• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Cara Atasi Mati Putik untuk Wanita

19 October 2017 By azeni 11 Comments

Biasa kita dengar masalah tenaga dalaman ini merujuk kepada lelaki sahaja kan.

Mati pucuk la..

Lemah tenaga la..

Lambat ereksi la..

Tapi jangan tak tahu, wanita pun ada masalah yang seakan sama. Tapi dipanggil mati putik. Boleh dikatakan mati putik ini adalah masalah besar dalam masalah rumah tangga.

cara atasi mati putik wanita

Apa itu mati putik?

Mati putik ini adalah wanita iaitu isteri dingin dalam hubungan intim suami isteri (hubungan kelamin).

Faktor terjadi mati putik adalah:

1. Urat saraf bersimpul

Lepas mengandung dan bersalin hinggakan menyusu anak memang menyebabkan dalaman wanita berubah. Kadang-kadang urat badan jadi bersimpul ataupun tidak lancar menyebabkan tergangu nafsu untuk bersama suami semakin menurun dan dingin.

2. Trauma dan nyilu di bahagian sulit

Bagi yang bersalin secara normal dan terpaksa lalui jahitan episotomi menyebabkan rasa trauma walaupun sudah habis pantang.

Rasa takut dan nyilu untuk melakukan hubungan bersama suami dan ada juga yang masih rasa sakit di bahagian jahitan.

Ouchhh..

Memang sakit.

3. Bebanan kerja

Badan wanita ini sebenarnya memang mudah penat dan letih apabila sudah beranak pinak. Daya tahan badan akan semakin berkurang dek proses mengandung dan bersalin.

Tidak kira samada wanita bekerjaya ataupun sebagai suri rumah, masing-masing ada bebanan kerja tersendiri. Disebabkan rasa kepenatan seharian, nafsu untuk ‘bersama’ tiada. Lebih kepada untuk merehatkan diri terutamanya di waktu malam.

Suami pula terpaksa melopong.

cara rawat mati putik

4. Langgar pantang larang semasa mengandung

Ini antara faktor utama dan terpenting juga. Zaman terlalu moden menyebabkan ramai wanita tidak ikut proses pantang yang betul seperti bertungku, bertangas, mengurut malah makanan pun tidak dijaga.

Bila urat saraf tidak dijaga dengan sebaik mungkin semasa dalam pantang menyebabkan masuk angin.

Itu yang mudah sangat badan terkena:

Demam mengigil la..

Sakit kepala macam nak pecah..

Lenguh lutut la..

Sakit pinggang la..

Ketara tidak bernafsu untuk ‘bersama’..

Itu antara sebab orang tua-tua bising pasal berpantang dalam bersalin. Memang kena jaga betul-betul. Umur belum 40an sakitnya badan mengalah yang sudah umur 60an.

Dalam pantang bersalin, memang tertumpu proses pemuliharaan pada bahagian intim wanita termasuk sekali kesihatan rahim kita. Rahim yang tidak sihat ataupun di panggil sengkak rahim akan mempengaruhi hubungan seks suami isteri.

Jangan main-main dengan masalah rahim ya. Rahim umpamanya nyawa untuk wanita. Kalau rahim tak sihat betul-betul, automatik akan hilang keserian di muka kita.

Selain itu, boleh amalkan amalan bertangas lepas habis haid setiap bulan. Ia bertujuan pastikan darah kotor dikeluarkan habis. Selain itu, bertangas sangat bagus untuk menanjalkan otot di sekitar keintiman wanita itu sendiri.

5. Tidak menjaga kebersihan dalaman

Antaranya adalah keputihan yang memang akan menganggu hubungan suami isteri. Ada yang sama berbau dan gatal-gatal.

Lagi bahaya.

Keputihan ini juga dipengaruhi oleh rahim yang tak sihat dan juga disebabkan faktor pemakanan kita seharian. Gemar dengan ais dan juga pengambilan gula putih banyak menyebabkan keputihan semakin parah.

Sampai suami naik loya jadinya.

Keputihan juga akan mempengaruhi tahap kesuburan kita untuk mengandung.

6. Keyakinan diri hilang

Perubahan bentuk badan lepas bersalin menyebabkan keyakinan diri hilang. Perut mengeleber.

Berat badan tak turun lepas bersalin.

Strect mark sana-sini.

Secara tidak langsung mempengaruhi emosi wanita. Itu yang makin lama makin terasa malu sampai hilang minat untuk bersama dengan suami.

Ini antara sebahagiannya yang menyebabkan mati putik untuk wanita. Namun pasti ada penyelesaiannya kan. Jom saya kongsikan bersama-sama untuk membantu.

Cara Atasi Mati Putik untuk Wanita

Untuk kelihatan cantik dan sihat lepas beranak pinak, memang memerlukan masa dan kesabaran tinggi. Kita sebagai wanita nak sihat bukan untuk hubungan seks sahaja kan, tapi untuk jangka masa panjang dan pastinya untuk anak-anak dan keluarga kita.

Sebab itu, jangan abaikan sama sekali untuk makan makanan yang sihat dan tukar cara hidup yang lebih sihat. Jangan hanya disebabkan ada anak kecil, ataupun suri rumah menyebabkan kita tiada masa untuk diri sendiri.

urutan mati putik

Mengurut Pulihkan Mati Putik Wanita

Sebenarnya ada bahagian tertentu di badan kita yang boleh meransang semula nafsu bersama suami. Dengan cara mengurut, urat saraf akan dibetulkan semula untuk membangkitkan nafsu bersama suami.

Selain itu, bagus untuk kesihatan rahim kita.

Saya memang recommended tukang urut mati putik yang banyak membantu wanita lain untuk kembali ‘sihat bersama suami’. Boleh hubungi terus Mommy Smiley Loly.

Insyallah sangat sangat membantu untuk hubungan suami isteri. Boleh juga baca disini tentang kebaikan mengurut badan. 

Selain itu, suplemen membantu badan bertenaga dan keintiman wanita akan lebih terjaga.

Suplemen untuk Mati Putik

suplemen mati putik

Vivix

Mengandungi antioksida yang tinggi untuk membantu badan yang kurang bertenaga kembali bertenaga. Vivix ini berperanan memperbaiki sel yang lemah disebabkan faktor umur dan bebanan kerja banyak, memberikan tenaga semula.

Vivix juga melancarkan peredaran darah ke seluruh badan. Penting peredaran darah kita ini yang mana akan membangkitkan semula nafsu.

Vitamin E

Ini dipanggil vitamin cinta. Memang boleh membantu untuk menaikkan keinginan isteri dan juga mood untuk bersama dengan suami.

Selain itu, vitamin E memang melancarkan peredaran darah dan oksigen dan secara tidak langsung kulit akan lebih cantik.

Alfalfa

Perapat wanita tetapi jamu ya. Kandungan daun alfalfa itu bagus bertindak untuk anjalkan kembali otot-otot di bahagian vagina. Bagi rapat semula.

Dan alfalfa sangat bagus untuk hilangkan keputihan wanita.

GLA Complex

Ini dikategorikan sebagai teman baik wanita la. GLA ini membantu untuk stabilkan hormon wanita kita terutamanya lepas bersalin. Memang wanita lepas bersalin dan juga menyusu badan, hormone akan kucar kacir. Itu yang menyebabkan nafsu dan emosi pun tidak stabil kan.

So GLA membantu sekali untuk hubungan dengan suami.

Empat jenis produk ini adalah VITAMIN bukanya jamu ataupun pil penguat tenaga badan ya. Vitamin ataupun suplemen ini membantu dari segi kestabilan hormone dan juga dalaman kita wanita.

Boleh tengok secara video penerangan tentang mati putik disini.

Memang tiada kesan sampingan buruk malah ia bagus untuk kesihatan jangka panjang kita. Pastinya vitamin Shaklee ini mendapat kelulusan KKM.

Boleh rujuk disini senarai kelulusan KKM untuk lebih terperinci.

Hubungan seks antara suami isteri memang memainkan peranan penting dalam rumah tangga. Malah ia memang dituntut dalam Islam juga untuk sama-sama menjaga kan.

Hubungan seks yang baik akan mempengaruhi kesihatan badan kita baik suami mahupun isteri.

Jadikanlah mengurut sebagai terapi badan dan vitamin untuk membangkitkan keinginan.

Jangan malu dan biarkan masalah ini menjadi akar pada kedinginan hubungan suami isteri. Boleh hubungi saya untuk tempahan vitamin dan juga konsultasi.

Cara Order Vitamin Shaklee, pengedar shaklee kota damansara dan petaling jaya

Azeni Ahmad

Call/SMS/Whatapps ; 012-5771864

Page: azeniahmad dot com

COD area: Sungai Petani, Kota Damansara, Damansara Perdana, Mutiara Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.

Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.

Buat Duit Dengan Menulis Boleh Jana Income 4 Angka

Memori Terindah 2017
Tempat Menarik di Albany, WA

Related

Filed Under: Santai Tagged With: hubungan dingin, keintiman suami isteri, mati putik, urutan mati putik

Comments

  1. mrhanafi says

    20 October 2017 at 2:06 pm

    Memang ada betul juga..

    Abaikan masalah INI bawa kepada masalah yang lain.pula
    mrhanafi menulis…Cabar Mencabar dalam Cabaran SEO WCBMy Profile

    Reply
    • azeni says

      22 October 2017 at 10:10 pm

      Ya betul tuan Hanafi.
      Masalah ini adalah akar kepada rumah tangga kan.
      Kalau tak jaga yang ini, membawa masalah yang lain.

      Reply
  2. Sue says

    21 October 2017 at 5:37 am

    Alfalfa & wanita berpisah tiada. Huhuu..
    Sue menulis…Entopia Penang – Tempat Menarik Di Pulau Pinang Yang Wajib SinggahMy Profile

    Reply
    • azeni says

      22 October 2017 at 10:11 pm

      Bukan setakat alfalfa sahaja tapi GLA, Vivix dan Vitamin E pun kena BFF juga.
      Hihihihi.

      Reply
  3. titan says

    27 October 2017 at 3:11 pm

    ohh..

    macam itu pun ada jugak rupanya.

    hoho..

    Reply
    • azeni says

      5 December 2017 at 12:36 am

      Ishh ramai ada masalah ini tau.
      Jangan main-main..

      Reply
  4. amin says

    29 October 2017 at 9:34 am

    utk lelaki ada ke

    Reply
    • azeni says

      5 December 2017 at 12:36 am

      Ya ada untuk lelaki.
      Boleh terus sms ataupun whatapps saya untuk cadangan vitamin yang sesuai.

      Azeni (sms/whatapps) 012 5771864

      Reply
  5. Belang Tarung says

    9 November 2017 at 10:42 am

    oh igt laki saja ade mati pucuk..putik untuk perempuan..bagus info baru tahu huhu
    Belang Tarung menulis…Pengalaman Aktiviti ‘Trekking’ di Taman Rekreasi Paya Bakau SijangkangMy Profile

    Reply
    • azeni says

      5 December 2017 at 12:37 am

      Untuk lelaki dan wanita tetap ada cuma panggilan masalah itu berlainan la.
      Semoga boleh membantu orang lain jika ada masalah yang sama..

      Reply
  6. Nurul Izzati Ramlee says

    3 January 2019 at 10:44 am

    masalah mati pucuk ni boleh merosakkan rumah tangga. yang penting kena usaha. Jangan putus asa .. InsyaAllah boleh diselesaikan,.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer