• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Kencing Tak Lawas: Bahaya Boleh Bawa Penyakit!!

19 January 2015 By azeni 12 Comments

Masa dalam mengandung, kebanyakan wanita akan wajib alami kencing tak lawas. Kejap-kejap rasa nak kencing. Bila pergi tandas, kencingnya sikit sahaja. Ini disebabkan oleh kandungan di dalam rahim menekan pada bahagian kalenjar. Memang sentiasa rasa nak kencing terutamanya bila trimester ketiga.

Bukan setakat wanita, tetapi lelaki mahupun kanak-kanak ataupun sesiapa saja boleh terkena kencing tak lawas.

Kencing tak lawas, kerap ke tandas,

Jom kita tengok mengapa boleh terjadi kencing tak lawas?

1. Kurang minum air kosong

Pernah dengar tak orang tua-tua cakap, badan hang kurang air sebab tue kencing sikit-sikit.

Maksudnya sistem perkumuhan tidak berlaku dengan sempurna disebabkan air kurang.

2. Ibu bersalin

Otot-otot akan hilang elastik apabila melalui proses kelahiran normal. Keupayaan untuk menakung air kencing dalam tempoh yang lama semakin berkurangan.

Otot-otot boleh dipulihkan dengan senaman kegel ataupun proses urutan tradisional.

3. Batu Karang

Ini selalu terjadi bila selalu menahan kencing dalam tempoh yang lama. Malas nak ke tandas. Ada juga yang kerap travel jauh. Lama-lama boleh menyebabkan batu karang.

4. Pesakit diabetes

Bila ada kencing manis (diabetes), keupayaan saraf untuk merasa seluruh badan akan semakin berkurangan. Ada yang kencing tak lawas dan ada yang terus terkencing tanpa rasa apa-apa. Kira dah macam lumpuh separuh badan la.

5. Kanser prostat

Untuk lelaki yang kerap kencing tak lawas. Berkemungkinan tanda awal untuk kanser prostat.

 

Ramai orang selalu ambil mudah ataupun enteng dengan kencing tak lawas ini. Lama-kelamaan jika terlalu kerap, ia boleh membawa kepada penyakit yang lain. Yang penting keselesaan. Kalau asyik terkencing saja, lama-lama seluar kecik pun basah. Boleh mendatangkan jangkitan kulat pula disebabkan kelembapan.

Petua Kencing Tak Lawas

Antara petua orang-orang tua, minum air rebusan barli boleh melawaskan kencing. Khasiat buah barli yang dikatakan boleh ‘sejuk’ kan badan dan boleh membantu terutamanya untuk yang ada batu karang.

Barli mengandungi serat yang tinggi dan membantu mengurangkan rembesan asid hempedu (jika berlebihan akan menyebabkan pembentukan batu hempedu). Jadikan rutin minum air barli kerana ia juga boleh cegah kolestrol dan elak terjadi darah beku.

Paling penting adalah pengambilan air kosong yang secukupnya untuk badan kita. Jika masih kencing tak lawas, lebih baik berjumpa dengan doktor untuk elakkan keadaan yang lebih teruk.

Alfalfa untuk rawat kencing tak lawas

Ataupun alternatifnya boleh ambil Alfalfa Shaklee untuk bantu lawaskan kencing. Alfalfa mampu untuk neutralkan badan yang berasid disebabkan ia mempunyai pH alkali yang tinggi.

Ia juga bertindak untuk mencuci saluran kencing serta buah pinggang kita.

Jangan jadikan tandas rumah kedua anda yea. Cegah sebelum terlambat.

Cara Order Vitamin Shaklee, pengedar shaklee kota damansara dan petaling jaya

Azeni Ahmad

Page: Azeni Vita-Shoppe

Call/SMS/Whatapps : 012-5571864

Shaklee Distributor : 890574

COD area: Kota Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.

COD boleh dipertimbangkan: Kawasan Petaling Jaya (Bandar Sunway, Taman Medan, Kelana Jaya, Taman Universiti (U-Garden), Sungai Way, Damansara Utama, Mutiara Damansara, Damansara Perdana, Subang, Sea Park, Tropicana, Glenmarie dan Ara Damansara)

Penghantaran ke seluruh Malaysia dengan menggunakan POS Laju Malaysia.

Parut Demam Campak Boleh Hilang Dalam Masa Sebulan!
Rabun mata selepas bersalin? Mitos atau fakta

Related

Filed Under: Shaklee Tagged With: barli boleh hilangkan kencing tak lawas, kencing tak lawas, kerap terkencing, petua kencing tak lawas

Comments

  1. blogger lelaki says

    20 January 2015 at 10:29 pm

    baik lelaki atau wanita..penyakit ni memang kena jaga dari awal…hu3
    blogger lelaki menulis…Malaysia Best Blog 2015My Profile

    Reply
    • azeni says

      21 January 2015 at 6:29 am

      Bahaya kalau kerap terjadi.

      Reply
  2. Hanafi Abdullah says

    20 January 2015 at 11:19 pm

    ya..kencing tak lawas merupakan gejala penyakit…mesti diubati dan dicegah sebelum berlaku
    Hanafi Abdullah menulis…Rahsia Untuk Wanita Tambah IncomeMy Profile

    Reply
    • azeni says

      21 January 2015 at 6:30 am

      Petanda awal untuk penyakit yang lain.
      Kena alert dari awal.

      Reply
  3. suri says

    22 January 2015 at 3:21 pm

    bahaya juga ni itulah nak kencing terus ke tandas jangan tunggu lama ..lama dah
    suri menulis…Kuntum Senyum Ada 5 Pasang Homemade Jubah Muslimah ModenMy Profile

    Reply
    • azeni says

      22 January 2015 at 3:54 pm

      Kalau terlalu kerap memang boleh mendatangkan penyakit.

      Reply
  4. Miraa says

    1 July 2016 at 6:21 pm

    Saya selalu kerap ke tandas , asyik nak kencing je . Bila dah kencing tapi keluarnya sikit jee hmm :'(

    Reply
    • azeni says

      15 August 2016 at 11:11 pm

      Itu memang tandanya saluran kencing tak lancar.

      Reply
  5. Uknown says

    10 November 2017 at 10:42 pm

    Kalau dah lebih seminggu kene mcm mana nk rawat
    Sakit teruk dah ni

    Reply
    • azeni says

      5 December 2017 at 12:35 am

      Ada berjumpa dengan doktor tak?
      Kalau wanita memang dicadangkan mengurut kerana besar kemungkinan adalah rahim jatuh.

      Reply

Trackbacks

  1. Tips Mudah Untuk Kencing Tidak Lawas Bagi Wanita | azeniahmad.com says:
    2 August 2015 at 2:53 pm

    […] Anda boleh lihat secara terperinci faktor-faktor yang menyebabkan kencing tidak lawas. […]

    Reply
  2. Benarkah Mandi Bunga Sekadar Untuk Pengantin Baru Sahaja Ke? | azeniahmad.com says:
    18 August 2015 at 11:35 am

    […] 2. Kencing yang tidak lawas. […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer