• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Kenangan Beraya Masa Zaman Kecil

10 June 2018 By azeni 4 Comments

Bila sebut beraya mesti artikel ini ditulis masa Ramadhan kan. Mesti nak hujung puasa la. Sebab itu akan mengimbau semua kenangan masa kecil kan.

Indah sungguh zaman kanak-kanak di kampung.

Bila tengok anak-anak sendiri yang membesar di belantara konkrit dengan kawalan sepenuhnya daripada mamapapa dia. Mesti membuatkan kenangan raya mereka tak berapa indah. Kan.

Itu lah realiti kehidupan sekarang. Semua nya berubah seiring dengan peredaran masa.

kenangan raya masa kecil

Antara kenangan saya masa kecil dulu buat kuih bahulu. Kecil-kecil rasa menyampah je nak kena buat. Mana duk puasa lagi kan. Penat.

Hahaha.

Dulu wajib sangat la buat kuih raya bahulu, semperit dengan kuih putu beras. Masuk tengah bulan puasa mula la persediaan buat kuih-kuih raya ni.

Maklum la buat kaedah manual kan. Sehari dapat tak banyak sangat. So setiap hari kena buat la. Itu yang memenatkan tue.

Nak mengelat ja dulu. Hahaha.

Buat bahulu kena pukul telur dalam bekas pasu besar. Sekali pecah telur dalam 15 biji telur. Kena pukul telur sampai naik putih sampai kembang.

Pukul telur sampai kembang tekak duk hidu.

Lepas tu bancuh adunan dengan tepung pula. Bayangkan lah untuk mengacau adunan. Lenguh. Otot lengan sampai naik muscle la jadinya. Kikiki.

Part nak bakar kuih lagi tak suka sebab main dengan api kan.

Dulu bakar dalam bekas tong minyak 4 segi yang dipotong dua tu. Loyang diletakkan dalam tu dan tutup.

Atas bawah kena ada arang sabut untuk bakar bagi masak kan. Macam buat bingka juga la dulu-dulu.

cara bakar bahulu

Cara bakar bahulu dulu-dulu (sumber gambar google)

Dulu memang sebulan sebelum nak puasa memang dah kumpul sabut kering dah. Ataupun jemur sabut sampai kering kan kemudian simpan dalam beg plastik baja. Maklum la ayah saya dulu buat bendang. Tanam padi kan.

Berlambak plastik baja padi kat rumah. Dapat subsidi.

Bab bakar bahulu ni memang sampai atap zink pun jadi legam hitam dek sabut. Hahaha.

Belum kira muka jadi gelap macam arang lagi sebut duk tiup hembus sabut. Penuh muka dengan debu sabut.

Rasa bahulu yang buat dulu-dulu dengan sekarang ni memang lain sangat kan. Sedapnya, ranggupnya dan tahan lama nya. Berbalang-balang boleh simpan lama sampai sebulan raya. Ada bahulu bentuk bulat ataupun bentuk ikan kan.

Siap boleh sedekah bagi untuk rewang kenduri kendara lagi. Hihi.

cara bakar bahulu

Ranggup bahulu kalau dibakar dengan arang sabut (sumber)

Sekarang ni semuanya kuih tunjuk di kedai sahaja (kuih beli). Tak berapa nak minat ke arah bakery ni. Takpe setiap orang ada kecenderungan masing-masing kan.

Tapi semua tu jadi kenangan kan. Kenangan tak boleh dibeli.

Paling penting, bila buat kuih ni beli bahan-bahan yang selamat dan berkualiti tau. Gula putih kalau boleh kurangkan la sebab bahaya pada kesihatan kan.

Memang raya setahun sekali, tapi kesihatan pun sekali seumur hidup jadinya.

Boleh baca di sini tentang Bahayanya Gula Putih Pada Kesihatan.

Apa-apa pun, Selamat Menyambut Adilfitri untuk semua. Berhati-hati balik kampung ye.

Review IKIGAI – The Japanese Secret to a Long and Happy Life
Cara Mudah Simpan Data dengan Google Keep

Related

Filed Under: Santai Tagged With: Kenangan Raya

Comments

  1. Ikhwan says

    30 June 2018 at 10:26 pm

    Dapat RM1 di tahun 1990an, boleh belanja seminggu.
    Ikhwan menulis…The Lost Ways 2™ | Claude DavisMy Profile

    Reply
    • azeni says

      18 July 2018 at 8:11 am

      Banyak sangat kalau RM1 tue tahun 90an.
      Biasa dapat 20kupang ke 50kupang ja.
      Hihihi

      Reply
  2. Suhimi Nain says

    12 July 2018 at 5:00 pm

    Puan, boleh saya tahuj font “Kenangan Raya” tu?
    Suhimi Nain menulis…MyDuniaHosting ReviewMy Profile

    Reply
    • azeni says

      18 July 2018 at 8:12 am

      Alamak bro..
      Saya apps canva je.
      Auto set untuk font tue.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer