IKIGAI adalah dalam bahasa Jepun.
Secara umumnya yang saya faham ikigai ini adalah seperti passionate kita dalam hidup yang membawa kepada fizikal dan mental kita lebih baik.
Asalnya saya tahu tentang ikigai daripada perkongsian mentor saya. Perkongsian dalam group. Bagaimana kita nak mencari ikigai kita sendiri?
Mencari apa yang kita suka buat dalam hidup dan kita sentiasa rasa happy lakukan nya setiap hari tanpa bosan.
Dan bila saya ke Popular terjumpa pula buku ini. Memang terus grab la. Sebab terngiang-ngiang yang saya baca summary daripada mentor saya.
Rasa nak baca lebih detail lagi. Tak sangka ada dalam bentuk buku.
Hasil tulisan orang USA iaitu Hector Garcia dan Francesc Miralles yang ke Jepun sendiri bersua muka dengan mereka yang hidup lama (90 tahun ke atas).
Apa yang boleh saya katakan memang best buku ini. Bukan bukan motivasi tapi bila saya baca rasa termovitasi sangat untuk pastikan hidup kita lebih berkualiti dan berumur panjang.
Terkait rasa dengan Tun Mahathir kan walaupun sudah berumur 93 tahun, tapi masih tak nyanyuk malah boleh jadi Perdana Menteri lagi. Ini antara salah satu boleh dikaitkan dalam Ikigai yang saya baca.
Semuanya bermula dengan pemakanan dan juga cara hidup kita. Bukan dah berumur baru sibuk nak jaga makan sihat semua ye. Tapi daripada muda.
Di Jepun iaitu di Okinawa memang mempunyai penduduk yang jangka hayatnya lebih panjang dan berkualiti. Orang yang jumpa ikigai nya sendiri, akan menjadikan setiap harinya lebih baik ataupun konsisten kerana dia tahu apa yang dia lakukan.
- Sepertinya tidur malam yang awal.
- Bangun pagi yang awal.
- Bersosial dengan orang sekeliling dan ada teman bersosial.
- Berkebun dan berinteraksi dengan alam semulajadi,
- Bersenam dengan berjalan kaki ataupun berbasikal
- Bermeditasi untuk aliran oksigen dan peredaran darah dalam badan yang sempurna.
- Pilih makanan yang segar dan bukan makanan proses selama hidup.
Semua yang di atas ini memang diamalkan oleh orang Jepun di kawasan Okinawa secara konsisten selama kehidupan.
Di dalam buku ini juga diselitkan kandungan temubual dengan mereka yang umur 100 tahun ke atas.
“I’ve never eaten meat in my life”
“Eat and sleep, and you’ll live a long time. You have to learn to relax.”
“If you keep your mind and body busy, you’ll be around a long time.”
Sebahagian kata-kata mereka yang berusia 100 tahun bila diminta petua bagaimana jadikan hidup lebih lama dan bernilai.
10 Petua Ikigai:
1. Sentiasa aktif
Buat apa yang kita suka dalam hidup kita yang membawa kepada perkembangan hidup ataupun membantu orang lain mencapai impian.
2. Take it slow
Buat semua dalam hidup secara bersederhana. Jangan terlalu ghairah tetapi dalam masa yang pendek sahaja.
Biar secara konsisten tapi berpanjangan menjadi habit.
3. Jangan makan hingga kenyang
Berhenti dulu sebelum kenyang ataupun perut terisi hampir 80peratus sahaja.
4. Kelilingi dengan orang-orang yang positif
Kawan adalah medicine terbaik untuk kita kan. Saling bertukar-tukar cerita dan juga pengalaman membuatkan hidup lebih indah dan berseri.
5. Get in shape for your next birthday
Hidup kita umpamanya seperti air. Air yang segar perlu dialirkan bukannya bertakung yang boleh mudaratkan pada bada kita sendiri.
Nak sentiasa bertenaga dan segar, lakukan rutin seperti senaman ataupun pengerakan untuk mengaktifkan hormone dalam badan.
6. Senyuman
Ceria dan tersenyum membuatkan hidup lebih bermakna.
7. Berinteraksi dengan alam
Jadikan alam sekeliling kita teman dan juga untuk recharge tenaga dalaman kita.
8. Ucapan terima kasih
Jadikan ucapan terima kasih sebagai terapi dan jadikan setiap hari lebih bermakna.
9. Hargai saat indah
Masa lampau jangan dijadikan penghalang untuk hadapi masa depa yang lebih baik.
10. Cari ikigai dalam diri
Caria pa yang kita suka dan passionate untuk lakukan setiap hari tanpa jemu dan bosan. Malah ia akan dapat membantu orang lain dalam kehidupan.
Boleh jadikan buku ini sebahagian bacaan anda. Bila baca buku ini, rasa meluap-luap ingin ke Jepun pula. Hihi.
Terima kasih sudi membaca.
Leave a Reply