• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Jalan-Jalan di Bukit Bendera, Penang

2 October 2016 By azeni 2 Comments

Sebenarnya walaupun saya nie duduk di kawasan Utara Malaysia, tapi memang tidak pernah menjejak kan kaki ke Bukit Bendera Penang.

Duk asyik tengok iklan sahaja. Keinginan itu tidak la membuak-buak sangat pun. Hehehe.

Jalan jalan di bukit bendera Penang

Tiba-tiba ada Family Trip bersama-sama yang dirancang pada 24 September 2016 yang lepas. Ada rezeki la naik kereta kabel sampai ke atas Bukit Bendera. Walaupun jadi mak yong kan, redah aje. Kandungan kali ketiga memasuki hampir ke 6 bulan.

Agak mengah dan kepenatan sebenarnya kalau difikirkan. Maklumlah graviti bumi kami jauh so akan rasa lebih berat kan. Ehh betul ke teori alam aku ini?

Hahaha.

Tapi mujur sangat suplemen semasa mengandung sangat-sangat membantu kan. Bancuh pekat-pekat Protein ESP dan Performance Drink untuk bekalan tenaga kami sekeluarga. Boleh tengok di sini Bagaimana untuk bertenaga walaupun mengandung.

Kami sempat sampai sebelum pukul 9 pagi so dapat beli tiket promosi. Harga sebenarnya RM30 untuk orang dewasa. Tetapi promosi dapat harga RM10.

Untuk kanak-kanak bawah 3 tahun dapat percuma jika beli tiket sebelum pukul 9.

Dan tiket promosi sah hanya hingga pukul 930 pagi sahaja. Kalau terlewat, kena beli tiket baru. Lebih berbaloi dan jimat kalau ramai datang. Pula waktu pagi-pagi memang tak ramai orang.

Pemandangan yang menarik dari dalam kereta kabel pula waktu pagi-pagi kan. Pokok nampak kehijauan basah dek embun. Cantik sangat kalau bergambar kan.

Jalan-jalan di Bukit Bendera

Kami sekeluarga di View Deck

Bergambar di atas view deck menampak kan keseluruhan pemandangan Penang. Cantik. Tetapi masih berkabus kan. Hehe.

Kami sempat juga singgah masuk ke Muzium 5D untuk kanak-kanak. Ada replika untuk cerita kartun kegemaran kanak-kanak. Apa lagi Thaqif dan Dareef bukan main suka lagi kan. Termasuk papa dia. Hahaha.

Ada juga masjid dan temple untuk persinggahan untuk beribadat.

Jalan-jalan di Bukit Bendera

Pemandangan di bandar Penang

Jalan jalan di Bukit Bendera

Bahagian di View Deck

Jalan-jalan di Bukit Bendera

Bila masa menginjak ke tenghari, suasana nyaman sahaja dengan deruan angin bertiup. Walaupun cuaca seakan mendung tapi selesa sangat.

Sambil-sambil makan kacang rebus berempah masala. Hehehe.

Short vacation kami berakhir sampai ke tengahari memandangkan perut kelaparan dan kepenatan berjalan.

Pengalaman menarik di Bukit Bendera. Mungkin bagi anda yang ingin ke sana, disarankan beli tiket awal pagi sebelum pukul 9 pagi untuk elak beratur teratur lama. Dan memang pemandangan awal pagi sangat indah dan cantik.

Hingga bertemu di lain artikel destinasi jalan-jalan.

Naik Star Cruise Libra Secara Free? Betul ke?
Kejutan Buat Orang Tersayang dengan HadiahBungaOnline

Related

Filed Under: personal Tagged With: Bukit Bendera Penang, Jalan di Penang, Tempat menarik penang

Comments

  1. Zainul says

    3 October 2016 at 6:16 pm

    Dasat ibu mengandung sampai ke bukit bendera ?

    Reply
    • azeni says

      10 October 2016 at 9:12 pm

      Hihihi..
      Mujur ambil suplement

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer