• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

  • Home
  • Kenali Saya
  • Hubungi Saya
  • Disclaimer
  • Arkib

Makanan Untuk Dijadikan Amalan Sekeluarga

12 January 2014 By Azeni Ahmad Leave a Comment

Ada beberapa makanan yang boleh dijadikan amalan untuk kita sekeluarga untuk mengekalkan tahap kesihatan badan. Malah di antara makanan ini menjadi amalan Rasulullah S.A.W. Daripada segi kimia ataupun biologinya memang mengandungi mineral dan vitamin yang tinggi.

Makanan Untuk Dijadikan Amalan Sekeluarga

Jom kita lihat makanan-makanan yang patut jadi amalan sekeluarga:

1. Barli

Kebiasaan masyarakat Melayu jika demam bagus minum air rebusan barli untuk menyejukkan badan. Demam akan mudah kebah dan suhu badan cepat turun.

2. Kurma

Mengandungi banyak vitamin dan mineral terdiri kalsium, mangan, magnesium dan banyak lagi. Sebab itu, sangat digalakkan pada wanita mengandung sebab mengandungi semua khasiat. Hingga kan Nabi pernah berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin

Merupakan buah dari syurga yang mengandungi Omega 3 dan 6 dan juga kalium. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur

Buah yang mengandungi antioksida. Anggur mengandungi potassium, vitamin C dan terdapat revestrol pada kulitnya yang sangat bagus untuk mengubati kanser. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut.

5. Madu

Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis)

Mengandungi banyak mineral dn vitamin antaranya adalah vitamin A, B6, Vitamin C dan kalium.
  
Vitamin A dalam buah tembikai amat penting untuk kesihatan mata dengan mengurangkan risiko rabun malam,dan meningkatkan tahap keupayaan melawan sel darah putih- Lymphocytes dari jangkitan kuman.
Vitamin B6 menolong sistem imuniti mengeluarkan antibodi. Vitamin B6 mampu mengekalkan fungsi saraf dan bentuk sel darah merah.
Vitamin C mampu meningkatkan tahap sistem pertahanan badan dari jangkitan bakteria dan virus dan melindungi badan dari radikal bebas. Radikal bebas mempercepatkan proses tua seperti katarak.
Buah tembikai mengandungi sumber Kalium(Potassium).Mineral kalium adalah unsur utama dalam keseimbangan air dan wujud dalam setiap sel. Tahap kalium yang rendah menyebabkan anda mudah mengalami otot kejang.

7. Susu

Merupakan sumber kalsium yang tinggi untuk kesihatan tulang kita. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, mengatasi masalah kelupaan.

8. Cendawan

Tidak semua cendawan boleh dimakan sebab sebahagiannya adalah beracun. Cendawan mempunyai khasiat iaitu boleh mengurangkan kandungan gula dan menambah insulin di dalam darah dan bertindak untuk mempertahankan badan dari serangan barah.

 

Kebaikan dan Faedah Apabila Menjadi Ahli Shaklee

Filed Under: Makanan Untuk Dijadikan Amalan Sekeluarga

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: naturavitamina@gmail.com

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Kembali Mencoret
  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2026 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Digital