• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Mengapa Sukan Memanah, Berkuda dan Berenang Antara Sukan Paling Bagus Daripada Bola Sepak?

27 December 2014 By azeni 8 Comments

Kebanyakan sukan yang ada di dunia ataupun yang dipertandingkan di Olimpik, semuanya akan mengeluarkan peluh. Semua sukan akan memberikan kelebihan dari segi kesihatan tak kira secara mental ataupun fizikal kan.

Contohnya bola sepak memang boleh dimainkan oleh semua peringkat umur cumanya kelebihan yang kita dapat, tidak terlalu optimum berbanding dengan sukan berenang, berkuda dan memanah. Ketiga-tiga sukan ini sebenarnya memberikan impak yang tinggi kepada kesihatan kita tidak kira dalam masa pendek ataupun untuk masa panjang.

Apakah impak yang terjadi pada badan kita apabila kita berenang, berkuda ataupun memanah?

Memanah bagus untuk fokus dan bersabar

Memanah untuk tingkatkan kemahiran daya tumpu

Sukan Memanah Bagus Untuk Tumpukan Perhatian

Paling ketara dalam sukan ini adalah kemahiran yang tinggi untuk menumpukan perhatian pada satu sasaran. Secara tidak langsung ia akan membuatkan kita untuk belajar seimbangkan badan kita bagi menumpukan perhatian sebelum anak panah dilepaskan.

Untuk memastikan keadaan badan kita seimbang untuk fokus, kita perlu mengawal otak dan pengerakan jantung kita.

Selain itu, memanah boleh mempengaruhi perkembangan fizikal pada bahagian atas badan iaitu otot, dada, bahagian belakang serta tangan akan lebih kemas apabila menarik anak panah untuk melepaskan tekanan apabila ditujukan pada sasaran.

Sumber

Berkuda bagus untuk bakar kalori dan untuk menguruskan badan.

Berkuda boleh membentuk poster badan yang cantik

Menunggang Kuda Boleh Membakar Kalori Dengan Cepat

Jika anda perasan, biasanya biasanya kita tengok penunggang-penunggang kuda adalah berbadan ideal dan kurus. Jarang kita tengok yang menunggang kuda adalah obesiti kan.  Ini kerana sukan berkuda boleh membakar kalori dalam badan dengan cepat walaupun hanya menapak. Bayangkan kalau memang laju semasa menunggang kuda bertambah tinggi kalori yang dibakarnya.

Dengan menunggang kuda, ia akan membantu kita membantu kita untuk mendapatkan postur badan yang menarik. Ini disebabkan tulang belakang kita memainkan peranan penting untuk menyimbangi di atas kuda. Pada masa yang sama, ia memberi tekanan pada perut kita. Tetapi perlu dilakukan secara konsisten yea.

Ada kajian yang dilakukan menunjukkan yang berkuda sebenarnya adalah memberi latihan kepada otak kita. Secara tidak langsung, ia dapat mengurangkan potensi untuk mendapat penyakit Alzaimer ataupun hilang ingatan ketika umur semakin tua.

Paling penting dapat membina interaksi antara manusia dan binatang. Sikap ini jika dipupuk daripada kanak-kanak, ia akan membentuk satu tahap keyakinan diri yang tinggi dalam diri.

Sumber

Berenang bagus untuk otak, untuk kurus, mengubati arthiris.

Berenang memberikan latihan pada otak kita

Sukan Berenang Boleh Melepaskan Tekanan Dan Merehatkan Minda

Berenang antara sukan yang memerlukan kita menggunakan keseluruhan badan untuk melakukan pergerakan. Daripada hujung jari kaki hingga ke kepala, pengerakan yang terhasil akan mempengaruhi dalaman badan tidak kira jantung, hati, otak ataupun seluruh saraf.

Apabila kita berenang, sejenis bahan kimia akan dirembeskan iaitu endorphin untuk melapangkan minda kita. Disebabkan itu, mereka yang selalu tertekan digalakkan berenang dan ia akan merehatkan otot-otot kita.

Secara tidak langsung, perjalanan darah ke seluruh badan akan lebih baik kerana jantung lebih kuat untuk mengepam. Ini mengurangkan potensi untuk mendapat diabetes, kolestrol dan penyakit asma. Pengerakan otot keseluruhan badan membantu untuk mereka yang mengidap arthiris.

Malah untuk ibu mengandung, sangat disarankan untuk melakukan aktiviti berenang tetapi jangan terlalu ekstrem.

 

Malah dalam Islam, ketiga-tiga jenis sukan ini sangat digalakkan. Sebab ia mempengaruhi kehidupan kita samada secara fizikal ataupun secara emosinya. Walaupun kos agak mahal dan dikatakan lebih kepada golongan elite, tetapi untuk ada juga yang menawarkan pada harga mampu. Yang penting kena konsisten yea.

*****

Bagi yang melakukan aktiviti lasak, kadang-kadang tidak dijangka akan terjadi kecederaan otot. Anda boleh rujuk disini jika alami kecederaan iaitu Tip Mudah Sembuh Untuk Kecederaan Otot.

Selamat bersukan…

Singgah Di Istana Kellie, Perak Untuk Mengenali Sejarah
Jalan-Jalan Singgah Di Cameron Highland, Pahang

Related

Filed Under: Santai

Comments

  1. blogger lelaki says

    27 December 2014 at 10:48 pm

    sukan memanah dan berkuda tu saya belum pernah cuba…hu3
    blogger lelaki menulis…Jom Aktifkan MykadMy Profile

    Reply
    • azeni says

      28 December 2014 at 2:59 am

      Saya pun tak pernah lagi.. Tapi teringin sangat. Hehehe

      Reply
  2. Ismail says

    28 December 2014 at 3:40 pm

    Oh..nak cuba berkuda pula..dpt sihat dpt pahala..
    Ismail menulis…Asas Bagaimana Buat Duit Melalui BlogMy Profile

    Reply
    • azeni says

      28 December 2014 at 6:29 pm

      digalakkan sangat berkuda.
      Nanti badan lebih sihat dan fit.

      Reply
  3. titan says

    6 January 2015 at 7:42 pm

    berkuda aje belum ada peluang nak belajar.

    sape ada kuda?

    pinjam seminggu.
    titan menulis…Akaun GMAIL pun kena sontot.My Profile

    Reply
    • azeni says

      7 January 2015 at 4:31 am

      Nak pinjam kuda kira sewa la en.titan.
      Nak belajar kena ada instructor.
      ‘Belajar sendiri asyik tergolek je la nanti. Hihi

      Reply
  4. Dr Fattah says

    30 January 2015 at 11:08 am

    3 jenis sukan ini sunnah nabi muhammad s.a.w. dapat berenang pun sudah memadai, kemudian baru usaha untuk menguasai 2 jenis sukan itu lagi.
    Dr Fattah menulis…Tajuk Yang Berkaitan Dengan Peperiksaan Separa PerubatanMy Profile

    Reply
    • azeni says

      30 January 2015 at 12:08 pm

      Yang berenang tue memang paling wajib kan.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer