh milk crab bersama roti (ala-ala garlic bread) untuk dicicah kuah crab tue.
Walaupun makan ketam agak melecehkan nak kena kopek, ketuk-ketuk bagai semua kan. Tapi tengelam semua dek keenakan rasanya. Hihihihi.
Ketam tue lebih sedap dinikmati dengan roti. Kalau dengan nasi kurang ummphhh la. Ataupun cuma nak meratah pun okay. Tapi makan dengan roti memang sedap betul. Sampai menjilat-menjilat kulit ketam macam nie la kan.. hahahaha..
Menu nie menggunakan ketam nipah dan harga dikira per kilogram. 1 kg RM60. So kitaorang order 2kg lebih sikit RM128. Memang berbaloi la. Sedap betul.
Bagi saya menu yang tue biasa-biasa sahaja tak pedas macam sikap 3 rasa, tomyam dia sebab restoran Cina kan. Mana la nak masak pedas-pedas macam selalu kita duk makan kat kedai siam tue.
So recommended untuk mereka yang sangat suka makan seafood terutamanya hantu ketam. Lokasinya di Jalan Pasir Penampang, Kuala Selangor.
Kena suggest masuk jalan-jalan cari makan nie. Hehehe..
Daaa.
Bolehlah singgah kalau ke Kuala Selangor. Kadang-kadang ada urusan disebelah sana.
recommended bro untuk cuba menu ketam nie…
best…
dulu masa kena denggi..
hari-hari emak kesayangan masak sup ketam.
memang sedap lah hari-hari makang ketam.
titan menulis…Komisen ke 27 dari Klikjer
Amboi emak kesayangan ye.
Untung la jadi kesayangan. Hihi
juga kesayangan bini dan gadis-gadis comel yang lain.
ohcikgu menulis…Nak kerja dengan kerajaan ni WAJIB ada Kabel Besar ke?
makan ketam tak makruh kah?..makan tapi tiada pahala..hu..hu..
mrhanafi menulis…Guna BestMobile Untuk Dapat Duit
Hmm..know d place. Mmg sedap masakan cuma harganya lagi mahal dari jeram. Of coz la..kalau 1kg rm 60 dikatakan murah, am not sure level gaji penulis brapa. Kalau restoran melayu letak harga tu tobat lahum tu kali pertama n terakhir en sekeluarga pg sana. kalau cina ok sajaaaa…Hahaha..its expensive bro. Ketam d klang yg besar bagak pon rm 38 to 45 per kg. Bagi penggemar hirup sup cina, dialu alukan.
Thanks Lan for your comment.