Berkesempatan ke Perth WA baru-baru ini memang meninggalkan pengalaman sangat bermakna. Trip kami bukan setakat di bandar Perth tetapi sekali Albany.
Untuk lebih terperinci boleh baca di Full Itinenary ke Perth, WA.
Banyak tempat juga sempat kami jelajahi selama 7 hari. Tapi bagi saya bandar Albany memang cantik disebabkan kedudukan geografinya adalah mengadap laut.
Dan Albany paling selatan kalau dari bandar Perth. Perjalanan ambil masa 6 jam dari Perth. Ada 2 pilihan laluan ke Albany dari Perth iaitu:
- Laluan Perth-Madhurah-Busselton-Albany
- Laluan Perth-Kojonup-Mount Barker-Albany
Lebih ramai suka laluan 1 disebabkan ada bandar kecil untuk berhenti. Laluan 2 adalah jalan kampung sunyi tapi cantik dengan pemandangan. Masa ke Albany kami lalu laluan ke 2. Patah balik ke Perth ambil laluan 1.
Antara sejarah awal Albany adalah merupakan tempat untuk menangkap dan proses ikan paus. Memang ada kilang sekali tapi sekarang dijadikan muzium. Tarikan utama di Albany adalah laut dan pastinya disebabkan pantainya yang cantik.
Kami menginap di Orana, Albany iaitu homestay yang bersebelahan dengan hutan. Ada kangaroo liar lagi.
Menurut owner homestay kami, masa dia mula-mula datang dulu penduduk di Albany hanya 10,000 orang dan sekarang cecah dalam 30,000 orang. Tidak terlalu ramai disebabkan ramai anak muda ke bandar seperti Perth untuk bekerja.
Jom saya kongsikan tempat-tempat menarik di Albany jika anda ingin berkunjung ke sana. Tetapi pastikan kena sentiasa pantau keadaan cuaca semasa di sana.
Tempat Menarik di Albany, WA
1. The Windfarm
Windfarm dan The Gap dalam kawasan Torndirrup National Park. Tak terlalu jauh sangat la antara satu sama lain.
Ini tarikan utama pelancong bila ke Albany. Kincir angin di pasangkan di tepi laut untuk hasilkan elektrik. Ada 18 tiang kincir angin yang besar di pasang. Kiranya landmark Albany la.
Sekitar kawasan Windfarm ini juga ada spesies pokok dan bunga liar yang secara tak langsung jadi tarikan pelancong.
2. The Gap and Natural Bridge
The Gap adalah antara cebisan pecahan daripada antartika dek proses kejadian alam.
Masa kami sampai cuaca sangat sejuk, hujan dan angin kuat. Ombak kuat membadai batu. Jadi takut pula nak ambil gambar atas bridge tue.
3. The Whaling Station
Ini macam pelabuhan kecil di Albany yang ada sekali kilang untuk memproses ikan paus. Sekarang sudah jadi muzium dah.
Kami tak sempat masuk dalam muzium tue. Cuma masuk bahagian cenderahati sahaja dan baca info-info tentang whaling station. Ada disediakan perkhidmatan cruise untuk tengok paus. Sekali ada pakej helikopter sekali.
4. Frenchman Bay
Pantai yang sangat cantik. Boleh singgah disini sambil ambil angin dan gambar. Tak jauh daripada whaling station.
5. Mt Clarence Parkrun
Kawasan tepi pantai ada sekali rumah orang. Ala-ala moden sikit la rumah di sini. Macam pantai untuk beraktiviti la. Masa kami sampai petang nie, baru lepas hujan ada pelangi.
Cantik!
6. The Lily Dutch Wind, Amelup
Dari Albany ke Amelup ambil masa dalam 2 jam pergi balik. Sepanjang perjalanan ke pekan kecil Amelup ini sangat-sangat cantik.
Ladang-ladang hijau dengan kawanan biri-biri dan lembu dalam size besar. Kami perasan setiap ladang mesti tasik buatan sendiri untuk biri-biri dan lembu minum. Subhanallah cantik!
The Lily Dutch Wind nie sebenarnya tempat bukan untuk pelancong pun. Ia milik persendirian untuk memproses gandum. Owner nya bawa khas kincir ini dari negara Holland pada tahun 1997 dan mula beroperasi pada 2003.
Masa kami sampai nie memang angin sangat kuat dan sejuk walaupun nampk cuaca cerah cantik kan. Masa tue dalam 14degree gitu.
Sejukkkkk..
Bersebelahan dengan Lily Dutch ini adalah kapal terbang yang diubahsuai jadi motel untuk pelancong. Sempat kami singgah sekejap ke stesen minyak kecil ini untuk ke tandas dan beli air.
Ala-ala pekan koboi.
Kami tak boleh stay lama untuk pusing-pusing Amelup memandangkan hari semakin lewat. Berkejar balik ke Albany semula sebelum hari gelap. Jalan nya tiada kemudahan lampu jalan dan risau andai terserempak dengan kangaroo liar boleh menyebabkan kemalangan.
Tapi Amelup pekan kecil yang cantik. Cuma tak berkesempatan jumpa dengan local.
7. The Brig Amity
Tempat replika kapal pertama yang di bawa oleh first white settler ke Albany. Sayangnya kami tak sempat nak masuk disebabkan tutup awal 4petang. Kanak-kanak pun boleh masuk sekali tengok.
Hanya mampu bergambar di depan sahaja. (Rujuk gambar pertama di atas)
8. Greenpool dan Elephant Rock
Tempat ini bukan dalam kawasan Albany. Terletak di antara Denmark dan Walpole. Dari Albany ambil masa 55minit dan pantai air laut warna hijau.
Sungguh cantik!
Kalau musim panas, memang boleh mandi dan berjemur. Tapi masa nie peralihan musim sejuk ke spring menyebabkan angin sangat kuat dan sampai kami mengigil.
9. Farmer Market Albany
Salah satu cara nak tahu makanan setempat adalah ke farmer market. Ala macam pasar tani kita la. Setiap pagi hujung minggu (masa kami pergi hari sabtu).
Masa kami singgah tue, tak banyak gerai dibuka. Gerai buah tempatan macam strawberi dan oren yang mampu kami beli (murah sangat) dan makan. Selain itu, tak halal dan juga gerai macam kraftangan ataupun anak pokok bunga.
Farmer Market memang betul-betul dalam bandar. Itupun kami berpusing masa nak bertolak ke Busselton dan terserempak. Rezeki berjumpa.
Selain itu, banyak bangunan lama-lama yang wajib anda berswafoto sebagai kenangan dan juga bukti sampai ke Albany. Hihihi
Pekan-pekan kecil
Selain tempat-tempat di Albany, pit stop kami banyak di pekan-pekan kecil. Kami ‘terpaksa’ singgah dek mencari tandas sebab kerap membuang.
Sepanjang travel nie, memang masa banyak dalam kereta. So minuman utama kami adalah susu. Sedap dan segar tau susu di sana membuatkan perut sentiasa melawas.
Apa lagi mencari tandas kerap la. Hahaha.
Tapi memang sangat bersih semua tandas yang kami singgah walaupun hanya pekan kecil sahaja. Pula ada terserempak dengan orang tempatan yang betul ramah betul.
Terkejut tengok kami singgah sebab terlalu jarang pelancong datang. Rezeki kami juga dapat tengok kan asbab perut sentiasa melawas. Hehe.
Bila tengok tempat orang yang betul-betul lain budaya dengan kita membuatkan kita lebih menghormatikan bangsa lain. Semestinya kita sendiri dalam keadaan gelas kosong bila tengok tempat orang.
Mana yang baik kita ambil untuk sama-sama kita praktis. Yang kurang baiknya buat kenangan dan pengalaman kan.
Albany, WA bumi yang indah untuk diterokai.
Ros says
Cantik sangat tempatnya. 7 hari cukup kan bercuti ke sana?
azeni says
Tak cukup sebenarnya..
Padat jadual.
Itupun banyak skip..
Suria Amanda says
Subhanallah swmua tempat cantik…nanti share la banyak lagi gambar..x puas nak tgok..nak pergi memang x tau la bila kesampaian kan..
Suria Amanda says
Subhanallah swmua tempat cantik…nanti share la banyak lagi gambar..x puas nak tgok..nak pergi memang x tau la bila kesampaian kan..harap ada rezeki akan datang
Suria Amanda menulis…Burung Puyuh Salai Masak Lemak Cili Api Style NS
azeni says
Memang sangat cantik tempat.
Hihihi.. Insyallah nanti saya kongsikan di next entry.
Adah says
Alahaiiii…. Cepatlah penuh tabung saya huhuhu
azeni says
Jom cepat-cepat..
NURUL AZHAR says
Salam,
Di Orana stay hotel mana ya..Thanks
azeni says
Kami stay di homestay.
Best.
Ada kanggaroo liar luar rumah.
iekazafira says
saya pergi albany bulan 10 last year, ya Allah ..mmg tak boleh move on .cantik sangat . little beach pun cantikk .haihhh,..albany mmg tempat dirinduii ,cuaca sejuk ,jalan tak sibuk sangat
azeni says
Hihihi kan..
Bandar kecil yang tak sibuk kan..
Rindu betul..
PUTERI NUR ALIYAH says
Salam sis…kalau nk melancong kt albany rse2nye cukup bpe hari utk stay kt albany je?
azeni says
Waalaikummusalam.. Depends juga sis.. Tempat-tempat menarik dan cantik area albany dekat- dekat juga.. Kalau jenis touch and go Boleh stay 1-2hari je.. Tapi kalau jenis nak nikmati lama boleh stay lebih 3 hari.. Bagi sy albany tempat yang tenang.. Seronok stay lama2 😘