• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

5 Herba Terbaik Cuci Dalaman Badan

6 December 2017 By azeni 12 Comments

Badan kita sememangnya perlu untuk di”cuci” untuk memastikan supaya berfungsi pada tahap terbaik dan optimum.

Kita pula asyik makan.

Udara sekeliling juga tidak bersih.

Penggunaan bahan kimia berlebihan.

Boleh menyebabkan sistem dalam badan kita terganggu dan merosot skit-sikit.

5 tumbuhan herba cuci dalaman badan

Tanda badan perlu dicuci adalah:

  1. Masalah sistem pembuangan seperti kerap sembelit teruk
  2. Alergik kulit ataupun alahan pada makanan tertentu
  3. Badan kerap sakit seperti demam dan selesema hingga lambat sembuh
  4. Berat badan naik secara mendadak
  5. Kitaran haid terganggu disebabkan sistem hormone tidak stabil
  6. Hilang selera makan
  7. Keletihan melampau

Ini adalah sebahagian daripada tanda-tanda dalaman badan kita tidak sihat hingga menganggu keseimbangan badan kita.

Ada orang suka berbekam, ataupun akupuntur. Ada juga bersauna untuk buang toksin dalam badan. Namun itu lebih pada luaran badan kita.

Lebih baik dan bagusnya amalkan herba-herba untuk bantu cuci dalaman badan kita.

Jom saya kongsikan disini.

5 Herba Terbaik Cuci Dalaman Badan

1. Alfalfa

Alfalfa mengandungi lebih daripada 300 jenis di dalam nya.

Bayangkan.

Sebab itu Alfalfa di panggil ‘the father of the foods’. Alfalfa mengandungi pelbagai nutrien seperti kalsium, magnesium, fosforus, vitamin K, vitamin A, vitamin E dan vitamin C ditambah sejumlah besar klorofil.  Alfalfa membantu mencuci sistem percernaan (usus ) dan juga menyahtoksinkan dalam darah kita.  Kira nak cuci darah ambil Alfalfa ye.

2. Milk Thistle

Milk thistle adalah tumbuhan yang sangat bagus dan menyokong kesihatan untuk organ hati kita. Sebab milk thistle bantu neutral kan semula toksin yang masuk dalam organ hati, memperbaiki sel hati dan melindungi sel sel hati kita daripada rosak disebabkan toksin yang sama.

Dalam milk thistle ada kandungan silymarin. Silymarin adalah gabungan flavonoid kompleks yang sangat bagus yang akan membantu untuk halang kerosakan sel hati kita.

milk thistle bantu detox organ hati

Milk Thistle

Dan pengambilan silymarin dalam milk thistle akan meningkatkan tahap glutation dalam hati yang membantu badan mengeluarkan bahan kimia dan ubat-ubatan (termasuk ubat-ubatan farmaseutikal seperti acetaminophen).

Selain itu, silymarin dalam milk thistle menggalakkan pengeluaran protein untuk mencipta sel hati baru dan menggantikannya rosak. Kerana itulah, milk thistle digunakan untuk menyokong rawatan mereka yang ada hepatitis serta sirosis (kerosakan hati).

Menurut kajian yang dilakukan oleh S. K., Mukherjee (Medicinal properties of milk thistle with special reference to Silmaryn) menunjukkan milk tthistle membantu untuk mencegah penyakit Alzahimer, kanser kolon dan juga kanser prostat.

Sumber

3. Daun Senna

Sangat sesuai untuk mereka yang ada masalah sembelit. Daun senna sangat sesuai dijadikan julap untuk bantu masalah sembelit.

Herba senna ini membantu pengerakan dinding usus itu semula.

4. Peppermint dan Halia

Biasanya orang yang ada kembung perut (istilah perut berangin) adalah mereka yang kerap sembelit.

Kembung disebabkan terutamanya oleh masalah pencernaan kerana makan berlebihan ditambah dengan tahap yang rendah pencairan cecair dan enzim.

Peppermint melegakan kejang otot dan membantu saluran gastrousus (GI) untuk berehat supaya kita boleh melepaskan gas, ditambah pula dengan kesan analgesik dan anestetik untuk menghilangkan kesakitan

Selain Peppermint, halia sangat bagus untuk kembung. Sebab petua orang lama-lama, halia bagus untuk senak selain daripada meransang pengeluaran jus dalam perut (untuk menenangkan perut dan usus).

Dalam halia ada kandungan Gingerol yang sangat bagus untuk melegakan loya dan muntah.

Dan kajian yang dilakukan oleh Pittler MH, Ernst E. (Peppermint oil for irritable bowel syndrome: a critical review and metaanalysis. Am J Gastroenterol) halia sangat bagus untuk masalah artitis.

Sumber

tumbuhan polifenol bantu cuci dalaman badan

Kandungan polifenol dalam buahan ini

5. Polifenol

Sebenarnya polifenol adalah bahan semulajadi wujud dalam tumbuhan. Kandungan polifenol inilah yang sangat membantu untuk elak sel kita rosak.

Sel rosak bagaimana?

Kita pun tak boleh nampak ataupun tahu kan sel kita rosak.

Tapi kita akan alami masalah kesihatan yang kritikal yang puncanya adalah dari sel kita yang tidak sel. Sel tidak sihat lama-kelamaannya akan menganggu sistem dalam badan kita.

Contohnya seperti:

  • Masalah gula berlebihan (kencing manis)
  • tekanan darah tinggi
  • Masalah penghadaman

Hingga membawa kepada masalah kronik seperti jantung, buah pinggang dan sebagainya.

Polifenol ini bertindak pada menyeluruh dalam sel kita. Untuk pastikan sel kita sihat dan kuat perlukan pelindungan daripada toksin ataupun radikal bebas yang masuk dalam badan kita setiap masa!

Antara 5 jenis tumbuhan yang saya senaraikan di atas, paling mudah dicari adalah Alfalfa, peppermint dan halia kan.

Untuk milk thisle, daun senna dan polifenol (ini kandungan dalam tumbuhan itu sendiri) memang susah nak jumpa. Lagipun harga pun sangat mahal.

tumbuhan herba cuci dalam badan

5 tumbuhan bagus untuk cuci dalaman badan

Lebih mudah ambil 5 jenis vitamin yang mengandungi setiap tumbuhan untuk bantu mencuci dalaman badan kita. Iaitu:

1. Alfalfa Complex yang mengandungi pokok alfalfa. Untuk mereka yang ingin men’cuci’ darah, alfalfa adalah terbaik untuk membantu.

2. DTX Complex mengandungi milk thistle yang bagus untuk mencuci organ hati kita. Pada masa yang sama menyokong kesihatan sel hati.

3. Peppermint Ginger mengandungi daun peppermint dan halia. Sesuai sangat masalah kembung perut dan juga untuk melawas perut.

4. Herbalax mengandung daun senna yang sememangnya teman baik kalau ada sembelit dan juga masalah usus.

5. Vivix mengandungi polifenol yang sangat tinggi. Vivix ini lebih menyeluruh untuk bantu sel dalam badan kita kembali bertenaga.

Sebab salah satunya badan kita cepat lemah disebabkan sel semakin tidak kuat dan bertenaga. Vivix membantu memperbaiki semula sel sel yang rosak dan meningkatkan keupayaan sel kita sendiri.

5 tumbuhan herba cuci dalaman badan

Boleh jadikan 5 vitamin ini sebagai “Pencuci” badan kita. Lebih digalakkan lakukan secara konsisten setiap bulan untuk elakkan datangnya penyakit lain. Mencegah lebih baik daripada mengubati kan.

Cuma kita nak bantu merawat akan ambil masa untuk sel sel kita kembali normal kan. Bagi yang mempunyai masalah kesihatan seperti contohnya kencing manis, tekanan darah tinggi, masalah buah pinggang dan sebagainya perlukan nasihat doktor terlebih dahulu.

Untuk pertanyaan lebih terperinci dan pembelian vitamin boleh terus hubungi saya.

Cara Order Vitamin Shaklee, pengedar shaklee kota damansara dan petaling jaya

Azeni Ahmad

Call/SMS/Whatapps ; 012-5771864

Page: azeniahmad dot com

COD area: Sungai Petani, Kota Damansara, Damansara Perdana, Mutiara Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.

Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.

Buat Duit Dengan Menulis Boleh Jana Income 4 Angka

Cara Matangkan Telur Ovum Untuk Mudahkan Mengandung
Naik Star Cruise Libra Secara Free? Betul ke?

Related

Filed Under: Petua, Shaklee Tagged With: Khasiat ALfalfa Cuci Darah, Khasiat Milk Thistle Cuci Hati, Polifenol Cucu Badan, Tumbuhan Herba Cuci Badan

Comments

  1. Suria Amanda says

    6 December 2017 at 1:19 pm

    SA memang guna Herblax seminggu 2 kali…memang bagus product ni sebab sistem penghadaman jadi lancar..

    Reply
    • azeni says

      9 December 2017 at 9:06 am

      Wahh ambil herbalax memang pun.
      Melawas senang.
      Jangan tak sempat udah.. Hihihi.

      Reply
  2. titan says

    7 December 2017 at 12:08 am

    selalu kalau rasa tak kena, memang belasah teh halia.

    memang cuci habis perut.

    haha..
    titan menulis…JIMAT duit dengan Shopback CashbackMy Profile

    Reply
    • azeni says

      9 December 2017 at 9:07 am

      Bukan takat cuci je, sekali angin semua keluar tue..

      Konpem ringan badan. Kikiki

      Reply
  3. Bahrain says

    10 December 2017 at 3:36 pm

    NO 3 dan 4 tu tau.. yang lain tu memang tak tahu.. hehhe

    Reply
    • azeni says

      12 December 2017 at 7:01 am

      Kalau macam tue kena cuba la..
      Lagi best.
      Hehehe.

      Reply
  4. nida says

    10 December 2017 at 3:50 pm

    bes bila badan dicuci..ringan sangat

    Reply
    • azeni says

      12 December 2017 at 7:02 am

      Selesa kan..

      Reply
  5. Dedaun Comel says

    14 December 2017 at 2:13 pm

    Zaman sekarang ni kita banyak terdedah dengan makanan segera dan makanan yang diproses.. sebab tu kena jaga kesihatan kan
    Dedaun Comel menulis…Anda Perlu 10,000 Jam Untuk Menjadi HebatMy Profile

    Reply
    • azeni says

      14 December 2017 at 11:17 pm

      Betul sangat.
      Banyak makanan yang tidak sihat dan murah.
      Itu jadi permintaan tinggi

      Reply
  6. akubiomed says

    18 December 2017 at 12:18 am

    Nama-nama tumbuhan yang asing didengari. Rupanya Shaklee dah gabungkan didalam produk mereka.
    akubiomed menulis…Pengalaman emas trip PG Golden Tour Day 1My Profile

    Reply
    • azeni says

      19 December 2017 at 6:30 am

      Memang asing dan susah nak jumpa kalau di Malaysia.
      Kalau ada pun mahal.
      Hihi

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer