• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Jalan-Jalan Singgah Di Cameron Highland, Pahang

24 December 2014 By azeni 2 Comments

Baru-baru ini, aku sekeluarga sempat menyinggah ke Cameron Highland, Pahang dalam perjalanan ke Pantai Remis, Perak untuk menghadiri kenduri kahwin sepupu sebelah suami. Asalnya perancangan untuk bermalam semalaman di sana, tetapi aku ada masalah lain yang perlu diselesaikan.

So kira singgah hari la. Waktu terakhir aku sekeluarga datang ke Cameron Highland (CH), masa itu bertiga (ada anak seorang la). Sekarang berempat pula. Terasa macam tradisi pula kan. (Bertambah anak kena datang Cameron Highland). Haha.

Buah strawberi di Cameron Highland

 

Kalau namanya menyinggah, cuma ada beberapa tempat yang familiar aku sekeluarga pergi. Antaranya pergi tempat memetik buah strawberi sambil-sambil makan aiskrim strawberi. Walaupun hanya aiskrim biasa cuma letak buah strawberi dan syrup sahaja, tetapi disebabkan makan tempat sejuk so jadi feeling oversea la. hehe.

aiksrim strawberi di Cameron Higlhland

Waktu aku sekeluarga sampai di CH nie, mungkin musim menuai strawberi kot. Sebab strawberi dijual denga harga yang murah sangat dan masih segar dari ladang rasanya. Memang memborong sakan la kalau dah murah kan. ( Tak sempat nak ambik gambar nak menunjukkan betapa murahnya).

 

 

Bergambar kenangan di Cameron Highland bersama keluarga

Kalau datang CH, tak sah kalau minum tea panas-panas kan. Tempat yang aku sekeluarga selalu pergi di Cameron Valley-Bharat Tea di Ringlet. Selepas pusing-pusing tengok ladang tea terus minum tea panas-panas harga RM2.50 kalau kosongnya. Kalau nak tambah perisa strawberi ke halia ke kena tambah harga la. Sambil menghirup tea panas sambil menikmati pemandangan ladang tea.

Pemandangan ladang teh di Cameron Highland sambil menikmati teh

Tempat untuk shopping kalau di CH antaranya di Kea Farm la. Daripada sayur, baju-baju, souvenir, pokok-pokok ke semua di situ. Aku tidak terlalu ghairah untuk beli sayur-sayuran segar di CH disebabkan takut rosak memandangkan kami akan ke Perak selepas ini. So kami hanya beli strawberi, teh berperisa strawberi berkotak-kotak buat stok, souvenir, pokok-pokok renek hiasan, dan serba sedikit assecories untuk anak-anak.

Menikmati pemandangan ladang teh sambil minum teh bersama keluarga

 

Selepas shopping dan ambil angin seketika sambil menikmati pemandangan sejuk mata, kami bergerak turun dari CH. Memang perubahan semakin ketara di CH seperti yang dilaporkan dalam berita tentang bukit-bukit ditarah hingga ‘bogel’, memang mencacatkan pemandangan (terasa macam Karam Singh Walia buat laporan pula kan).  Dan semakin banyak pembangunan ‘under construction’ yang mana terasa ‘menyesakkan’ mata memandang. Paling penting, cuaca kurang sejuk di CH disebabkan perubahan geologi yang dilakukan oleh tangan rakus manusia.

So kami meninggalkan CH dengan memori berempat yang diabadikan dalam bentuk gambar. Walaupun singkat tetapi penuh kenangan kami sekeluarga.

Daaa..

Mengapa Sukan Memanah, Berkuda dan Berenang Antara Sukan Paling Bagus Daripada Bola Sepak?
Blog Aku Bertukar Wajah dan Identiti

Related

Filed Under: Santai Tagged With: Cameron Highland, Jalan-Jalan

Comments

  1. suri says

    24 December 2014 at 4:13 pm

    best kalau pergi tp tak pernag lagi menginap sana pergi balik hari sahaja.bestlah jalan ya hee makan angin smabil borong kat sana geeee…

    Reply
    • azeni says

      27 December 2014 at 12:36 am

      Hehehe.
      Mesti la best. Seba tempat sejuk kan. Hihi

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer