• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

  • Home
  • Kenali Saya
  • Hubungi Saya
  • Disclaimer
  • Arkib

Kesan Anak Kerap Bermain Gajet

15 August 2017 By azeni 6 Comments

Sekarang ini memang gajet adalah satu keperluan untuk orang dewasa macam kita kan. Malah ada buat business online dan bergantung sepenuhnya dengan gajet untuk memastikan business berjalan.

Namun tak berkecuali impak nya terhadap kanak-kanak. Dan kadang-kadang gajet adalah satu penyelesaian untuk memujuk anak bila mengamuk kan.

Saya memetik kenyataan daripada perbincangan yang sangat menarik di program WANITA HARI INI (WHI) tentang topik gajet terhadap kanak-kanak.

kesan gajet pada anak

Credit kepada facebook AyahWan Ismail.

Tujuan saya letak di blog saya, untuk memudahkan saya dan juga orang lain sebagai panduan di kemudian hari memandangkan ramai juga yang tidak menggunakan medium facebook untuk sebagai info kan.

BAGI LAGI ANAK MAIN GAJET SELALU

Mungkin sebab AN & NA mula ke arah gajet, Allah dorong ibu buka channel tv3 dan ngam-ngam topik wanita hari ini pasal anak dan gajet.

Panel terdiri daripada:

  • Pakar Psikologi Fakulti Pendidikan Universiti Malaya iaitu Prof Dr Mariani Md Nor
  • Pakar Pediatrik Hospital Pantai iaitu Dr Azam Mohd Nor.

Antara pengetahuan baru yang ibu dapat tadi:

1. 2 tahun lepas, Taiwan gubal undang-undang melarang anak dibawah umur 2 tahun didedahkan pada gajet. Kanak-kanak bawah 18 tahun boleh guna gajet tapi ada had masa.

2. Steve Jobs (rata-rata kenal kan) tidak benarkan anak-anaknya guna gajet pada hari persekolahan dan ada batasan kalau weekend.

3. Bill Gates hanya benarkan anak main gajet bila capai umur 14tahun.

4. Perkembangan otak berkembang sebanyak 80% dari otak dewasa bila umur anak 3 tahun sebab itu umur 0-3 tahun adalah tempoh yang tidak sesuai untuk anak terlalu kepada gajet. Nanti jejaskan perkembangan otak.

5. WAJIB tahu yang stimulasi rangsangan (persekitaran) sangat diperlukan untuk 2tahun permulaan (eye contact bila bercakap dan respon).

So hasil tadi juga bagi tamparan pada ibu dan ibu yakin pada ibu bapa lain juga:

  • Anak ni tengok pada ibu bapa. Sebab itu bila ibu bapa terlalu ke arah gajet, anak follow. Role model remember?
  • Memang anak akan suka pada games dalam gajet sebab umur 0-3 tahun ni dunia anak-anak adalah bermain. Bak kata salah seorang pakar tadi bisnes anak-anak ialah bermain.
  • Kalau seawal umur setahun tiada stimulasi rangsangan yang sangat diperlukan pada 2 tahun permulaan, penglihatan, perkembangan otak & tumbesaran akan terganggu
  • Jangan tanya kenapa anak suka tantrum (mengamuk) bila tidak dibagi gajet bila selama ni memang jadi teman rapat anak dah ia pappp tampar pipi ibu
  • Kognitif (membezakan besar kecil tinggi rendah etc) anak boleh terganggu. Even dalam gajet misalnya saiz haiwan tidak sama dengan di luar – bila masuk sekolah could be problem untuk anak-anak.
  • Attention deficit menakutkan. Sebab tu anak mula tidak dengar bila kita panggil dan kurang bercakap. Pokoknya benda lain pun tidak ambil peduli bila gajet depan mata.
  • Anak kecil sepatutnya Ekstrovert (periang dsb.), tapi bila dengan gajet sangat anak jadi introvert (pendiam dsb.).

Sejujurnya ibu risau bila AN dalam sehari mencari gajet. Terkadang tu ada drama airmata bila ibu kata berhenti dulu. NA pun dah pandai tunjuk fon

Macam yang pakar cakap there is no betul salah pasal gajet. Sebab teknologi akan stay. Cuma sebagai parents kita yang kena corakkan anak. No wonder orang kata guru pertama anak ialah ibu bapa bukan cikgu masa di sekolah.

Umur yang recommended untuk bagi gajet? 5 tahun.

Suka saya masukkan sekali analogi yang Pakar tu bagi tadi – kita dibenarkan bawa kereta bila umur sesuai (17 ke atas – pastikan ada lesen) Sebab sudah pandai control dan ada kebolehan bawa kereta, sama juga prinsip nya dengan bagi anak gajet. Sebab itu walaupun recommended umur sebegitu tetap ada had masa. Parents kena peduli!

Penyelesaian ketagih gajet anak ni tidak dibincangkan tadi sebab ESOK SAMBUNG UNTUK PART 2.

Semoga perkongsian ini membantu kita sebagai makayah dalam mendidik anak-anak walaupun terlalu mencabar kan. Masing-masing ada cabaran tersendiri bagi ibubapa yang bekerja mahupun surirumah.

kesan gajet pada anak

Belajar untuk cakap “TIDAK’ pada anak bila ada gajet

Persekitaran memainkan peranan penting untuk sama-sama menyokong perkembangan anak kan. Kadang-kadang saya terfikir serabutnya bila banyak permainan dirumah diselerak kan tetapi daripada sudut lain, ia adalah secara tak langsung untuk bantu perkembangan anak.

Kerana dunia mereka adalah BERMAIN.

Terima kasih sudi membaca.

Rahsia Buat Dropship Tanpa Modal dan Menguntungkan
Pengalaman di I-City Shah Alam

Filed Under: Santai Tagged With: kesan gajet

Comments

  1. Ira says

    20 August 2017 at 3:24 pm

    Kanak-kanak cepat tertarik dengan gajet yang kadang kala membimbangkan juga. Kalau tak bagi gajet dekat dia memang menangis tak berhenti la. Tapi ad betulnya kena latih diri untuk bagi yang terbaik untuk anak-anak. Tak boleh terlalu ikutkan kemahuan mereka.
    Ira menulis…omegaMy Profile

    Reply
    • azeni says

      28 August 2017 at 10:51 pm

      Aaha betul tue.
      Kadang kita yang tak sampai hati kan jadinya.

      Reply
  2. Faiz says

    5 September 2017 at 6:01 pm

    Kanak kanak perlukan sentuhan fizikal berbanding gajet, tambahan juga kasih sayang mereka berkurang dek kerana gajet
    Faiz menulis…Luka Bernanah Akibat kencing Manis Cepat Sembuh..Doktor Tak Jadi Potong tanganMy Profile

    Reply
    • azeni says

      8 October 2017 at 12:05 pm

      Kena high touch untuk pastikan emosi terjaga kan.

      Reply
  3. titan says

    15 September 2017 at 3:08 pm

    memang dah tak bagi anak dah main handpon.

    lebih banyak bergusti dah dengan budak tu.
    titan menulis…Buat Duit dengan ShushiVidMy Profile

    Reply
    • azeni says

      8 October 2017 at 12:05 pm

      Lagi bagus gitu.
      Hahaha

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Genesis Framework
Rekabentuk oleh Denaihati Network