• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

  • Home
  • Kenali Saya
  • Hubungi Saya
  • Disclaimer
  • Arkib

Naik Star Cruise Libra Secara Free? Betul ke?

4 December 2017 By azeni 6 Comments

Betul ke naik Star Cruise Libra secara free?

Tak perlu bayar apa-apa ke?

naik starcruise libra secara free?

Ya memang betul free ditanggung sepenuhnya oleh pihak Shaklee Malaysia. Ini adalah ganjaran ataupun reward mereka yang berjaya memenuhi syarat trip point sepanjang tahun lepas iaitu 2016.

Alhamduillah sepanjang cycle lepas iaitu Mac 2016 hingga Mac 2017 memenuhi kelayakan terus dapat 1 tiket percuma.

Semuanya ditanggung.

Berlenggang sahaja naik cruise bawa pakaian sahaja.

Cumanya duit shopping sahaja perlu dibawa sekali.

Star Cruise Libra Shaklee

Trip Shaklee Regional 2017

Star Cruise Libra ini adalah dari Port Klang – Langkawi – Phuket – Penang – Port Klang selama 5 hari 4 malam.

Walaupun wakilkan suami, apa yang saya boleh katakana adalah PERCUTIAN MEWAH. Sangat mewah dengan makanan yang sangat sedap. Tiada yang tak sedap. Memang la chef pun 5 bintang punya kan. Hihihi.

Dengan aktiviti yang dilakukan merapatkan hubungan dengan sideline, upline, downline juga dengan pihak pengurusan Shaklee sendiri.

Bilik Star Cruise Libra

Pemandangan Bilik

Jom saya cerita serba sedikit aktiviti atas kapal.

Bermula naik di Port Klang malam. Aktiviti lebih pada merehatkan badan dan juga makan-makan terus tidur.

Keesokannya siang aktiviti bersama pihak Shaklee iaitu Scavenger Hunt untuk berebut tiket untuk aktiviti air di Phuket nanti.

Aktiviti Star Cruise Libra

Rupa-rupanya aktiviti air yang semua best gila. Alahai.

Singgah di Langkawi petang untuk membeli coklat dan pusing-pusing sekitar Pantai Cenang dalam 3 jam sahaja sebelum bertolak ke Phuket.

Malam nya adalah dinner Shaklee bertemakan kain sarong. Meriah sangat. Macam-macam fesyen dan gaya kain sarong dipakai.

Ada yang macam pahlawan Melayu.

Ada yang buat kain batik Africa wrap untuk kepala. Kreatif sangat.

Ada yang macam ala-ala dayang istana.

Hehehehe.

Yang pasti pemenangnya untuk kain sarong dapat Sea Walker di Phuket tau.

Keesokkan harinya, cruise berlabuh di Phuket untuk ke Banana Beach, Coral Island Koh Hey Phuket.

Sawadikap.

Aktiviti Star Cruise Libra

Pantai air laut membiru

Disini ada aktiviti air yang disponsor sepenuhnya oleh Shaklee iaitu seperti:

  • Sea Walker
  • Zipline
  • Snorkeling
  • Parasailing
  • Banana Boat

Ada yang bernasib baik masa Scavenger Hunt Games memang aktiviti air di seperti atas. Dengan pantai yang sangat cantik menambahkan lagi excited tue kan. Selepas makan, bersambung aktiviti ke pekan Phuket sambil membeli cenderamata dan pusing-pusing.

Juga menjadi kegilaan minuman aiskrim kelapa. Katanya sedap sangat.

Terliur tengok gambar. Hahaha.

Berangkat naik ke Cruise untuk dinner bersama kapten kapal. Wahh ekslusif sangat. Masing-masing pakai smart casual dan berdress cantik elegan. Masa ini juga diperkenalkan chef-chef belakang dapur ke depan. Hihihi.

Star Cruise Libra

Pendek kata memang sedap sentiasa makanan atas Cruise tue.

Keesokkan hari, cruise berlabuh di Penang dan semua rombongan Shaklee di bawa ke Chowrasta dan The Top SkyWalk KOMTAR.

Sky Walk KOMTAR

Gayat tak?

The Top Komtar tue berjalan atas gelas di tingkat paling atas sekali dengan bayaran RM68 seorang masuk. Fuhhh semangat tengok harga tiket belum lagi tengok view atas Komtar tue.

Hehehe.

Bagi yang gayat, mungkin jadinya pucat lesi kan. Tapi jadi pengalaman berharga tue sebab nak masuk pun dah mahal kan. So lawan je rasa gayat tue. Hahaha.

Confirm lepas nie, tak akan naik lagi kan. Hihihi.

Mujur tiket pun Shaklee sponsor masuk.

Lega.

Hentian Star Cruise Libra

Pemandangan Sky Walker KOMTAR

Kalau dah jalan-jalan, mestilah kena makan kan. Baru boleh kenal budaya setempat. Terus makan-makan di kawasan chowrasta sambil pekena nasi kandar la, beli jeruk Pak Ali la, makan cendol la.

Memang trip untuk mengemukkan badan betul. Hihihi.

Selesai rasa gayat, makan-makan dan bershoping sakan terus naik cruise semula untuk balik ke Port Klang semula.

Sambil-sambil bersidai di dek ambil angin menyaksikan pemandangan matahari terbenam dan matahari terbit. Gambar pun mampu berbicara tentang keindahan alam kan.

Star Cruise Libra

Pemandangan atas Dek

Alhamduillah.

Insyallah tahun depan merasa ke tempat lain pula.

Ini adalah salah satu reward yang disediakan oleh pihak Shaklee untuk yang serius berbusiness. Selain cash setiap bulan juga elaun kereta, trip Shaklee antara paling dinantikan oleh semua pengedar Shaklee yang aktif.

Sebab trip Shaklee memang 5-6bintang tau.

Kadang-kadang tak terjengkau dek akal pun nak travel macam nie. Tapi dengan Shaklee memang jadikan angan-angan itu realiti selepas berusaha kuat la ye.

Semuanya takkan bergolek datang kan. Perlukan usaha yang setimpal untuk dapat hasil yang setimpal.

Untuk anda inginkan berbusines Shaklee, inginkan travel ke merata dunia dengan sepenuhnya ditaja jom bersama-sama dalam group kami.

Saya selaku founder Dynamic Family akan bantu untuk sama-sama membina empayar business dengan Shaklee.

Berjumpa kita di artikel Free Trip tahun 2018 ya.

5 Herba Terbaik Cuci Dalaman Badan
Size Fibroid 13.3cm Jadi 0cm! Apa yang Berlaku?

Filed Under: personal, Shaklee Tagged With: StarCruise Libra, Trip Shaklee

Comments

  1. titan says

    5 December 2017 at 5:17 pm

    wahh..

    best la dapat naik cruise.

    hoho..

    lama gak tak naik nih..
    titan menulis…Doktor Gigi yang COMEL.My Profile

    Reply
    • azeni says

      9 December 2017 at 9:05 am

      Hihihi..
      Rezeki free trip..

      Oooo memang selalu naik ye cikgu?
      Wowww..

      Reply
  2. sabree hussin says

    7 December 2017 at 8:41 am

    Saya pulak tak pernah lagi ada pengalaman naik cruise macam ni… tak ada rasa mabuk laut ke naik cruise macam ni ye
    sabree hussin menulis…SilaTiga GuestHouse KL – Homestay di Wangsa Maju yang PERFECT untuk korporat, bisnes mahupun personalMy Profile

    Reply
    • azeni says

      9 December 2017 at 9:05 am

      Takda la mabuk sangat pun.
      Sebab kapal besar kan..
      Tak rasa goyang sangat la…

      Reply
  3. Bro Framestone says

    11 December 2017 at 12:08 pm

    Rasanya, baru2 nie macam ramai je kenalan yang join trip ini… Ke korang kenal satu sama lain nie?

    Salah seorang namanya dia Joe Labu, rambut curly panjang2
    Bro Framestone menulis…Monkey King: The Golden Hooped Rod di Resorts World GentingMy Profile

    Reply
    • azeni says

      12 December 2017 at 7:02 am

      Hihi.
      Sekali la tue.
      Seangkatan satu trip.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Genesis Framework
Rekabentuk oleh Denaihati Network