Entri kali ini saya ingin berkongsi mengenai buku yang menjadi antara buku kegemaran saya. Iaitu Who Moved My Cheese untuk Edisi Bahasa Melayu. Buku ini dikarang oleh Dr Spencer Johnson.
Buku ini boleh dibaca oleh semua peringkat umur. Buku yang ringkas tetapi sangat padat dengan pengajaran. Semua orang tidak kisah bekerja secara sendiri, seorang guru ke, seorang jurutera ke, semua boleh diaplikasikan.
Penulis menggunakan keju sebagai metafora untuk memberitahu bahawa apa yang kita mahukan dalam hidup samada berkaitan perkerjaan, kewangan, kesihatan, perhubungan mahupun ketenangan fikiran dan jiwa.
Manakala pengambaran mengenai kawasan yang berliku adalah menemukan apa yang kita inginkan iaitu samada organisasi dalam tempat kerja ataupun keluarga kita ataupun komuniti tempat kerja.
Secara ringkasnya penulis menerangkan:
1. Menjangkakan perubahan
2. Cuba beradaptasi perubahan dengan cepat.
3. Menikmati perunahan yang berlaku
4. Bersedia dan mampu untuk berubah dengan cepat.
Ini antara petikan ataupun muka surat di dalam buku ini.
Hanya bermukasurat 77 memang dalam masa sejam dua je boleh habiskan. Walaupun dalam masa yang singkat namun impak nye sangat besar. Ia mampu merubah cara kita berfikir.
Best buku ini. Sangat recommend.
Leave a Reply