Lempeng antara sejenis kuih yang sangat mudah dibuat dan dihidangkan. Malah kos untuk membuatnya pun memang sangat-sangat murah.
Cuma asasnya perlu ada tepung gandum, sedikit garam dan air dibancuh sahaja. Malah lempeng sudah dikomersialkan hingga menjadi salah satu menu dessert untuk hotel bertaraf bintang.
Menu lempeng pun boleh diolah mengikut selera masing-masing hinggakan bertukar nama jadi pancake kan. Ada yang siap tambah mentega, essen vanilla, oat la dan sebagainya.
Kalau buat lempeng, memang wajib ada kuah kari. Tak kira kari ikan ke ayam ke daging ke. Semua boleh asalkan boleh dicicah. Boleh juga dengan sambal sardin. Kombinasi yang sedap dan menyelerakan. Yang dikomersialkan siap cicah dengan jem strawberry la, madu la dan bermacam lagi.
Takpa mengikut selera masing-masing kan.
Sekarang bila dah berkahwin, lempeng selalu aku buat untuk makan malam. Antara salah satu menu untuk berdiet dan cuba kurangkan pengambilan nasi. Makan lempeng pun memang mengenyangkan sebab ia juga mengandungi karbohidrat. Tetapi tidak sekenyang bila makan nasi di waktu malam. Sekurang-kurangnya boleh alas perut daripada kosong.
Untuk lebih sihat boleh goreng lempeng menggunakan minyak zaitun dengan kuantiti yang sikit sahaja.
Dan anak-anak aku pun suka juga makan lempeng. Tidak memilih makan sangat. Ok juga ada alternatif lain selain daripada nasi kan. Taklah termewah dengan makanan sangat.
Dulu masa aku kecik-kecik, lempeng antara makanan yang kerap dimasak oleh mak aku terutamanya waktu sarapan pagi. Kadang-kadang ada juga dibuat sebagai minum petang.
Lempeng akan wajib dibuat kalau menu tengahari ada masakan kari. Kalau ada isi kelapa lebih, memang parut letak sekali bancuh. Ataupun ada juga letak nasi tapi aku kurang gemar. Letak kelapa lebih sedap nak-nak kalau kelapa muda dan sedikit gula.
Sedap.
Teringat dulu kehidupan kami sekeluarga tidaklah berada sangat. Hanya cukup-cukup makan sahaja. Kalau dulunya faham bila makan lempeng, duit takda. Padahal masa tue, mak aku saja nak ajar anak-anak dia jangan bermewah-mewah sangat kalau nak makan. Duit diutamakan yang lebih penting dulu.
Dan dengan cara didikan mak aku, memang membentuk kami sekarang anak beranak supaya berjimat cermat dan jangan membazir makanan sangat.
Memang kami dulu tak mewah makan sangat. Makan apa yang ada sahaja. Salah satunya bagusnya, kami semua kurus-kurus je. Bukan tak cukup makan tapi tak obesiti la. Hehehe.
Bila buat lempeng je, mesti teringat kat mak dan flashback cerita-cerita dulu-dulu. Memang mengamit kenangan.
Rindu mak.
kalau kari pedas, memang sedap wooo..
ohcikgu menulis…Belajar membaca Kaedah I-Sina
Memang sedap.
Kalau panas-panas angkat lagi sedap kan..
lagi-lagi kalau baru bangun tido.
memang best woo..
titan menulis…Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora
Memang la.
Dengan perut kosong semua nak makan.
Hihihi.
nak buat lempeng jugak laaa… kuah kari dengan kacang dal…
abdfatah menulis…Cerita buat duit usd dengan mobicow
Dipersilakan.
Hehehe..
Teringat abah mama tengok lempeng ni. Tapi abah mama suka buat lempeng kelapa..sedap nya!
Mama Nadia menulis…Pak Jumat Pemandu Teksi Paling Ramah di Sarawak!
Saya suka juga lempeng kelapa.
Kalau kelapa muda lagi sedap kan.
dulu pagi pagi selalu makan, arwah nenek selalu buatkan.
ikhwan menulis…Komisyen Affiliate Saya Yang Kedua
Menjadi kenangan kan.
lupa nak berhenti kalau dapat menu seperti ini
islam di dadaku menulis…Nasehat Menghadapi Asam Manis Kehidupan Pernikahan sesuai Sunnah Rasulullah
Wahh sampai mcm tue..
Kalau dah habis mesti berhenti kan.
Hihi.
Sedapnya lempeng kalau makan ketika panas, Dahla perut tengah lapar 🙂
Azzahairi menulis…Lets Masak Kongsi Resepi, Menangi iPhone 6 dan Tebus Wang Tunai
Panas-panas dengan kari kan.
Sedap.
lempeng memang sedap dan mudah disediakan…teringin pulak nak makan!
Hero Borneo menulis…3 Cabaran Mencari Duit Online [Kemaskini]
Senang sangat ank buat pun.
Mudah sangat.
lagipun..makan juga mudah..
Hero Borneo menulis…Kisah Hebat Kejayaan Pengasas Hyundai
pasal lempeng ni kalau kat rumah mertua memang suka buat lempeng..cicah dengan sambal bilis..fuhhhh
Mak Jemah Jual Vitamin menulis…Air Ketuban Terlalu Banyak Pun Masalah Juga
Uhhh sedap juga tue MJ.
Smbal ikan bilis.
teringat balik dekat lempeng yang selalu mak saya buat…semasa saya budak2 cicah dengan gula je..huhuhu
blogger lelaki menulis…Malaysia Best Blog 2015
Ada juga BL.
Tue kalau cicah gula bila lempeng terlupa nak letak garam.
Kira lempeng tawar la.
Hihi
Lempeng oh lempeng…. dah lama tak menjamah ko… rase teringin nak mkn pulak bile tengok entri ni… 🙂
Manan Qayyim menulis…Rumah Selangorku, Dibuka Untuk Jualan.
Hihihi.
Makanan kampung nie.
Sis kalau lemprng ni suka lempeng kelapa, boleh makan macam tu aje..fuhhh sedap
Hanny Abdullah menulis…Agen Diperlukan Untuk Product Nano Centa Dan GC Tea
Tue la sis Hanny.
Nak-nak kalau muda kan.
Terasa manis isi kelapa tue.
Kalau lempeng ni.. saya suka cicah dengan susu pekat.. hehe
Aretikz menulis…Malaysia Best Blog 2015
Boleh juga dengan susu.
Tapi kena lempeng panas-panas cicah la kan.
Baru umphhh..
asal ada lempeng ada sambal atau apa menu kami jalann jer laju nak time hujan atau tengah lapar heee
suri menulis…Duit Kopak Sanggup Jahit Jubah, Jahit Baju Kurung Moden Sendiri
Kalau makan time hujan memang laju nya masuk mulut.
Tak sedar sampai berape keping kan suri.
nak sikit resepi dari sis mana tau resepi unik dari asal dari negeri melaka//voleh?
suri menulis…CPUV Campaigns Nuffnang 7/2015_Nike Running Tights
Resipi apa suri?
Resipi lempeng ke?
Guna tepung gandum je suri.
alamak, saya terasa geram plak dengan lempeng dan juga sardin tuh, hehheh
myrujukan menulis…Kemaskini Dan Semak Status BR1M Anda
Hihihi.
Gabungan yang sedap tue.
Serius sedap dapat cicah dengan kuah kari.
akubiomed menulis…Program Saringan Kesihatan Perkeso kenapa mengelak
Sedap sangat.
Tak berhenti makan selagi tak habis.
Saya suka juga makan lempeng/pencake cicah dengan kuah sardin… memang sedap kena pulak dengan air kopi O..fuhhh..
Sani Sini Sana menulis…Ceramah Ustaz Azhar Idrus di Masjid As-Salam Puchong Perdana
Wah kena sangat dah tue.’
Dengan air kopi panas-panas kan.
Saya biasa makan lempeng dengan sambal tumis ikan bilis, kena lak kalau hujan petang-petang, siap ada kopi panas, pergh, terbaaek
Makan lempeng dengan pedas-pedas dan panas-panas memang kena sangat la kan..
Alamak tetiber teringin nak mkn lempeng cicah kari sardin.
Sia la makan yea Aida. Hehe…
Sedap nye rase lapar pulak ^_^
ican menulis…Daftar Smartphone dan Gadget Terpopuler di Tahun 2015
Memang sedap pun..
bilalah agaknya kat kantin sekolah ada sedia lempeng agaknya ye..
ohcikgu menulis…Aliya RINDU ayah ye?
Kena usul kan la menu lempeng cikgu.
Anak saya cukup dengan cicah gula je.. Hihihi
emalinmohd menulis…Bagaimana Cara Denggi Merebak?
Pun sedap juga emalin.
tengok lempeng ni teringat lagi lempeng di kampung, oohh sedapnya bila dicicah sambal sardin..
Mak Jemah Jual Vitamin menulis…Takut Nak Bersama Suami Selepas Bersalin
Memang mengamit kenangan kan MJ.
lempeng memang sedap kalau da kuah kari kambing atau asam pedas perghhh lagi best!
siti hazreen menulis…Permohonan Kemasukan Pengajian Tinggi Diploma Tahfiz (ITQAN + JAKIM) Tahun 2015
Owh suka cicah dengan asam pedas yea.
Saya tak pernah lain.
Lepas nie boleh kot try cicah.
kari dimana-mana emang syedaaapppnyooo
Ya kan. Memang sentiasa sedappp..