• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

  • Home
  • Kenali Saya
  • Hubungi Saya
  • Disclaimer
  • Arkib

Petua Kebah Demam Panas Anak – Daun Bunga Raya

4 November 2018 By azeni 8 Comments

Jadi mak-mak ataupun bapak nie memang runsing bila anak-anak demam kan. Lagi pula kalau bawah 3 tahun.

Alahai.

Bahaya untuk anak-anak. Risau boleh sampai terkena sawan kalau suhu badan tinggi sangat.

Macam saya biasanya wajib guna daun bunga raya yang diramas-ramas sampai keluar lendir. Dan di sapu di kepala dan satu badan.

petua kebah demam anak

Ambil dalam 5-6 helai daun bunga raya ikut size daun (ada size kecil ada size besar, ada yang daun keriting).

Basuh.

Ramas dengan air sampai air jadi berlendir.

Sapu pada kepala, ketiak dan belakang badan anak.

Asal kering je air di kepala terus sapu lagi dan lagi.

Sampai demam kebah.

Memang mujarab untuk anak-anak saya. Sekurang-kurang boleh elak untuk masukkan ubat di bahagian punggung la.

Memang petua nie turun temurun daripada mak saya. Dulu kat kampung mudah nak cari daun bunga raya nie. Tanam tepi rumah je. Tak kesah la bunga raya putih ke merah ke.

Lagipun sekarang ada banyak jenis warna dah untuk bunga raya kan.

Kuning la.

Oren la.

Semuanya dah dikomersialkan. Hahaha.

Duduk kat bandar nie, banyak je di tanam di tepi tepi jalan taman ke. Sebab pihak majlis pembandaran wajib tanam pokok bunga nie.

Bunga kebangsaan kan.

So petik kat situ la.

Petik ala kadar tau. Jangan ambil sampai togel pokok tue.

Nak guna daunnya sikit je pun. Hihihi.

Dan pastikan anak minum air kosong cukup la masa tengah demam ataupun bagi menyusu kerap yang mana masih menyusu badan tu.

petua kebahkan demam anak

Sebab air jadi terdehidrat bila demam panas kan.

Selain itu, saya juga pastikan antibodi badan anak-anak kuat dengan makan buah dan diet makan cukup. Dan juga ambil suplemen untuk sokong sistem imunisasi badan.

Suplemen untuk kuatkan antibodi badan anak adalah Nutriferon, Vitamin C Chewable dan juga Minyak Ikan (Omega Guard).

Boleh baca disini juga tentang Alternatif Ubat Demam Selain Paracetamol.

Petua orang-orang lama jangan ditinggalkan dan jangan lupa kuatkan antibodi badan dengan diet makanan yang sihat.

Selamat mencuba petua ini.

Bye.

Cara Jaga Faraj Wanita Kekal Sihat

Filed Under: Petua Tagged With: Petua Bunga Raya, Petua Demam

Comments

  1. Amir Mazlan says

    6 November 2018 at 3:12 pm

    ada khasiat perubatan rupanya bunga raya ni..baru tau 🙂
    Amir Mazlan menulis…Panduan bisnes Shopee dan 16 sebab kenapa Shopee itu ‘seksi’My Profile

    Reply
    • azeni says

      30 November 2018 at 10:07 pm

      Banyak petua orang tua boleh kita ikut.

      Reply
  2. saps says

    14 November 2018 at 2:45 pm

    petua yang sangat menarik.. lepas ni boleh try petua ni..
    saps menulis…SAPS Ibu Bapa: Semakan Keputusan Peperiksaan 2018My Profile

    Reply
    • azeni says

      30 November 2018 at 10:07 pm

      Boleh cuba la.
      Sangat-sangat membantu.

      Reply
  3. Adam says

    19 November 2018 at 10:02 am

    Sejuk kan daun bunga raya nie.

    Reply
    • azeni says

      30 November 2018 at 10:08 pm

      Ya betul lendir tue bagi sejuk kulit yang panas.

      Reply
  4. ira says

    17 December 2018 at 1:58 pm

    banyak petua orang tua-tua dulu

    Reply
    • azeni says

      20 December 2018 at 3:34 am

      Tue la banyak petua orang tua tua boleh di ambil dan warisi kan.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: naturavitamina@gmail.com

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Kembali Mencoret
  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2026 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Digital