• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

  • Home
  • Kenali Saya
  • Hubungi Saya
  • Disclaimer
  • Arkib

Resipi Ayam Masak Halia: Sesuai Untuk Badan Berangin

8 February 2015 By azeni 36 Comments

Resipi ayam masak halia nie antara masakan yang jarang aku masak. Bukan disebabkan susah resipinya tapi selalu sangat terlupa nak masak. Walhal resipi ini antara kesukaan aku juga.

Makanan berasaskan halia memang bagus untuk badan kita. Sebab itu, ia antara menu untuk ibu berpantang. Halia antara fungsi utamanya adalah bertindak untuk buang angin dalam badan. Sesuai sangat untuk yang banyak angin.

Resipi nie mudah sangat. Dan ia diolah mengikut cara sendiri. Kalau ikutkan masakan ayam halia nie yang original adalah kukus bersama ayam yang diperap dengan halia.

Tapi yang resipi aku nie versi dipermudahkan untuk cepat memasak dan cepat dimakan. Hehe. Lagipun cara masakan diolah untuk anak-anak makan sekali. Jadi tak perlu nak masak banyak sangat menu kan.

Bahan-bahannya:

1. Ayam dipotong mengikut size citarasa sendiri. Kalau boleh jangan terlalu besar.

2. Halia dalam 6cm (nie aku agak sendiri panjangnya. Hihi).

Lebih banyak halia lebih sedap. Separuh dipotong mayang. Separuh untuk ditumbuk untuk diperap sekali dengan ayam.

3. Kicap cair.

4. Sos tiram.

5. Bawang besar dipotong bulat-bulat

6. Bawang putih dalam 5-6 ulas

7. Tomato sebiji dipotong 6-8 bahagian

8. Karot (dipotong nipis-nipis untuk mudah dimasak dan mudah dimakan)

Cara penyediannya:

1. Ayam diperap dengan kicap cair bersama halia yang ditumbuk. Boleh perap dalam 30 minit. Kalau lebih lama lebih bagus. Halia menyerap dalam ayam.

2. Selepas diperap, goreng ayam bagi garing dan ia akan sedikit hangus disebabkan kicap yang diperap.

3. Boleh gunakan minyak yang sama, masukkan bawang besar, bawang putih dan halia yang dimayang. Goreng hingga naik bau dan masukkan sos tiram untuk dijadikan berkuah.

4. Boleh masukkan karot bersama dan masak hingga lembut.

5. Masukkan ayam yang digoreng tadi bersama dan gaulkan sebati.

6. Tomato dimasukkan kemudian bersama garam secukup rasa.

7. Boleh tabur daun sup atau daun bawang untuk naikkan bau masakan.

Resipi Ayam Masak Halia, Resipi mudah dan cepat, resipi untuk ibu berpantang, resipi ayam masak halia mudah dan ringkas

Masakan Ayam Masak Halia

Sudah siap dimasak dan sedia dimakan.

Orang bujang boleh masak juga sebab resipi senang sangat. Selepas makan boleh siap sedia bila angin dalam badan ingin dikeluarkan. Hehe.

Selamat mencuba.

BerPaintBall di Tanamera, Sungai Buloh
Sepetang di Taman

Filed Under: personal Tagged With: Masakan untuk buang angin dalam badan, Menu untuk ibu berpantang, Resipi Masakan Ayam Halia, Resipi Mudah dan cepat

Comments

  1. Ibu Zarith says

    8 February 2015 at 5:12 pm

    Wah bagus ni, zarith selalu berangin je perut
    Ibu Zarith menulis…Menderita Sakit Lutut Akibat Sering Melancong Ke Luar Negara?My Profile

    Reply
    • azeni says

      9 February 2015 at 4:58 pm

      Boleh juga.
      Senang nanti nak membuang.

      Reply
  2. akubiomed says

    8 February 2015 at 6:04 pm

    Tentu banyak angin bakal keluar. 🙂
    akubiomed menulis…Resepi biskut Cheese melelehMy Profile

    Reply
    • azeni says

      9 February 2015 at 5:00 pm

      Jangan sampai berbau sudah la kan.

      Reply
  3. blogger lelaki says

    9 February 2015 at 1:13 am

    kalau halia muda tu saya wife saya buat acar…dan adakalany saya makan halia muda buat ulam je..hu3
    blogger lelaki menulis…Malaysia Best Blog 2015My Profile

    Reply
    • azeni says

      9 February 2015 at 5:01 pm

      Wowww siap buat ulam lagi tue.
      Kalau buat amalan nie memang awek muda nanti.
      Bagus nie.

      Reply
  4. Siti says

    9 February 2015 at 2:21 am

    Halia memang bagus untuk buang angin dalam badan.. 🙂

    Reply
  5. Ikhwan Fahmi says

    9 February 2015 at 7:19 am

    badan saya memang banyak angin, boleh keluarkan dengan amalkan pemakanan ni.
    Ikhwan Fahmi menulis…Drama Wang Atau Cinta Dan Perspektif KerjayaMy Profile

    Reply
    • azeni says

      9 February 2015 at 5:04 pm

      Sesuai sangat la ikhwan.
      Nak bagus ambik buat ulam.

      Reply
  6. Aretikz says

    9 February 2015 at 3:37 pm

    Boleh toray ni pas ni.. tp tu la.. ingatkan masak halia jadi kuning2.. haha
    Aretikz menulis…Malaysia Best Blog 2015My Profile

    Reply
  7. Sylarius Yusof says

    9 February 2015 at 3:57 pm

    Dulu-dulu tak minat dengan halia, tapi bila dah makin berumur dan badan makin banyak angin. Rasa ok pulak dengan halia ni.
    Sylarius Yusof menulis…Manusia yang Cemburu dengan Lelaki Hodoh Dapat Wanita CantikMy Profile

    Reply
    • azeni says

      9 February 2015 at 5:06 pm

      Hahaha. Memang akan macam tue.
      Rase muda taknak makan kan.

      Reply
  8. titan says

    9 February 2015 at 5:43 pm

    nak kasi berangin senang aje. minum air gas.

    haha..
    titan menulis…Malaysia Best Blog 2015My Profile

    Reply
    • azeni says

      9 February 2015 at 6:05 pm

      Itu nak masukkan angin dalam badan.
      Bukan nak keluarkan.
      Haha

      Reply
  9. suhiminain says

    10 February 2015 at 12:42 am

    Wah, Try la hantar artikel ni dekat LetsMasak.Com 🙂
    suhiminain menulis…Menulis Blog Dan 10 Sebab Popular MemulakannyaMy Profile

    Reply
    • azeni says

      10 February 2015 at 10:20 am

      Tue ada terbaca pasal Letmasak.com tue.
      Nanti try je la submit kan..

      Reply
  10. suhiminain says

    10 February 2015 at 12:44 am

    kalau dlu payah nak tengok resepi, kena tengok buku la. macam-macam, sekarang just online pun boleh dapat. mudah! 🙂
    suhiminain menulis…Easy Social Share Buttons, Plugin Pilihan DenaiHati.ComMy Profile

    Reply
    • azeni says

      10 February 2015 at 10:21 am

      Senang sangat kan.
      Tak tau masak pun leh masak gak kan.

      Reply
  11. islam di dadaku says

    10 February 2015 at 2:26 am

    ahai rasanya memang terbanglah lihat ayam selezat itu buat terliur
    islam di dadaku menulis…Mengambil Hikmah dari Habbatus Sauda’ (2/2)My Profile

    Reply
    • azeni says

      10 February 2015 at 10:22 am

      Hihihi.
      Cuba la.
      Senang sangat..

      Reply
  12. Hafizul says

    10 February 2015 at 12:33 pm

    Haha..boleh cuba gak nanti ha..macam sesuai aje dengan saya yang banyak angin ni..
    Hafizul menulis…Perginya Tak Kembali Lagi…My Profile

    Reply
    • azeni says

      11 February 2015 at 5:07 am

      Senang je.
      Try la.

      Reply
  13. BM says

    10 February 2015 at 12:41 pm

    Sesekali wife saya ada juga masak resepi ini. Sedap dan baik utk kesihatan!
    BM menulis…Teknologi Hijau Memelihara Alam SekitarMy Profile

    Reply
    • azeni says

      11 February 2015 at 5:08 am

      Lepas nie boleh buat amalan pula kan.

      Reply
  14. Ell says

    10 February 2015 at 4:37 pm

    Ini antara favourite saya, mmg selalu masak berasaskan halia tak kira ayam, ikan atau daging 🙂
    Ell menulis…Asas Kesihatan Dan Kecergasan DiriMy Profile

    Reply
    • azeni says

      11 February 2015 at 5:08 am

      Wahh bagusnya.
      Lama-lama leh jadi awet muda kan.

      Reply
  15. Ikhwan Fahmi says

    12 February 2015 at 9:47 pm

    sambil makan boleh keluarkan angin dalam badan.
    Ikhwan Fahmi menulis…Strategi Bisnes Yahudi Yang Boleh Kita KajiMy Profile

    Reply
    • azeni says

      13 February 2015 at 6:32 am

      Sambil makan sambil boleh sihat.

      Reply
  16. cik amal says

    13 February 2015 at 12:14 am

    terliur 🙁
    cik amal menulis…Malaysia Best Blog 2015My Profile

    Reply
    • azeni says

      13 February 2015 at 6:32 am

      Boleh cuba.
      Mudah dan senang sangat.

      Reply
  17. Kak Kep says

    13 February 2015 at 4:05 am

    alamak.. malam malam BW nampak gambo makanan. Laporrrr.. hehehe
    Kak Kep menulis…Masalah Senggugut Teruk Punca Mood Swing Tak Tentu PasalMy Profile

    Reply
    • azeni says

      13 February 2015 at 6:33 am

      Nafsu datang tak tentu masa kak kep.
      Hahaha.
      Takpe nnt buat la.
      Simple je.

      Reply
  18. Noriza Rahman says

    16 February 2015 at 8:58 pm

    Huishhh..nyummynya lah tengok ayam masak halia ni..udah la perut tengah kriuk kriuk ni..hadoiii
    Noriza Rahman menulis…Manfaat Lecithin Kepada Kesihatan KeseluruhanMy Profile

    Reply
    • azeni says

      17 February 2015 at 6:48 am

      Hehehe.
      Memang la perut berbunyi bila lapar.
      Boleh buat senang je.

      Reply
  19. rahadian says

    10 September 2015 at 2:51 pm

    mantab gila, tentu akan menjadi resep favorit keluarga.
    rahadian menulis…Perbaikan Kulit Malam HariMy Profile

    Reply
    • azeni says

      11 September 2015 at 5:56 pm

      Aha memang satu family suka pun..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Genesis Framework
Rekabentuk oleh Denaihati Network