Aku adalah pengemar pizza. Memang suka sangat makan pizza tak kira Pizza Hut ke Domino Pizza. Pizza adalah menu fast food kami sekeluarga antara yang kerap dimakan bila keluar.
Nak cakap kerap sangat tidak lah. Tetapi berbanding fast food yang lain yang lebih kepada bergoreng, memang sangat-sangat jarang la.
Dah ada anak-anak, memang kena jadi selective sikit bab makan fast food. Kurang sihat dan harga yang dibayar pun kurang berbaloi dengan khasiat yang kita dapat kan.
Sekurang-kurangnya pizza dibakar dan ramuannya menyihatkan. Tetapi kalau buat sendiri pizza kan lebih baik. Mudah, murah, bersih, mengenyangkan dan paling penting menyihatkan.
Jom tengok antara resipi yang aku dapat di encik google. Sharing daripada yanmieonline.com.
Bahan-bahan Roti Piza:
1. Roti gardenia/ Massimo / High 5 ikut masing-masing
2. Sos pasta
3. Cheese
Boleh gunakan sekeping ataupun dipotong bahagian yang kecil.
3. Boleh guna fishball ke crabball ke hotdog ke pun boleh. Tak kisah.
Untuk kali ini, fishbal dan crabball di gunakan.
4. Cili benggala
Dipotong kecil-kecil dan nipis.
5. Bawaang besar di potong nipis-nipis
Cara membuatnya:
i. Goreng dahulu fishball dan crabball. Dipotong nipis-nipis ikut kesesuaian untuk letak atas roti dan untuk dimakan.
ii. Sapukan roti dengan sos pasta. Sapu ala-ala sapu mentega tue.
iii. Susunkan fishball, crabball, cili benggala dan bawang atas roti .
iv. Letak cheese atas susunan tadi.
v. Bakar guna pemanggang ajaib dan letak minyak zaitun sedikit hinggakan cheese cair dan roti dibakar.
Taraaaa…
Dah siap.
Mudah sesangat. Dan bahan-bahan yang digunakan semuanya memang ada di rumah kan.
Tapi rasanya tak lah sama macam kat Pizza Hut ke Domino kan. Cuma rasa piza homemade la. Hehe.
Bahan-bahan diatas boleh lah dipelbagaikan untuk setiap kali hendak masak. Ikut pada selera masing-masing.
Menu yang simple dan sihat.
Anak-anak pun suka makan. Makayah lagi suka. Hehehe.
Kalau untuk berdiet memang sesuai sangat masak menu ini.
Selamat mencuba.
Saya pun suka makan pizza tapi bila ada orang belanja je. Nak beli sendiri kena fikir 2 3 kali dulu.. hehe
Nik Thoha menulis…Sedekah Membantu Memudahkan Urusan
Ala sekarang promosi Rm5 kan.
Murah tue.
Yezza.. btol.. fast food yang aku rase paling healthy, pizza la lot. plus, bleh tarok sayer, topping2 pillion sender hehehe.. TQ for sharing 🙂
Yeen menulis…sukaNYA terpilih untuk New York Marathon November 2015!
Kan.
Suka sangat plus ia menyihatkan.
Jemput mencuba yea.
Baguslah idea ni..Boleh cuba ni..ingat nak tambah nenas sikit ada rasa manis-manis sikit….Ingat nak kongsi kat fan page boleh ka??
SaniYunus menulis…10 Perbezaan Penjaja Miskin Dengan Penjaja Kaya
Aha.
Boleh tambah nenas next buat roti piza.
Sedap lagi kalau tambah nenas kan.
Boleh nak kongsi.
Dibenarkan untuk perkongsian bersama.
bestnyer…belum pernah cuba lagi buat style nie… thanks for the recipe..nampak mudah dan ringkas… apa yang penting rasanya..hihi
Niza Yusof menulis…Tanggal Sel Kulit Mati dan Mekap Dengan Make Up Remover Shaklee
Hihi.
Try la.
Simple dan senang sangat la.
nak dapat cheese halal tu yang malas nak carik.
haha..
titan menulis…Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora
Ala boleh je kalau taknak letak cheese.
Asal mana yang boleh la.
Pun sedap jugak.
tak leh. kalau piza, mesti ada cheese. takde cheese, bukan piza namanya.
titan menulis…Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora
Hahaha.
Memang pun.
Wajib ada cheese baru umphhh..
bagus ni.. sos pasta tu yg bolognaise punya ya?
Yup pakai sos pasta biasa untuk makan dengan spageti tue.
uih sedap ni.. kena cuba..
Datin Tyka menulis…Hilang Dari Radar
Wajib cuba nie.
Sesuai sangat kalau nak diet nie.
Betul pasal fast foods ni kita kena lebih selective. Tapi, sebenarnya, process foods seperti sosej, crabmeat, fishball dan seumpamanya juga sangat tidak bagus untuk kesihatan. Mungkin kita boleh masak ayam potong kecil-kecil dan bakar/masak hingga kering air sebagai ganti kepada process foods untuk diletakkan atas pizza. Ianya juga lebih segar 🙂
Travelog Siti menulis…RM786 Tiket murah ke Jepun
Memang pun siti.
Kalau sempat dan boleh buat digalakkan sangat buat sendiri kan.
Lebih telus dan sihat.
buat sendiri lagi puas hati.
Ikhwan Fahmi menulis…3 Sebab Sukar Faham Bacaan Al-Quran
Memang puas hati buat sendiri.
Letak rencana banyak2 kan.
Sedapnya.. Thanks resepi.. boleh try nanti..
Btw.. done follow ^_^
Lina Hamizah menulis…Nak Hilangkan Batuk Berkahak Anak Anda?
Boleh cuba lina.
Simple dan senang sangat la.
Plus anak2 pun suka jugak.