• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

  • Home
  • Kenali Saya
  • Hubungi Saya
  • Disclaimer
  • Arkib

Travelog Sheffielder: Menerjah Langit Eropah

3 June 2017 By azeni 2 Comments

Tujuan saya beli buku ini untuk baca pengalaman orang yang ber’travel’. Walaupun sebenarnya boleh baca melalui alam maya tidak kira samada di Mr. Google ke mahupun blog.

Sebab pendekatan dan input setiap orang pasti berbeza kan.

Contohnya.

Orang A tengok dan pegang salji akan definasikan sejuk sahaja.

Orang B akan definasikan pembentukan salji daripada wap air yang melalui di udara suhu kurang 0 dan jatuh ke bumi.

Berlainan kan.

Walaupun boleh tengok semua gambar travelog di blog secara maya malah lebih cantik berbanding yang di bukukan. Tapi ‘feel’ nya lain kan.

Travelog Sheffielder: Menerjah Langit Eropah

Sekadar gambar hiasan. (Sumber)

Sama juga dengan buku Travelog Sheffielder ini hasil nukilan daripada pelajar Sarjana di Sheffield. Sememangnya impian semua untuk pelajar-pelajar Malaysia jika dapat sambung belajar di Eropah pastinya berjalan ke seluruh benua Eropah lebih mudah dan murah kan.

Penulis nya bernama Mohd Ilmi Izzuddin yang telah ‘travel’ di 20 negara pada usia 25 tahun.

Garapan yang ringkas dan sesuai dibaca secara santai bila-bila masa. Kalau nak rehatkan otak, boleh jadikan buku ini sebagai bahan bacaan. Kalau nak baca melalui alam maya, pedih mata juga kan mengadap skrin gajet. Hihihi.

Travelog Sheffielder: Menerjah Langit Eropah

Sumber gambar

Ada juga diselitkan sejarah di tempat-tempat yang disinggah cuma terlalu pendek. Mungkin saya lebih gemarkan pembacaan tentang sejarah. Dan jika penulis terlalu banyak selitkan sejarah, mungkin akan bosan buku ini kan.

Hehehe.

Intipati yang boleh diringkaskan adalah dengan kita berjalan melihat budaya orang lain membuatkan minda kita jadi luas.

Minda jadi tak sempit.

Belajar tentang budaya selain Melayu dan juga menghormati agama lain selain Islam. Semua agama menerapkan nilai-nilai murni dan baik. Cuma penganut nya sahaja membuatkan agama itu dipandang sebaliknya.

“Life is too short to spend with cries”

Pengalaman di I-City Shah Alam
Post Mortem Diri Sendiri

Filed Under: Santai Tagged With: Review buku, Travelog Sheffielder : Menerjah Langit Eropah

Comments

  1. mrhanafi says

    4 June 2017 at 10:06 pm

    Kisah pengembaraan memang best untuk dibaca..

    Sebeluml kita sendiri melancong di negara orang
    mrhanafi menulis…Kisah Benar Seorang Storyteller BloggerMy Profile

    Reply
    • azeni says

      13 June 2017 at 1:05 pm

      Ambil ilmu dan pengalaman orang.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: naturavitamina@gmail.com

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Kembali Mencoret
  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2026 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Digital