• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

  • Home
  • Kenali Saya
  • Hubungi Saya
  • Disclaimer
  • Arkib

Pengalaman di I-City Shah Alam

5 July 2017 By azeni 10 Comments

I-City Shah Alam.

Kalau lalu di lebuhraya persekutuan (federal highway) memang akan nampak gah kelihatan I-City di waktu malam.

Dengan neon-neon yang berwarna warni dalam satu taman yang sangat besar pastinya menarik perhatian kan.

Sangat menarik.

Sangat cantik.

jalan jalan di icity shah alam

Hinggalah kami berkesempatan masa cuti Hari Raya Adilfitri baru-baru ini. Memandangkan tahun ini, suami terpaksa bekerja masa raya (kerja di stesen janakuasa) maka kami beraya di sebelah mertua yang sememang duduk di Kota Damansara.

Manfaatkan cuti yang lama (seminggu kan cuti sekolah), so the best place untuk anak-anak adalah I-City. Penuhi permintaan anak-anak (kemain budak-budak sekarang nie kan Gen Z-hihi)

Kami hanya masuk untuk Snowwalk dan City Digital Light daripada petang dalam pukul 530 petang sampai pukul 1030 malam. Itu pun belum masuk semua pun. Agak banyak permainan disediakan. Janji sediakan duit sahaja.

Harga tiket Snowwalk I-City

Siang sebelum pukul 6 petang:

Dewasa RM 25

Kanak-kanak (t tinggi melebihi 90cm ke atas) RM20

Selepas pukul 6petang hingga malam:

Dewasa RM 35

Kanak-kanak (tinggi melebihi 90cm ke atas) RM30

Kanak-kanak bawah 90cm adalah PERCUMA.

Ikutkan Dareef anak kedua saya memang tinggi kurang 90cm. Tetapi dek tapak kasut dia tebal terlebih sikit 93cm. Adoi rugi rugi.

Kalau tidak boleh jimat sikit. Hahaha.

harga snowwalk i-city shah alam

harga snowwalk i-city shah alam

Sebenarnya tiada salji pun dalam Snowwalk tue tetapi bongkah ice yang diukir sahaja dan suhu yang terlalu sejuk. Setting chiller sampai takat beku la tue. Hihihi.

Memang sejuk sangat hinggakan terpaksa keluar masuk rasanya lebih 3 kali. Jalan sikit kemudian ambil gambar lepas itu lari keluar sekejap.

Kemudian masuk balik sambung main bergambar. Hahaha.

Ada juga keretapi pusing-pusing dalam itu.

Ada juga ice tube.

Disebabkan ada baby kecil Hadeef, saya pun memang tak boleh extreme sangat bertapa lama-lama dalam tue. Suami yang bawa masuk thaqif dan dareef main-main.

Untuk dalam I-City nak masuk setiap permainan kena bayar guna kad. No cash. Setiap kali nak masuk kena ala-ala swap la gitu. Kalau tak cukup, kena topup dalam gandaan RM10. Beli kad sahaja RM2.

Yang lebihan RM8 tue boleh tukar dengan beli ice-cream. Kira okay juga la. Kalau tak, rugi je burn kan.

Habis main Snowwalk, rehat sekejap sambil makan-makan. Maklumlah lepas bersejukan mesti lapar sangat kan. So kami makan di kedai ala-ala Kopitiam. Hampir RM80 juga untuk 4 orang makan walaupun hanya nasi goreng kampung biasa.

Biasa harga dalam theme park kan. Mujur sedap. Huhuhu.

i-city shah alam

jalan-jalan i-city shah alam

jalan-jalan i-city shah alam

Lepas itu, memang sambung main untuk anak-anak la. Siap naik ala-ala Eye on Shah Alam gitu. Nampak la pemandangan malam bandar Shah Alam.

Yang penting bergambar dengan pokok-pokok berwarna warni untuk diabadikan sebagai kenangan.

Sekian.

Kesan Anak Kerap Bermain Gajet
Travelog Sheffielder: Menerjah Langit Eropah

Filed Under: Santai Tagged With: aktiviti cuti sekolah, I-City Shah Alam, Tempat menarik shah alam

Comments

  1. Ana zarin says

    5 July 2017 at 1:48 pm

    Barulah mahal pengalaman nie…saya yg rumah dekat dengan I City pun belum berkesempatan lagi nak ke sana

    Reply
    • azeni says

      2 August 2017 at 11:51 pm

      Biasa memang akan macam tue.
      Yang dekat dengan rumah tue jadi tak pergi-pergi kan..

      Reply
  2. BudakVanilla says

    17 July 2017 at 5:03 pm

    teringin nak pergi sini, walaupun takdak salji, tapi teringin rasa sejuk2 tu. hahhaha
    BudakVanilla menulis…REVIEW | it’s skin VC effector (Vitamin C Serum) & Tips Do and Don’tMy Profile

    Reply
    • azeni says

      2 August 2017 at 11:51 pm

      Sejuk sesangat..
      Boleh praktis sebelum pi oversea yang ada salji.. Hihi

      Reply
  3. Ira says

    3 August 2017 at 4:18 pm

    Best selfie sini almaklumlah tempat lawa ni. Yang best bila tengok budak-budak suka beno bila dapat masuk sini. Kalau boleh tak nak keluar dah
    Ira menulis…Keajaiban Perjalanan Hidup Seorang WanitaMy Profile

    Reply
    • azeni says

      15 August 2017 at 6:47 am

      Hihihi..
      Memang la kak kalau ikut anak memang nak bertapa je dalam tue.
      Kita nie makayah kena sedia duit cukup-cukup.
      Kikiki.

      Reply
  4. siti hajar arshad says

    15 November 2017 at 3:50 pm

    assalam sis, wajib sewa kasut n baju dlm tu ke or leh bwa siap2 dr umah?

    Reply
    • azeni says

      5 December 2017 at 12:28 am

      Wsalam.
      Kasut boleh pakai sendiri dari rumah.
      Yang baju boleh sewakan.

      Reply
  5. nsms says

    20 December 2017 at 12:11 pm

    assalam sis..kasut dan baju snowalk sewa kan?so how abt hanglove ?diaorang sewa jugak ke handglove?

    Reply
    • azeni says

      23 December 2017 at 7:50 am

      Wsalam..
      Kasut dan baju snowwalk boleh sewa.
      Handglove ada dijual dan boleh beli..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Genesis Framework
Rekabentuk oleh Denaihati Network