Ingin saya coretkan dan berkongsi pengalaman mengapa saya menyusu anak saya dari umur anak saya (thaqif) 1hari sehingga sekarang 2 tahun 6 bulan. Pengalaman yang sangat indah apabila melihat anak kita membesar dengan susu ibu tanpa langsung formula milk. Dan saya pun tidak tahu harga susu berapa setin dan susu yang terbaik pun saya tak tau…hehehe.. saya boleh tengok rambut yang tumbuh, gigi yang tumbuh, badan yang membesar pada thaqif semuanya daripada susu ibu dan sangat mengujakan.
Definisi penyusuan secara ekslusif adalah memberikan kepada bayi susu ibu semata-mata walaupun air masak di bawah umur 6 bulan. Penyusuan diteruskan dengan memperkenalkan makanan pejal kepada baby sehingga umur 2 tahun.
Jom berkongsi mengapa saya menyusu:
- Komposisi susu ibu tidak boleh ditandingi atau disamai dengan mana-mana susu formula milk. Komposisi susu ibu hanya menyamai dengan komposisi susu orang utan. Sebab itu, dalam filem TARZAN, tarzan ditinggalkan masa bayi dalam hutan dan disusui oleh orang utan. Orang putih yang buat filem pun memang study dulu tau.
- Susu ibu membekalkan nutrient yang mencukupi mengikut keperluan tumbesaran anak.
- Susu ibu susah nak tercemar walaupun susu perahan yang disimpan dalam peti sejuk berbulan lamanya.
- Kandungan susu ibu mengikut keperluan bayi iaitu akan menjadi makanan utama semasa bayi di bawah 6 bulan dan bertukar sebagai pelengkap apabila diperkenalkan dengan makanan pejal (solid food).
- Susu ibu akan bertindakbalas dengan persekitaran sekeliling. Susu ibu akan mengandungi lebih air apabila cuaca panas dan akan mengandungi lebih lemak apabila cuaca sejuk untuk melindungi bayi daripada kesejukan. Hebatkan susu ibu.
- Emosi yang terhasil daripada penyusuan sangat BEST. Ini secara tidak langsung memberi keselesaan pada bayi kita.
- Formula milk yang dicanangkan atau diiklan menyatakan formula mik adalah terbaik daripada lembu terbaik, mengandungi zat ABCDEF sampai Z padahal susu itu daripada lembu dan sepatutnya susu itu hanya untuk anak lembu bukan anak manusia. Anak manusia maka susu daripada manusia perlu diminum.
- Breast is not SEXY symbol but breast is for breastfeeding. Tiada sebab wanita tidak boleh menyusu melainkan (1) wanita tersebut ada AIDS iaitu cecair yang disalurkan kepada bayi akan menyebabkan berebak AIDS tersebut dan (2) wanita tersebut menjalani pembedahan pada payudara contoh membuang lobules. Iaitu bahasa pasarnya akar-akar yang terima ransangan untuk mengalirkan susu apabila baby sucking.
Sekian dulu…jumpe di next entry penyusuan…..:)
salamtumpang tanya, kenapa ye kite tak boleh rednam dlm air panas or mendidih?sblm ni, saya bekalkan flusk makanan(yg gemuk besar tu) pada nursery,saya mintak diorg isikan air panas setiap pagi dlm tu. so that for every feeding saya suh diorg rednam je botol bublebee yg 5oz tu dlm tu.apa yg saya wat sebelum ni boleh bahayakn baby saya ke?
Sebenarnya susu ibu tak boleh dikenakan pada susu yang tinggi..
Sebab ia akan musnahnya khasiat susu ibu itu sendiri.
So baby minum kurang dap at khasiat sepatutnya.
Kalau boleh rendamkan pada air yang suam sahaja dalam masa 15minit lebih kurang.
Ataupun nak mudahkan untuk baby sitter ataupun pengasuh, awk beli bagikan warmer. Senang untuk panaskan susu badan.
Semoga membantu awk.