• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Mitos vs Fakta Mengenai Penyusuan Susu Ibu

21 June 2013 By Azeni Ahmad Leave a Comment



Mitos 1: Komposisi kandungan susu ibu hampir menyamai dengan susu formula (FM).
Fakta 1: Komposisi susu ibu tidak boleh ditandingi atau disamai dengan mana-mana susu formula milk. Komposisi susu ibu hampir tapi tak sama dengan komposisi susu orang utan. Sebab itu, dalam filem TARZAN, tarzan ditinggalkan masa bayi dalam hutan dan disusui oleh orang utan. Orang putih yang buat filem pun memang study dulu tau pasal komposisi susu.
Mitos 2: Payudara ibu akan cepat kendur atau ‘jatuh’ bila menyusu.
Fakta 2 : Saiz payudara akan berubah menjadi lebih besar sepanjang 9 bulan kehamilan. Ini adalah disebabkan terjadinya proses mamogenesis iaitu pembentuk kalenjar mamarin sebagai persediaan untuk menghasilkan susu apabila selepas proses kelahiran.
Mitos vs Fakta Penyusuan Susu Ibu
Mitos 3: Susu ibu lebih cair dan tidak mengenyangkan.
Fakta 3: 80% kandungan susu ibu adalah air. Susu ibu terdiri daripada susu awal iaitu foremilk untuk hilangkan dahaga dan susu akhir iaitu hindmilk untuk mengenyangkan bayi. Secara semulajadinya foremilk akan diminum untuk menghilangkan dahaga dahulu yang mengandungi lebih air dan laktosa dan diikuti dengan hindmilk yang mengandungi lemak yang tinggi untuk mengenyangkan bayi.
Mitos 4: Kolostrum mengandungi nanah, darah dan kotor.
Fakta 4: Kolostrum adalah dikenali cecair emas yang memberi perlindungan maksimum kepada bayi yang mana bersifat laksatif ia dapat mempercepatkan proses pembuangan mekonium, yang merupakan di antara faktor utama terjadinya jaundis (demam kuning).  Antara kandungan terpenting dalam kolestrum adalah sejenis protein iaitu Sekretori Immunoglobulin A (SIgA). SIgA berfungsi sebagai antibodi di dalam badan dan bertindak sebagai sistem pertahanan dalam badan untuk menghalang bendasing atau bakteria atau virus yang menyerang kita.  
Mitos 5: Saiz payudara yang kecil menyebabkan tiada atau kurang susu.
Fakta 5: Sebenar tiada kaitan saiz payudara untuk menghasilkan susu yang baynak. Secara semulajadinya payudara ibu akan menghasilkan susu mengikut keperluan bayinya. Saiz payudara tidak mengambarkan saiz kalenjar mamarin  kerana saiz payudara yang besar mungkin disebabkan olek kandungan lemak di dalamnya. 
Mitos 6: Bayi sentiasa akan ‘berkepit’ atau ‘melekat’ dengan ibu.
Fakta 6: Ibu adalah orang yang pertama yang dikenali oleh bayi. Selama 9 bulan di dalam rahim dan menyusukan secara ekslusif akan menyebabkan bayi akan rapat dengan ibu. Ini kerana bayi akan merasa lebih selamat dan tenang dengan dakapan ibu dan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. 
Mitos 7 : Payudara ibu akan kelihatan tidak mantap menyebabkan penampilan tidak menarik
Fakta 7:  Breast is not SEXY symbol but breast is for breastfeeding. Tiada sebab wanita tidak boleh menyusu melainkan ;
(1) wanita tersebut ada AIDS iaitu cecair yang disalurkan kepada bayi akan menyebabkan berebak AIDS tersebut
(2) wanita tersebut menjalani pembedahan pada payudara contoh membuang lobules. Iaitu bahasa pasarnya akar-akar yang terima ransangan untuk mengalirkan susu apabila baby sucking.

Cara Penyimpanan Stok Susu Perahan EBM
Penyusuan Secara Ekslusif
3.1185762101.6455078

Related

Filed Under: Penyusuan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer