• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

  • Home
  • Kenali Saya
  • Hubungi Saya
  • Disclaimer
  • Arkib

Resipi Mudah Ayam Panggang Madu Dengan Sayur Campuran

11 January 2015 By azeni 10 Comments

Jom saya kongsikan antara menu kegemaran kami sekeluarga yang sangat mudah disediakan. Kebiasannya menu yang ala-ala kebaratan (western food) ini, dimasak sepenuhnya oleh incik suami.

Memang agak kreatif la kalau masak menu macam ini. Nak tambah rempah nie, kurang rempah tue. Sendiri punya resipi kan. Main campak-campak orang cakap. Hehehe.

Resipi mudah, ringkas dan senang untuk ayam panggang madu

Ayam Panggang Madu

Bahan-bahan yang digunakan adalah:

Untuk 3 orang makan

  •  Ayam dalam 6-7 ketul
  • Carrot sebatang
  • Batang saderi dalam 2-3 batang
  • Ubi kentang 2 biji dipotong 4 ataupun 6
  • Bawang besar sederhana besar dalam 2-3 labu
  • Bawang putih dalam selabu

Rempahnya:

  • Sos Barbecue secukup rasa
  • Madu mengikut selera masing-masing.
  • Serbuk Oregano (Guna MasterFoods)
  • All Purpose Seasoning (Guna MasterFoods)
  • Garlic Perpper Seasoning (Guna MasterFoods)
  • Garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya:

1. Buat pes dengan campuran semua rempah dan gaulkan bersama dengan ayam dan bawang putih. Lebihkan madu. Perapkan seketika.

2. Daun saderi, carrot dan bawang besar dipotong mengikut keselesaan besar untuk dimakan. Gaulkan dengan semua rempah di atas dengan sedikit madu. Jangan terlalu banyak madu sebab sayuran akan ‘manis’ sendiri selepas dimasak. Perapkan seketika.

3. Ayam yang diperap boleh dimasak atas api ataupun menggunakan oven. Kami masak menggunakan pemanggang ajaib dengan api yang perlahan. Dalam 20-30 minit siap.

Untuk nampak ayam berkilat dan kelihatan lembap-lembap boleh letak lebih madu dan lebihan air perapan.

Resipi mudah, ringkas dan senang untuk sayuran campur madu bersama ayam

Sayur Campuran yang dipanggang

4. Sayuran yang diperap pun boleh dimasak dengan menggunakan pemanggang ajaib dengan api yang perlahan.

Tambahan, boleh masak kan spageti dan sosnya (kami menggunakan sos Prego Tradisional sahaja) untuk lebih  variasikan menu.

5. Hanya rebuskan spageti bersama titisan-titisan minyak (untuk elak daripada melekat), lembut angkat kemudian toskan.

6. Sos Prego memang tersedia siap hanya tumiskan sedikit menggunakan minyak zaiton. Letak perasa garam sikit. Gaulkan dan siap masak.

Resipi mudah dan senang untuk sos prego dan spagetti, Menu weekdays. Menu bagi mereka bekerjaya.

Sos Prego dan Spagetti yang mudah

Semua siap dihidangkan. Tak lama ambil masa untuk sediakan. Untuk lebih cepat, kentang direbus terlebih dahulu, kemudian baru digaulkan dnegan pes dan diperapkan. Kurang lebih dalam setengah jam sudah masak.

Jom cuba menu yang simple ini.

Berjumpa di lain menu masakan. Daaaa.

Agar-agar Oreo Sebagai Pencuci Mulut

Filed Under: Resipi Tagged With: Resipi Ayam Panggang Madu, Resipi Mudah, Resipi Sayuran Campuran Madu, Resipi Sos Spagetti

Comments

  1. Sylarius Yusof says

    12 January 2015 at 3:54 pm

    Perkongsian yang menarik 🙂
    Sylarius Yusof menulis…Perihal Persiapan untuk Persekolahan Anak-AnakMy Profile

    Reply
    • azeni says

      13 January 2015 at 10:58 am

      Simple dan mudah dimasak.
      Hihi

      Reply
  2. Hazman Fadzil says

    12 January 2015 at 5:38 pm

    Kalau dapat menu ni sambil tengok cerita Istikharah Cinta confirm tak sedar dah habis sepinggan… hehehehe
    Hazman Fadzil menulis…Sanggup boikot seminggu kedai makan sebab tak siarkan Drama Bersiri Istikharah CintaMy Profile

    Reply
    • azeni says

      13 January 2015 at 10:59 am

      Wah layan sekali drama cintan tue.
      Memang tak sedar dah habis pun. Hehe

      Reply
  3. Hero Borneo says

    12 January 2015 at 6:17 pm

    wow!..bestnya kalau incik suami pandai masak..boleh rehat sehari dari dapur buat puan isteri..nice sharing thanks
    Hero Borneo menulis…Persediaan Untuk Mendalami Ilmu HipnosisMy Profile

    Reply
    • azeni says

      13 January 2015 at 11:00 am

      Boleh la rehat jap. Bukan rehat sehari pun. Kehkeh..

      Reply
  4. titan says

    13 January 2015 at 5:55 pm

    ayam tu nampak macam sedap aje.

    haha..
    titan menulis…Evolusi Digitalpoint Forum 2006-2015My Profile

    Reply
    • azeni says

      14 January 2015 at 4:55 pm

      Hahaha.
      Bial tengok dalam keadaan lapar semua sedap jadinya.
      Kehkeh.

      Reply
  5. hafiz says

    14 January 2015 at 5:27 pm

    Yang simple tulah yg sedap…
    hafiz menulis…Persediaan menghadapi temuduga SPA 2015My Profile

    Reply
    • azeni says

      14 January 2015 at 6:22 pm

      Hehehe.
      Betul tue.
      Main campak-campak..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: naturavitamina@gmail.com

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Kembali Mencoret
  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2026 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Digital