Baru selesai saya membaca membaca buku ini. Buku yang penuh inspirasi untuk dijadikan sebagai motivasi dan pemangkin bagi wanita yang bergelar ibu. Hasil suntingan daripada Raudhah Yunus dan Md. Mahmudul Hasan.
Kadang-kadang kita merasakan masalah yang kita hadapi tak tertanggung rasanya. Tetapi rupanya ada orang lain yang lebih hebat dugaan nya.
Kan…
Selepas berjuang di dalam bilik bersalin, secara automatik wanita akan mendapat gelaran sebagai:
Ibu…
Mak…
Mama…
Ummi…
Mummy…
Bonda…
Dan sebagainya. Permulaan perjuangan untuk mendidik anugerah yang diberikan sebagai pinjaman untuk kita di dunia ini.
Terdapat 8 kisah di dalam buku Tales of Mothers yang diceritakan sendiri pengalamannya oleh 8 penulis yang berlainan. Ada cerita suka, ada cerita duka tetapi disebalik penceritaan yang memang inspirasi untuk kita yang membacanya.
Salah satu kisah yang ingin saya kongsikan iaitu tentang bagaimana seorang ibu (Puan Nusrat) yang tahu anaknya mengidap autism dan sanggup berulang alik dari Bangladesh (asalnya) ke Malaysia dan Singapura demi mendapatkan rawatan terbaik untuk anak.
Kegigihannya hingga sanggup berjauhan dengan suami yang terpaksa bekerja di Bangladesh dan menghadapi segalanya seorang diri di Malaysia. Pengorbanan yang menuntut masa dan duit untuk memastikan keperluan rawatan anak dipenuhi.
Selain itu, antara cerita lain yang diselitkan dalam buku ini adalah perjuangan ibu yang menyambung pengajian di luar negara dan bagaimana persekitaran di sana yang sangat-sangat menyokong perkembangan tumbesaran anak kecil.
Pasti yang membaca buku ini merasakan mengapa sistem Di Malaysia belum mencapai tahap yang sama. Seperti jadual kerja yang flexsibel untuk ibu hinggakan boleh lakukan kerja pejabat di rumah. Tetapi prestasi kerja masih cemerlang.
Bagi saya memang cerita-cerita di dalam buku ini menyeronok kan kerana ada diselitkan suka duka dan ketawa dalam mengharungi perjalanan ‘motherhood’ itu.
Juga perkongsian tentang 10 Tips for Raising Children with Special Need iaitu dengan 5 Get (s) dan 5 Manage (s).
1. Get inform
Bila kita nampak perubahan anak yang tidak sempurna, cepat-cepat dapatkan maklumat daripada pakar ataupun buat rujukan dengan website yang dipercayai.
2. Get help
Boleh dapatkan bantuan daripada orang sekeliling kita apabila kita memerlukan. Tidak lah semua nya kita rasa terbeban seorang diri kan nak uruskan.
3. Get into action
Untuk pembesaran anak yang kurang normal, boleh ikut langkah 1 dan bertindak ikut keadaan yang sesuai.
4. Get routine
Lakukan rutin ke atas anak-anak misalnya waktu bangun tidur, waktu makan yang dilakukan secara konsisten.
5. Get support
Bersosialis dengan persekitaran termasuklah dengan kumpulan sokongan ibubapa ke untuk saling bertukar pandangan dan pendapat. Dengan ini kita merasakan dunia kita bukan setakat membesarkan anak sahaja.
Malahan lebih daripada itu.
6. Manage your time
Aturkan masa dengan teliti. Memang ada anak ‘special need’ biasanya masa banyak di kelas terapi, ataupun berjumpa dengan pakar kan.
Perancangan masa yang baik dapat membantu kita untuk uruskan rumah dan juga hal-hal diluar rumah juga kan.
7. Manage your money
Duit antara keperluan penting untuk pastikan kesinambungan rawatan untuk anak yang ‘special need’. Ada juga rawatan ditanggung oleh pihak kesihatan. Apa-apa pun perlukan langkah 1 untuk pastikan tindakan kita betul dan tidak membazirkan duit.
8. Manage your family
Ini agak ketara untuk anak-anak yang normal yang lain kan. biasanya perhatian lebih diberikan untuk anak yang ‘special need’ tetapi jangan diabaikan anak yang lain. Ia juga boleh ganggu perkembangan emosi kan.
9. Manage your stress
Ini yang pentingnya beraktiviti dalam kumpulan kan. Yang mana berkaitan dengan masalah anak. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Banyak kan komunikasi dengan orang sekeliling yang rapat dengan kita.
10. Manage yourself
Ini yang paling penting kan. Daripada diri kita sendiri untuk mengawal semuanya. Walaupun ada banyak perkara berlaku diluar kawalan namun ia akan memberikan ‘learning prosess’ untuk kita.
Perkongsian gabungan cerita-cerita hebat di dalam buku ini membuatkan saya terfikir dan membandingkan dengan hidup saya.
Alhamduillah anak-anak yang dikurniakan semuanya sihat normal namun kadang-kadang rasa alpa kan.
Recommeded sangat untuk anda baca buku ini dan untuk selami ‘motherhood’ yang unik dan sebenarnya akan memberikan senyuman di akhir setiap cerita dalam buku ini.
Selamat membaca..
zara says
best ye buku ni Azeni..nombor 6 tu nak kene banyak practice lagi..fail manage masa, yang lain kacau bilau 🙂
zara menulis…Pengedar Shaklee Ready Stock Di Serdang, UPM dan Seri Kembangan
azeni says
Bab masa memang sellau terbabas.
Tue kena ada perancangan tue..
Ikhwan says
Kasih ibu membawa ke syurga 🙂
azeni says
Pengorbanan yang dilakukan menjadikan diri semakin kuat kan..
ira says
mesti banyak inspirasi dari buku nih
ira menulis…Realiti Kehidupan Yang Perlu Kita Fahami
azeni says
Aaha banyak sangat inspirasi daripada true story nie..