• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

  • Home
  • Kenali Saya
  • Hubungi Saya
  • Disclaimer
  • Arkib

BerPaintBall di Tanamera, Sungai Buloh

14 February 2015 By azeni 44 Comments

Minggu lepas, office aku ada buat ala-ala tournment untuk paintball. Ikutkan tournament ini, dibuat tahun lepas tetapi asyik tunda saja. Akhirnya jadi juga dibuat minggu lepas.

Tempat yang dipilih adalah di Tanamera, Sungai Buloh. Aku fikir mesti games outdoor bukannya indoor macam di Shopping Mall One Utama. Barrier ala-ala pelampung tue buat penghadang. Kurang mencabar sikit la kot kan kalau indoor. Hahaha.

horse riding, mask. paintball maker, paintball gun, Painball Tanamera Sungai Buloh

Horse riding

Tempat agak menarik sebab ada kawasan ala-ala vila di dalam hutan di atas bukit. Siap ada horse riding lagi. Memang dikelilingi hutan dan memang lokasi terbaik untuk buat paintball.

Boleh tengok secara terperinci kalau berminat di www.tanamerapainballpark.blogspot.com.

Masa kami sampai, kami diberi penerangan ringkas memandangkan ramai yang baru pertama kali main paintball.

paintball maker, paintball gun, Painball Tanamera Sungai Buloh

Paintball Maker

 

mask. paintball maker, paintball gun, Painball Tanamera Sungai Buloh

Mask

Diterangkan bagaimana pakai mask, cara menembak yang betul, dan paling penting keselamatan semasa bermain. Ayat marshall yang membuatkan aku kecut perut adalah:

“Paintball tidak akan menyebabkan kematian tetapi boleh menyebabkan kecacatan kekal”.

Ahh sudah. Berdebar aku dengar. Tapi seronok sangat nak main terus tak jadi kecut perut. Hihi

Peraturan bermain paintball:

1. Jangan tembak di bahagian leher. Sebab pellet yang kena bahagian leher boleh menyebabkan mangsa pitam dan tak sedarkan diri.

Bayangkan pellet dalam paintball marker ataupun paintball gun diisikan dengan 3,000 psi pada compressed-air tank. Laju betul pellet tue bila dilepaskan.

Memang boleh pitam kalau jarak dekat.

paintball maker, paintball gun, Painball Tanamera Sungai Buloh

Isi pellet dulu sebelum perang

2. Dalam permainan, ada 2 orang marshall untuk selia dan jaga permainan. So marshall yang akan tengok dan decide siapa yang ‘hidup’ atau ‘mati’.

3. Mangsa mati apabila kena tembakan daripada kepala, dada hingga ke pinggang sahaja. Kalau terkena di bahagian tangan dan lengan masih lagi hidup. Pellet yang pecah sahaja baru dikira mati. Anggaran jarak pellet yang ditembak untuk pecah dalam 50 kaki la.

Jangan tembak terlalu jauh nanti rugi pellet.

Untuk 3 game disediakan 500 pellet. Rasa macam banyak tapi lepas dah main memang tak cukup pun. Siap topup bila masuk game ke 3.

4. Sentiasa kena pakai mask semasa dalam permainan.

Painball Tanamera Sungai Buloh

Bergambar sebelum perang

Satu office yang datang ada dalam 16 orang dan dibahagi 2 kumpulan mengikut department. Kiranya mechanical team lawan electrical team la.

Painball Tanamera Sungai Buloh

Posing dulu

Untuk game 1, aku bermain dulu la sebab suami kena jaga anak-anak. Untuk game 2 dan 3, aku pass pada husband main pula dan aku jaga anak. Ok la tue. Adil kan. Merasa juga kan bermain. Hehe.

Game 1 kawasan permainan di dalam hutan semak samun. Lalang setinggi aku. Memang mencabar la. Untuk game 2 bermain di dalam kawasan ladang sawit dan game 3 di kawasan bukit.

Memang seronok betul la. Walaupun aku pertama kali pegang paintball marker, mulanya agak kekok la tapi lama-kelamanya makin seronok sebab nak attack orang.

Aku siap kena tembak dengan geng sendiri lagi dari jarak dekat di bahagian paha. Awal-awal kebas lama kelamaan pedih lebam. Kena pakai mask memang pandangan terhad so asal nampak orang je main tembak je. Hahaha. Dengan aksi meniarap bagai ala-ala tentera lagi alih-alih kena tembak dengan geng sendiri. Hadoi.

Mujur menang.

Untuk game 2 husband aku yang main. Nie memang main betul-betul sebab dia memang ada asas menembak. Dulu masa zaman belajar, dia aktif navy. Betul-betul buat stategi army nie. Buat strategi dua orang satu tempat. Seorang attack seorang defend. Dan team kami menang lagi.

Untuk game 3, team lawan tukar stategi. Team kami masih guna strategi yang sama. Team lawan terus attack sekaligus. Serangan bertubi-tubi. Semua mati.

Lepas tue semua jadi zombie. Sebab dah last game dan nak habiskan pellet, semua main serang je sampai habis pellet. Nasib badan la kalau kena attack di tempat yang tak sepatutnya. Hahaha.

Painball Tanamera Sungai Buloh

Muka keletihan lepas main

Kalah menang tak penting. Yang penting semua seronok dan boleh eratkan hubungan kawan-kawan.

Masing-masing balik dengan penuh kesan lebam di badan tetapi menyimpan seribu kenangan.

Lempeng Cicah Kari Mengamit Kenangan
Resipi Ayam Masak Halia: Sesuai Untuk Badan Berangin

Filed Under: personal, Santai Tagged With: cara main paintball, paintball gun, paintball maker, paintball tanamera sungai buloh, tempat paintball terbaik

Comments

  1. ikhwan says

    14 February 2015 at 6:08 pm

    saya belum ada pengalaman main paintball lagi.
    ikhwan menulis…Senarai Blog Yang Rajin Saya SinggahMy Profile

    Reply
    • azeni says

      15 February 2015 at 4:15 am

      Hehehe..
      Try la bro.
      Memang seronok gila la.

      Reply
      • Hero Borneo says

        18 February 2015 at 7:00 am

        disebabkan rasa seronok ..sukan paintball mendapat sambutan yang menggalakkan!
        Hero Borneo menulis…Misi Blogwalking Fasa Kedua 2015My Profile

        Reply
  2. blogger lelaki says

    14 February 2015 at 10:54 pm

    hebat..walaupun saya ni lelaki..tapai saya tak pernah main paintball nie
    blogger lelaki menulis…Malaysia Best Blog 2015My Profile

    Reply
    • azeni says

      15 February 2015 at 4:15 am

      Takpe.
      Bila ada kesempatan nanti main la BL.
      Best.

      Reply
  3. titan says

    15 February 2015 at 9:32 am

    Fuhh..

    Memang sengal bila jadi orang last. Kena kepung dek 5, 6 orang dulu..
    titan menulis…Komisen ke 28-32 dari KlikjerMy Profile

    Reply
    • ikhwan says

      15 February 2015 at 2:35 pm

      balik rumah confirm berbekas hehehe
      ikhwan menulis…Komisyen Affiliate Saya Yang PertamaMy Profile

      Reply
    • azeni says

      17 February 2015 at 6:39 am

      Fuhh lagi seronok tue.
      Bertubi-tubi kena attack.
      Hahaha

      Reply
  4. Sani Sini Sana says

    15 February 2015 at 4:36 pm

    Bagus jugak ni. Nak purpose buat tahun ni kat offis kitalah.
    Sani Sini Sana menulis…29 Tips Pemasaran FacebookMy Profile

    Reply
    • azeni says

      17 February 2015 at 6:40 am

      Boleh sangat la.
      Sesuai sangat untuk tournament

      Reply
  5. imran says

    15 February 2015 at 9:27 pm

    mesti best ni kan, saya belum pernah main lagi benda ni.
    imran menulis…Kenapa tak nak berubah kalau nak kewangan kukuh?My Profile

    Reply
    • azeni says

      17 February 2015 at 6:41 am

      Best sangat imran.
      Nanti bila ada kesempatan boleh main.

      Reply
  6. Mak Jemah Jual Vitamin says

    16 February 2015 at 8:11 am

    wah bestnya pandai main paintball, MJ penakut sket bab-bab kena tembak ni, dulu pun awal-awal goreng ikan pun pakai mask ninja turtle..
    Mak Jemah Jual Vitamin menulis…Garisan Di Leher Tanda Makin TuaMy Profile

    Reply
    • azeni says

      17 February 2015 at 6:42 am

      Hahaha.
      Sampai bermask MJ bila masak?
      Memang jaga keselamatan betul nie.

      Reply
  7. islam di dadaku says

    16 February 2015 at 1:57 pm

    paintball ini memang seronok sensasinya seakan perang sebenarnya
    islam di dadaku menulis…Kakek Ini Merangkak selama 60 tahun ke Mesjid Shalat Berjamaah Karena Cacat (Masihkan Anda malas Berjamaah di MEsjid?)My Profile

    Reply
    • azeni says

      17 February 2015 at 6:43 am

      Umpamanya seperti berperang.
      Kena plan betul-betul.

      Reply
  8. suri says

    16 February 2015 at 8:17 pm

    kalau dapat memang seronok…last tahun lepas tapi bukan bain paintball ber skt trax di bukit cerakah sahajalah 😉
    suri menulis…Duit Kopak Sanggup Jahit Jubah, Jahit Baju Kurung Moden SendiriMy Profile

    Reply
    • azeni says

      17 February 2015 at 6:44 am

      Owhhh.
      Best juga kalau mcm tue suri.
      Janji kita banyak buat riadah kan.

      Reply
  9. Noriza Rahman says

    16 February 2015 at 8:57 pm

    Tak pernah merasa bermain paintball nu..tambah la ni kalau main sure kena tembak sebab lambat lari 😛
    Noriza Rahman menulis…Kalsium Magnesium Atasi Masalah InsomniaMy Profile

    Reply
    • azeni says

      17 February 2015 at 6:45 am

      Hehehe.
      Takpe lambat tembak takpe.
      Janji pandai sembunyi dan pandai tembak je.

      Reply
  10. mrhanafi says

    17 February 2015 at 7:08 am

    teringin pulak nak main paintball ini..ada masa nak cubalah nanti..
    mrhanafi menulis…Tips Sangat Luarbiasa Untuk BerjayaMy Profile

    Reply
    • azeni says

      18 February 2015 at 6:47 am

      Best sngat.
      Try la nanti.

      Reply
      • mrhanafi says

        19 February 2015 at 6:36 pm

        insya Allah kalau ada kesempatan waktu nanti!
        mrhanafi menulis…Rahsia Main Instagram Dapat DuitMy Profile

        Reply
        • azeni says

          23 February 2015 at 2:30 pm

          Kadang-kadang just pergi ke tempat painball kemudian join mana-mana geng je.
          Lagi best macam tue.

          Reply
  11. Kak Kep says

    17 February 2015 at 12:22 pm

    balik rumah lebam tak badan? hehehe
    Kak Kep menulis…Rahsia Kekal Bertenaga Ketika Melancong Bersama Anak AnakMy Profile

    Reply
    • azeni says

      18 February 2015 at 6:48 am

      Memang berlebam pun kak kep.
      Seminggu baru hilang.

      Reply
  12. Hafizul says

    17 February 2015 at 1:28 pm

    Ehh tak sakit ke kena peluru ni? tak pernah main lagi tembak-tembak macam ni haa…
    Hafizul menulis…Nikmat Sebelum Hidup BermaduMy Profile

    Reply
    • azeni says

      18 February 2015 at 6:49 am

      Masa awal-awal kena macam kebas la.
      Dah lama sikit baru sakit.
      Hehehe

      Reply
  13. MamaBard says

    18 February 2015 at 2:37 am

    saya tak pernah cuba lagi main game paintball ni..tapi memang nampak menarik game ni..teruja plak rasanya baca entri ni..
    MamaBard menulis…Operasi Melabel Barang-Barang Masakan (FREE LABEL)My Profile

    Reply
    • azeni says

      18 February 2015 at 6:49 am

      ehehe.
      Nanti boleh la try.

      Reply
  14. Adam - Penapis Air Coway says

    18 February 2015 at 9:50 am

    Cool nih, main ramai-ramai memang meriah. Tapi kena berhati-hati. Berapa charge nya?
    Adam – Penapis Air Coway menulis…Berapa Harga Penapis Air Coway?My Profile

    Reply
    • azeni says

      23 February 2015 at 2:32 pm

      Depend pada tempat.
      Yang di tanamera outdoor satu kepala RM100.
      Kalau indoor tak pasti pula.

      Reply
  15. Suhimi Nain says

    18 February 2015 at 10:10 am

    memang betul-betul best main benda ni, aku main pun time family days. kalau ikutkan hati nak lagi, tapi mahal. simpan sj la dalam hati. 🙂
    Suhimi Nain menulis…7 Cara Tingkatkan Trafik Blog Dengan BerkesanMy Profile

    Reply
    • azeni says

      23 February 2015 at 2:33 pm

      hahaha.
      Best kan..
      Boleh repeat main la.
      tapi tak boleh selalu.
      hihi

      Reply
  16. ohcikgu says

    22 February 2015 at 8:01 pm

    memang sakit la bila kena tembak bertubi-tubi nih..

    leh lebam ketiak dibuatnya.
    ohcikgu menulis…Jenis Cuti Guru Sekolah LAYAK memohon dan tidak jejaskan PENCEN.My Profile

    Reply
    • azeni says

      23 February 2015 at 2:34 pm

      aik sampai lebam ketiak?
      Macamana lak tue?
      Nie pegang maker gun kat atas kepala ke?
      Haha

      Reply
  17. adarain says

    23 February 2015 at 4:40 pm

    Besntya kalau main ni, kalau first time macam saya main ni mesti awal-awal dah mati. haha
    adarain menulis…Fenomena Sungai Muar Berwarna BiruMy Profile

    Reply
    • azeni says

      24 February 2015 at 4:41 am

      Tak jugak adarain.
      Saya yang first time main pun tak mati awal pun.
      Janji pandai bersembunyi.
      Hihihi

      Reply
  18. Yeen says

    23 February 2015 at 5:46 pm

    syok kan paintball?! lama gile kot tak main, sejak pindah Qatar, takde dah peluang nak main paintball, futsal segala.. huwaaa
    Yeen menulis…Kisah 5 Mommies SUKA-SUKA lari dari RUMAH!My Profile

    Reply
    • azeni says

      24 February 2015 at 4:50 am

      Syiokkk yeen.
      Memang boleh buat ketagih la.
      Hadoii.

      Reply
  19. emalinmohd says

    24 February 2015 at 6:51 am

    Husband saya dulu pun main paintball. Sekarang kan susah sikit sebab dah Ada rules bagai. Kalau masa diorang game dulu macam macam jenis senjata yang Ada …
    emalinmohd menulis…Cara Berkesan Menghilangkan Bintik Putih Pada Kulit MukaMy Profile

    Reply
    • azeni says

      24 February 2015 at 1:36 pm

      Yeke emalin.
      Rase nye husband awk main masa paintball diperkenalkan kot.
      Tue yang takda rules tue.

      Reply
  20. Shaima says

    8 March 2015 at 10:40 am

    Kat sg.buloh pun ada ni boleh nak pergi. dari 2,3 tahun lepas nak cuba main paintball, tapi tak dan dengan anak lagi. Kena bawa geng cukup korum tak kak, atau tunggu ada peserta dari siapa-siapa yang ada. 😀
    Shaima menulis…Review! Vitalea for ChildrenMy Profile

    Reply
    • azeni says

      10 March 2015 at 3:47 pm

      Owhh.
      Kena alternate dengan suami la kalau macam tue shaima.
      Baru leh main.
      Ktorang geng satu office.
      Memang dah cukup korum dah bila daftar.
      Kalau nak tunggu peserta lain-lain yang tak kenal pun boleh.
      Dan sebenarnya macam tue lagi best main tau.
      Sebab tak kenal tapi boleh main pakai attack je.
      Hihihi

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Genesis Framework
Rekabentuk oleh Denaihati Network