• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Singgah Di Istana Kellie, Perak Untuk Mengenali Sejarah

30 December 2014 By azeni 10 Comments

Rentetan daripada perjalanan ke Cameron Highland (boleh baca di entry Singgah di Cameron Highland), kami sekeluarga turun dan kemudian singgah di istana yang tersergam indah iaitu Istana Kellie.

Walaupun sebelum ini, kerap melalui jalan Ipoh-Batu Gajah, cuma kali ini baru terdetik untuk singgah dan melawat. Tiada dalam perancangan pun sebenarnya untuk singgah di istana ini. Dan yang tidak dirancang itu selalu menjadi kan.

Istana Kellie di Perak

Kersergaman Istana Kellie ini mengamit untuk pengunjung singgah sebenarnya memandangkan senibina yang didirikan lain daripada budaya masyarakat Melayu kita. Jom kita kenali sejarah asal usul terjadinya Istana Kellie di Perak ini.

Sejarah ringkas mengenai Istana Kellie Perak

Tuan empunya istana adalah bernama Sir Wiliam Kellie Smith. Berasal dari Scotland. Tujuan datang ke Tanah Melayu ini adalah untuk membuka perniagaan dan pada masa yang sama berjumpa dengan Alma Baker untuk memulakan perniagaan. Alma Baker baru dihadiahkan oleh pemerintah pada masa itu, iaitu tanah seluas 360 hektar di kawasan hutan.

Kawasan hutan diterokai untuk dijadikan kawasan perladangan getah dan lombong biji timah. Setelah perniagaan bertambah maju, Sir William pulang ke Scotland untuk mengahwini Agnes dan kemudian di bawa ke Tanah Melayu pada masa itu. Sebagai tanda cinta yang mendalam pada isteri beliau, Sir William mendirikan istana tersergam dan ukiran istana mirip ke arah senibina istana Moghul di Agra.

Bilik-bilik di dalam Istana Kellie yang  ada laluan bawah tanah

Malah dikatanya, segala bahan mentah untuk pembinaan dan pekerja-pekerja di ambil daripada Madras, India untuk memastikan ketulenan senibina istana beliau. Mengikut perancangan, istana Sir William akan dipasang dengan lift yang mana merupakan pertama kali di Tanah Melayu pada masa itu.

Istana Kellie yang separuh siap disebabkan kematian William Kellie Smith di Lisbon Portugal

Pembinaan istana ini terbengkalai selepas Sir William Smith meninggal dunia di Lisbon, Portugal semasa dalam proses mengambil tempahan lift untuk di bawa balik ke Tanah Melayu.

Sehingga kini, istana Kellie menjadi tempat tumpuan pelancong memandangkan lokasi istana hanya di tepi jalan besar Ipoh- Batu Gajah. Bukan tumpuan pelancongan sahaja malah menjadi tempat pengambaraan filem ataupun drama luar dan dalam negara.

Sebenarnya bila warga asing datang ke Tanah Melayu bagi aku secara positifnya ia akan mempengaruhi senibina ataupun apa-apa sistem yang sedia ada. Secara tidak langsung, ia akan menambahbaikan yang sedia ada dan menjadikan bertambah baik. So kita sebagai rakyat Malaysia wajar untuk menghargainya.

Istana Kellie tersergam di laluan Ipoh-Batu Gajah

Bagi mereka yang melalui laluan Ipoh-Batu Gajah, boleh singgah di Istana Kellie ini kalau belum singgah lagi. Jangan takut pulak untuk singgah, disebabkan hantu-hantu yang merayau kat situ. Hehehe.

Daaaa.

Wanita Selepas Bersalin Cenderung Gila Shopping?!
Mengapa Sukan Memanah, Berkuda dan Berenang Antara Sukan Paling Bagus Daripada Bola Sepak?

Related

Filed Under: Santai Tagged With: Istana Kellie di Perak, Jalan-Jalan

Comments

  1. blogger lelaki says

    30 December 2014 at 5:13 pm

    memang menarik istana silam nie
    blogger lelaki menulis…Jom Aktifkan MykadMy Profile

    Reply
    • azeni says

      2 January 2015 at 1:32 pm

      Istana silam kan.
      Teringat kat iklan adabi lak..
      Hikhik..

      Reply
  2. TempahanDotMy says

    30 December 2014 at 6:38 pm

    Pernah lalu jer , belum berkesempatan nak singgah lagi.

    Tgk macam xtinggi sgt istananya. Tp , nak berlif bagai.haha
    TempahanDotMy menulis…Apa itu Sistem TempahanDotMy ?My Profile

    Reply
    • azeni says

      2 January 2015 at 1:30 pm

      Hahaha..
      Ala 3 tingkat je pun istana tue.
      Nak dapatkan nama lift pertama dipasang di Tanah Melayu kan.
      Hihihi

      Reply
  3. Ismail says

    1 January 2015 at 8:48 am

    Kota berhantu keluarga kellie”s..masa belajar kat uitm dulu rajin juga ke sana..view dari atas memang cantik..
    Ismail menulis…Buat duit di blog dengan teknik google adsenseMy Profile

    Reply
    • azeni says

      2 January 2015 at 1:31 pm

      Yeke berhantu..
      Perasaan je kot.
      Kellie tue mati kat Lisbon. Jauhnya hantu dia terbang ke Tanah Melayu lak kan..
      :p

      Reply
  4. Ikhwan Fahmi says

    8 January 2015 at 10:18 pm

    pernah datang sekali, rasa nak datang lagi 🙂
    Ikhwan Fahmi menulis…Seksyen Pengetahuan Am Peperiksaan Separa PerubatanMy Profile

    Reply
    • azeni says

      9 January 2015 at 4:06 am

      Yang memang cintakan pada sejarah pasti suka tempat ini kan.

      Reply
  5. Kyrul Nizam says

    15 January 2015 at 3:43 am

    Banyak cerita seram mengenai istana kellie ni. hehe

    Masuk dlm list, tempat perlu lawati tahun ni. 🙂
    Kyrul Nizam menulis…Diet Atkins: Aku Mahu KurusMy Profile

    Reply
    • azeni says

      15 January 2015 at 4:53 am

      Hehehe.
      Tempat tak menyeramkan pun.
      Kalau tak pergi, wajib pergi dah.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer