• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Wanita Selepas Bersalin Cenderung Gila Shopping?!

21 January 2015 By azeni 23 Comments

Alkisahnya, ini terjadi pada officemate aku sendiri. Sebelum ini, memang setiap hari abang posmen datang ke office hantar surat ataupun dokumen rasmi pejabat. Tapi yang aku perasan dalam sebulan lebih nie, boleh dikatakan hampir setiap hari ada saja bungkusan ataupun parcel barang yang sampai.

Pelik.

Nak bergosip punya pasal kena ambil tahu la. Haha.

Setelah diselidik dan disiasat, rupa-rupanya officemate aku bershopping online sakan. Katanya nak ubah penampilan baru selepas bersalin. Lebih muslimah gitu. Dan officemate aku tue bukan seorang tetapi 3 orang tau baru lepas cuti berpantang. Secara kebetulan pula, boleh mengandung berjemaah dan bersalin sama-sama pula tue. Hahaha.

Pula dapat beli secara online dengan harga yang super duper murah. Memang meroyan jadinya membeli kan. Macam iklan zalora yang terpekik terlolong tue.

Shopping Online untuk wanita lepas berpantang

Wanita selepas bersalin memang cenderung untuk bershopping pakaian (termasuk aku sekali la tue) terutamanya yang berkerjaya mungkin disebabkan oleh:

1. Banyak baju tak boleh dipakai

Selepas bersalin, memang ramai berubah bentuk badan. Ada yang makin gempal ada yang makin slim daripada sebelum mengandung. Memang confirm banyak baju tak boleh pakai. Ada juga baju yang dah memeri sebab pakai semasa mengandung kan. Jawabnya kena buang la selepas bersalin. Hihi.

2. Bergaya untuk naikkan keyakinan diri

Bergaya tidak kira bentuk size badan untuk naikkan keyakinan diri. Alasannya untuk bergaya kena beli baju baru. Hahaha. Untuk kaum lelaki yang baca nie, diharap anda sokong la perbuatan isteri anda ye.

Bayangkan, mengandung sudah 9 bulan ditambah 2 bulan berpantang. Memang hampir setahun lama kot kan. Nak bergaya tapi terhad masa mengandung takpun memang sebelum nie asyik bershopping untuk anak saja.

So memang wajib bershopping la.

3. Bershoping untuk reward diri sendiri.

Bagi ganjaran untuk diri sendiri selepas bersalin. Agak-agak suami yang baik hati pemurah tue, bagi la hadiah ataupun reward kat isteri. Walaupun rasa macam beli baju dah banyak, apa kata belikan Set Kuruskan Badan ke?

Mesti la mata nak pandang body isteri slim balik kan. Confirm isteri bertambah sayang lagi kat suami nie.

Wanita selepas bersalin cenderung gila shopping

Bershopping sakan

4. Isteri ingin ubah penampilan

Mungkin selepas bersalin, isteri nak buat penampilan yang lebih muslimah ataupun lebih matang daripada sebelum mengandung. Kan lebih baik tue.

Penampilan yang menunjukkan ciri-ciri kewanitaan ataupun  keibuan ke. Nak-nak untuk menyusukan anak. Lebih sesuai dan selesa mengikut keadaan kan.

5. Duit Gaji Tak Berusik

Yang nie sesuai untuk wanita yang berkerjaya. Maklumlah cuti berpantang 2 bulan tapi gaji jalan macam biasa kan. Duduk kat rumah sahaja so kurang belanja katakan.

So gatal la tangan nak habiskan duit gaji tue. Hihi. Ataupun paling kurang pun mesti nak beli suplemen untuk Set Ibu Menyusu Badan ke. Lagi boleh jimat duit. Sebab takperlu beli susu formula dah. Hehe.

 

Pokok pangkalnya pada niat kita sendiri kan.

Memang seronok kalau bab shopping nie tapi biarlah berpada-pada ye untuk kaum wanita nie. Jangan seronok hinggakan duit habis pada yang tidak sepatutnya. Yang mana boleh dibuat simpan, buatlah simpanan. Ikut nafsu memang sentiasa tak cukup. Hehe.

BerPaintBall di Tanamera, Sungai Buloh
Kecederaan Otot: 3 Tips Mudah Untuk Hadapi Supaya Cepat Sembuh

Related

Filed Under: Penjagaan Kesihatan, Santai Tagged With: mengapa wanita gila bershopping online, wanita gila bershopping online, Wanita selepas bersalin

Comments

  1. Denaihati says

    21 January 2015 at 4:10 pm

    ya lah…dalam pantang duduk rumah je, lama pulak tu….heee
    Denaihati menulis…Fenomena artis K-Pop perangkap remaja IslamMy Profile

    Reply
    • azeni says

      21 January 2015 at 4:43 pm

      Hehehe.
      Menghilangkan bosan kan.

      Reply
  2. ummi naimie says

    21 January 2015 at 6:32 pm

    Bak shopping ni memang kegemaran wanita. Lepas pantang lagilah berminat nak shopping. Kan sebelum ni asyik kena pantang sahaja…
    ummi naimie menulis…PSORIASIS : APA TANDA DAN LANGKAH MENGAWALNYAMy Profile

    Reply
    • azeni says

      22 January 2015 at 6:16 am

      Jadi rambang mata duk tengok online je.

      Reply
  3. Ikhwan Fahmi says

    21 January 2015 at 7:29 pm

    kena bagi peluang dekat isteri, dah letih duduk rumah, mengandung, melahirkan & menyusukan anak lagi 🙂
    Ikhwan Fahmi menulis…Seksyen Pengetahuan Am Peperiksaan Separa PerubatanMy Profile

    Reply
    • azeni says

      22 January 2015 at 6:17 am

      Ouhh dapat suami yang sngat memahami en.ikhwan.
      Kalau dia shoping support la ye. 🙂

      Reply
  4. emalinmohd says

    21 January 2015 at 9:13 pm

    Shopping online ni memang bahaya kalau terjebak..hihihi…dompet boleh jadi nipis tu…
    emalinmohd menulis…Pengorbanan Seorang Ibu Mengalami Sakit LututMy Profile

    Reply
    • azeni says

      22 January 2015 at 6:18 am

      Memang tak sanggup emalin.
      Kopak dompet.
      Haha

      Reply
  5. Hero Borneo says

    22 January 2015 at 1:15 am

    bestnya dapat shopping secara online..dapat jimat minyak dan masa pada kadar optimum
    Hero Borneo menulis…Jom Menulis Skrip Kejayaan DiriMy Profile

    Reply
    • azeni says

      22 January 2015 at 6:19 am

      Sebab tue boleh shoping lagi banyak HB.
      Dah jimat minyak, paking bagai semua nye..:p

      Reply
  6. titan says

    22 January 2015 at 1:58 am

    tapi..

    shopping ni la leh jadi ubat untuk diorang bila diorang merajuk.

    haha..
    titan menulis…8 Rahsia Buat Duit dengan Klikjer.My Profile

    Reply
    • azeni says

      22 January 2015 at 6:19 am

      Wah gitu en.titan.
      Memang sungguh memahami nie kaum wanita.
      🙂

      Reply
      • titan says

        22 January 2015 at 7:59 pm

        lebih baik layan diorang shopping daripada layan diorang merajuk.

        tak kuasa ai tauu..
        titan menulis…Baru, BIRU dan Buru.My Profile

        Reply
  7. Mak Jemah Jual Vitamin says

    22 January 2015 at 10:58 am

    bab duit gaji tak terusik tu sebenarnya point penting yang berlaku juga pada mak jemah masa tengah berpantang.
    hari-hari dok hadap kedai online hehehehe
    Mak Jemah Jual Vitamin menulis…Bagaimana Susu Ibu Terhasil?My Profile

    Reply
    • azeni says

      22 January 2015 at 12:27 pm

      Hahaha.
      Kan. Tengok tak luak2 pula gaji.
      Memang kena shoping.
      Hihi

      Reply
  8. suri says

    22 January 2015 at 3:02 pm

    rindu nak shoping tapi slu shoping kain jer kat kedai sebab suka buat juba dan desingkan sendiri..kalau cri baju siap jarang beli sebab bukan keje pejabat lagi dah hua…
    suri menulis…Cara Membuka Tetas Dan Menjahit Langsir Pintu GelongsorMy Profile

    Reply
    • azeni says

      22 January 2015 at 3:53 pm

      Owhh.
      Boleh jadi gila shoping jugak tue.
      Kain-kain yang cantik.
      Nama pun perempuan kan.

      Reply
  9. Suhana Salihuddin says

    23 January 2015 at 5:44 pm

    haruslah!!! dah terbayang2 dah nak beli ape lps bersalin nanti.hehehe… nak kena cari baju2 yang mesra breastfeeding, kasut yang tak berapa tinggi, shopping barang-barang baby lagi.. yang pastinya lepas bersalin kena pasang badan balik. ngeh3…
    Suhana Salihuddin menulis…Daniel, anak syurga kamiMy Profile

    Reply
    • azeni says

      24 January 2015 at 6:14 am

      Hehehe.
      Penuh list kan buat apa yang nak dibeli.
      Lagi bagus make it priority yang mana kan.
      So tak la semua sekali nak beli kan.

      Reply
  10. KiD says

    25 January 2015 at 4:53 pm

    shopping offline dan shopping online adalah terapi.. hehheehe
    KiD menulis…Tips Mudahnya Beli RumahMy Profile

    Reply
    • azeni says

      26 January 2015 at 6:55 am

      Perkataan yang sesuai untuk digambar bro KID kan. Shoping itu adalah terapi.
      Sama juga untuk lelaki kan.
      Hehe

      Reply
  11. Ummi Hanie says

    29 January 2015 at 12:27 am

    shopping online ni memang berhantu…. dah shopping , nak lagi dan lagi

    dan bila parcel tu sampai… excited nya lain mcm…. seolah2 hadiah utk diri sndiri
    Ummi Hanie menulis…Shawl labuh (wide shawl) WorldofHijab memang selesa dan bergayaMy Profile

    Reply
    • azeni says

      29 January 2015 at 12:11 pm

      Dah jadi addict kan kalau bershopping online.
      Parah jadinya duit nie.
      Hihi

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer