• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

  • Home
  • Kenali Saya
  • Hubungi Saya
  • Disclaimer
  • Arkib

Rawat dan Atasi Masalah Sembelit Dengan Cara Yang Semulajadi

11 September 2014 By Azeni Ahmad Leave a Comment

Sembelit ataupun ketidakaturan berlaku apabila pengerakan najis besar tidak normal seperti biasa ataupun najis besar keras, kering dan sukar untuk dikeluarkan. Fiber ataupun serat yang kurang dalam badan menyebabkan terjadinya sembelit.

Masalah Sembelit diatasi dengan Shaklee

10 penyebab terjadinya sembelit?

1. Kurang minum air kosong untuk keperluan badan kita.

     Berat badan 25kg disarankan minum 1 liter.
     Kalau 55kg bersamaan 2.2 liter air wajib minum.

2. Kurang mengambil makanan mengandungi serat seperti buah-buahan

    dan sayur-sayuran.

3. Kerap menangguh untuk membuang air besar

4. Mengandung ataupun datang haid menyebabkan perubahan hormon yang 

    boleh menyebabkan sembelit. 

     Orang yang mengandung akan mempunyai hormon progesterone yang tinggi
     yang meregangkan otot-otot usus menyebabkan sembelit. Disamping itu, janin
     ataupun bayi yang menekan bahagian usus juga menyebabkan sembelit.

5. Mempunyai penyakit seperti lupus, sclerosis, parkinson dan

    penyakit endocrine (iaitu kencing manis dan hypothyroidism).

6. Mengambil ubat-ubatan seperti ubat narkotik seperti ubat batuk

    yang mengandungi codeine, diuretik, anti-histamine, anti-depressant,

    ubat gastrik yang mengandungi aluminium atau kalsium menyebabkan

    susah untuk membuang air besar.

7. Mengambil supplement yang tinggi dengan zat besi (iron) iaitu menyebabkan 

    najis menjadi keras.

8. Mempunyai irritable bowel syndromeatau spastic colon.

9. Penggunaan laxative (ubat sembelit) yang berlebihan boleh menyebabkan

     berlakunya sembelit. 

     Ubat ini selalu digunakan oleh mereka yang ingin mengurangkan berat
     badan mereka. Contoh ubat ialah senna (Senokot) dan bisacodyl (Dulcolax).

10. Penyakit-penyakit usus seperti diverticulitis. 

     Selalunya ia berlaku bersama-sama dengan demam dan sakit perut.

Jadikan amalan ataupun tabiat dengan mengambil buah-buahan yang tinggi serat untuk dijadikan pelawas dan mudah proses membuang air besar. Buah-buahan yang boleh dijadikan pelawas adalah betik, prune, kurma dan buah bercitrus seperti oren. Sayur-sayuran boleh dijadikan pelawas adalah aspagus dan paling mudah diperolehi adalah kubis.

Paling penting pengambilan air kosong yang secukupnya seharian terutamanya ibu yang berpantang ataupun menyusukan badan.

Antara mineral yang penting untuk atasi masalah sembelit adalah magnesium.

Bagaimana Magnesium membantu sembelit

Sebab apa magnesium penting untuk badan kita?

Magnesium sangat penting untuk atasi masalah sembelit kerana magnesium meningkatkan kandungan air dalam usus dan membantu menggesa berlakunya peristalsis iaitu aktiviti gerakan dalam usus yang membantu makanan terhadam bergerak dalam usus. Proses peristalsis ini juga menolak makanan dalam perut.

Ada 2 keadaan berlaku iaitu:

1. Magnesium merehatkan otot dalam usus iaitu membantu membentuk

    kesan yang lebih lembut untk mengurangkan sembelit.

2. Sifat magnesium untuk menarik air dimana ia meningkatkan kandungan air dalam

    usus dan usus dapat berfungsi dengan baik.

Apabila anda ambil magnesium, maka perlu minum air lebih banyak disebabkan magnesium ‘menarik air’ dalam badan kita.

Sembelit diatasi dengan Ostematrix, Alfalfa, Herb-lax dan Mealshakes

Antara vitamin untuk melegakan sembelit adalah Ostematrix, Herb-lax dan Alfalfa untuk orang dewasa. 

 

Ostematrix mengandungi Kalsium dan magnesium yang diperlukan mengatasi sembelit. 

 

Herb-lax dan Alfalfa adalah julap yang mengandungi herba iaitu mengandungi klorofil yang membantu dalam mendetok dalam badan.    

 

Manakala untuk kanak-kanak boleh ambil Mealshakes untuk atasi sembelit. 

 

Mealshakes mengandungi tinggi serat dan mineral sangat sesuai untuk kanak-kanak ataupun yang dewasa untuk sembelit.

Jom legakan sembelit anda. Jangan biarkan ia menghantui kita.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan.

Azeni Ahmad
Shaklee Distributor : 890574 untuk kawasan Kota Damansara
Page: Azeni Vita-Shoppe
Sms/whatapps: 012-5771864 (for fast response)

COD (Cash On Delivery) : Kota Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Sungai Buloh dan di dalam radius Subang Airport.

Untuk waktu bekerja boleh dapatkan di Mutiara Damansara (IKEA, TESCO dan The Curve) dan Damansara Perdana.

COD boleh dipertimbangkan: Kawasan Petaling Jaya (Bandar Sunway, Taman Medan, Kelana Jaya, Taman Universiti (U-Garden), Sungai Way, Damansara Utama, Mutiara Damansara, Damansara Perdana, Subang, Sea Park, Tropicana, Glenmarie dan Ara Damansara)

Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA. 


Kebaikan dan Faedah Apabila Menjadi Ahli Shaklee

Bagaimana Untuk Merawat Sembelit Dengan Cara Paling Mudah Dan Berkesan?
15 Cara dan Petua Untuk Kempiskan Perut Selepas Bersalin

Filed Under: Alfalfa, Herb-Lax, MealShakes, Ostematrix, Sembelit

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Genesis Framework
Rekabentuk oleh Denaihati Network