• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Rabun mata selepas bersalin? Mitos atau fakta

15 January 2015 By azeni 17 Comments

Pernah dengar tak, orang tua-tua cakap kalau dalam pantang jangan duk baca buku sangat. Ataupun trend masa kini, jangan duk mengadap sangat gajet. Katanya nanti tak elok.

Senang pening kepala.

Ataupun boleh menyebabkan mata rabun.

Saya sendiri semasa berpantang anak kedua, kerap membaca dan mengadap laptop. Terasa perubahan makin tinggi pada kuasa (power) cermin mata. Mungkin juga cara berpantang mempengaruhi.

Sebenarnya untuk rabun mata tidak dapat dibuktikan secara saintifik bagaimana kehamilan boleh mempengaruhi secara tepat.

Mata rabun sleepas bersalin, mitos atau fakta

Menurut kajian yang dilakukan, kebanyakan ibu yang mengandung pada trimester ketiga akan mula perasan perubahan pada penglihatan. Ini disebabkan oleh perubahan hormon semasa mengandung dan juga masalah kesihatan yang dihadapi.

Antara masalah kesihatan yang mempengaruhi rabun mata seperti:

1. Diabetes Gestasi

Tahap gula yang tinggi boleh memberi kesan kepada retina mata. Malah jika ada sejarah keluarga yang mempunyai diabetes juga memberi kesan.

2. Tekanan darah tinggi

Juga boleh memberikan kesan dan menganggu semasa kehamilan.

3. Pre-eclampsia

Berlaku apabila kandungan mencapai 20 minggu ke atas dimana tekanan darah tidak menentu. Simptom yang lain seperti kandungan protein tinggi dalam air kencing ataupun buah pinggang dan hati mengalami masalah.

Juga boleh mempengaruhi tahap penglihatan.

4. Penggunaan contact lens

Mata kita akan mudah kering disebabkan perubahan hormon mengandung dan kekurangan kolagen di sekitar kornea mata.

Tidak digalakkan menggunakan titis mata (eye drop) terlalu kerap. Ia akan cepat mengeringkan mata. Jika dalam keadaan yang tidak memerlukan mata untuk fokus, anda boleh ‘bebaskan’ contact lens dan biarkan mata dalam keadaan natural.

 

Semasa mengandung memang tidak digalakkan untuk melakukan sebarang pembedahan yang melibatkan mata. Ia boleh menjadi lebih buruk disebabkan hormon di dalam badan yang tidak stabil.

Pakar nutrisi mengalakkan pengambilan minyak ikan semasa mengandung untuk membantu perkembangan mata yang baik untuk bayi juga untuk ibu mengandung. Ikan seperti sardine dan mackerel mempunyai DHA (DocosaHexaenoic Acid) yang tinggi iaitu penting untuk perkembangan otak.

Untuk ibu mengandung boleh mengambil Omega Guard Shaklee untuk membantu mengurangkan masalah penglihatan dan juga untuk perkembangan otak bayi.
Mat rabun selepas bersalin, pendedar shaklee kota damansara, Set kehamilan shaklee

Kandungan minyak ikan untuk perkembangan otak dan mata

Selepas berpantang, ibu boleh mengambil Carotemax Shaklee iaitu vitamin A untuk membantu merawat masalah rabun. Ada sesetengah keadaan, rabun akan berkurangan ataupun hilang selepas berpantang disebabkan tahap hormone dalam badan kembali stabil. Tetapi ada juga yang menjadi semakin teruk.
Carotomax membantu untuk masalah mata rabun selepas ibu bersalin, pengedar shaklee kota damansara, vitamin untuk mata rabun

Kandungan Vitamin A membantu untuk masalah rabun

Selain itu, banyak rehatkan mata semasa di dalam pantang seperti petua orang-orang lama. Jangan biarkan mata kita bekerja terlalu keras kerana ia mungkin akan memburukkan keadaan.

Semoga info di atas boleh membantu ibu-ibu yang mengalami masalah rabun selepas bersalin.

Untuk membuat pesanan bole hubungi saya:

Cara Order Vitamin Shaklee, pengedar shaklee kota damansara dan petaling jaya

 

Sumber:

Azeni Ahmad

Call/SMS/Whatapps: 012-5771864

Page: Azeni Vita-Shoppe

Shaklee Distributor : 890574

COD area: Kota Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.

Penghantaran dilakukan ke seluruh Malaysia dengan menggunakan POS LAJU

Kencing Tak Lawas: Bahaya Boleh Bawa Penyakit!!
Kecederaan Otot: 3 Tips Mudah Untuk Hadapi Supaya Cepat Sembuh

Related

Filed Under: Shaklee Tagged With: masalah diabetes gestasi semasa hamil, masalah pre-eclampsia, masalah tekanan darah tinggi semasa mengandung, Mata rabun selepas bersalin, penggunaan contact lens boleh menyebabkan rabun

Comments

  1. titan says

    15 January 2015 at 7:03 pm

    gua tak bersalin pun dah memang rabun mata..

    haha..
    titan menulis…Bonus dan Duit BRIM sudah dapat.My Profile

    Reply
    • azeni says

      16 January 2015 at 5:53 am

      Nie rabun bukan sebab bersalin..
      Tetapi duk mengadap kitab sangat nie.
      hahaha..

      Reply
      • titan says

        18 January 2015 at 8:07 pm

        kitab apa yang dok hadap tuuuu sampai rabun nih..
        titan menulis…Jom Aktifkan MykadMy Profile

        Reply
        • azeni says

          19 January 2015 at 4:27 pm

          Belum mampu hadap kitab pink.
          Hadap kitab hitam je.
          Hahaha

          Reply
  2. Mak Jemah Jual Vitamin says

    17 January 2015 at 11:07 am

    mak jemah rabun sejak azali lagi hehehe
    Mak Jemah Jual Vitamin menulis…Milk Collector , Jangan Bazirkan Susu Anda!My Profile

    Reply
    • azeni says

      17 January 2015 at 4:27 pm

      Aik yeke mak jemah.
      Takpernah nampak pakai cermin mata pun.
      selalu dengan sunglass je.

      Reply
  3. Helmi Aliarit says

    17 January 2015 at 11:21 am

    Salam Puan Azeni.

    Saya sangat bersetuju dengan pemakanan multi vitamin untuk kesihatan yang optimum.

    Kerana pemakanan seharian kita tidak mampu memberikan diet yang lengkap. 🙂
    Helmi Aliarit menulis…Cara-cara Menggembirakan Isteri. #6 Pasti Sang Suami Benci Untuk Lakukan!My Profile

    Reply
    • azeni says

      17 January 2015 at 4:28 pm

      Memang Helmi.
      Nutrisi daripada makanan banyak hilang apabila dimasak.
      So memang tak boleh bergantung pada makanan harian sahaja.

      Reply
  4. Kakiblog says

    18 January 2015 at 12:03 pm

    isteri saya rabun sebelum bersalin lagi..

    Reply
    • azeni says

      19 January 2015 at 4:28 pm

      Owh itu mungkin kaki study kot.
      Hehe

      Reply
  5. onlajer says

    19 January 2015 at 2:20 pm

    i say tak rifer pula dengan isteri saya yang dia ada rabun ke tak lepas bersalin
    onlajer menulis…Cara Paling Murah untuk Bakar Lemak Dengan PantasMy Profile

    Reply
    • azeni says

      19 January 2015 at 4:29 pm

      Mungkin tak perasan.
      Sebelum mengandung memang dah rabun.
      Selepas bersalin mungkin bertambah teruk ke.
      Cuma kita je tak perasan.

      Reply
  6. Melastik Bintang says

    25 January 2015 at 2:14 pm

    wife saya memang dah rabun sebelum kahwin lagi…hehehe..
    Melastik Bintang menulis…Buta Arahan Di Parking KeretaMy Profile

    Reply
    • azeni says

      25 January 2015 at 4:45 pm

      Hehe.
      Mungkin selepas bersalin makin bertambah power ke.
      Kadang-kadang simptom masa bersalin mempengaruhi juga.

      Reply
  7. Alin Marlini says

    30 January 2015 at 2:29 pm

    Salam Perkenalan. Memang org tua cakap camtu….tp zaman skrg org tak ambil peduli. Tapi ada juga kebenarannya kekdang…mungkin satu kebetulan
    Alin Marlini menulis…Langit TerbukaMy Profile

    Reply
    • azeni says

      31 January 2015 at 4:07 pm

      Kadang rase terlalu banyak kebetulannya.
      Yang mana logik boleh kita guna petua orang lama-lama nie kan.

      Reply

Trackbacks

  1. 4 Petua untuk Rawat Rabun dan Silau Mata | azeniahmad.com says:
    16 April 2016 at 8:04 am

    […] Ada juga untuk wanita, perubahan hormon semasa mengandung dan bersalin menyebabkan mata menjadi rabun lebih teruk. Untuk lebih detail, saya kongsikan di Rabun Mata Semakin Tinggi Selepas Bersalin.  […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer