• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Agar-agar Oreo Sebagai Pencuci Mulut

17 June 2015 By azeni 5 Comments

Sebenarnya aku suka sangat dengan agar-agar. Tetapi tengok perisa juga la. Yang paling klasikal adalah agar-agar merah yang ada bau daun pandan tu. Mudah dan memang menggamit kenangan masa kecik-kecik dulu. Maklum lah duduk di kampung kan.

Ingat lagi tak?

Acuan yang digunakan acuan yang sama untuk buat lompang juga. Jangan tak tahu ada lompang yang dibuat dalam acuan juga. Ini kira cerita di kampung aku la. Lain kampung lain ceritanya kan. Hehe.

Semakin bersilih masa, semakin dikomersialkan agar-agar. Malah ia adalah salah satu pencuci mulut wajib ada di hotel-hotel besar kan.

Salah satunya adalah agar-agar oreo. Nama pun ada oreo kan, mesti ada guna biskut oreo. Hehehe.

Resipi yang mudah dan ringkas. Janji rajin saja kan.

resipi agar agar oreo

Agar-agar oreo

Bahan-bahan yang digunakan agar-agar oreo adalah:

1. Agar-agar yang dalam satu paket plastik (memang berat dalam 25gram)

2. 1 tin susu cair

3. Air 1250ml

4. 200 gram gula

5. 2 biji telur

6. 1 bungkus oreo

7. Askrim yang berperisa Vanila

8. Sedikit esen vanilla

Cara menyediakannya:

i. Basuh dahulu agar-agar. Kemudian masak bersama dengan 1250ml air dengan api yang sederhana.

ii. Masukkan gula. Kacau perlahan-lahan.

iii. Oreo boleh dikisar dalam pengisar kering.

(Disebabkan kat rumah pengisar kering dah rosak so tumbuk oreo odalam plastic guna batu lesung je. Hehehe. Asal hancur dan kasar-kasar je oreo tue)

iv. Kisar susu cair dengan telur dan esen vanilla sekali sampai sebati.

v. Masukkan sekali ke dalam agar-agar yang telah dimasak tadi. Kacau sampai sebati.

vi. Oreo hancur dimasukkan dan kacau hingga mendidih. Tutup api.

vii. Masukkan dalam loyang yang bersesuaian.

viii. Masukkan dalam petisejuk untuk dibekukan.

Untuk resipi di atas, memang banyak agar-agar oreo tue. Boleh dimakan sampai 3-4 hari.

Boleh la hidang untuk cuci mulut lepas makan ataupun makan kudapan di depan tv. Hehehe.

Boleh cuba sebab kanak-kanak mesti suka.

Selamat mencuba.

Cara Buat Banana Split Paling Mudah dan Senang
Resipi Mudah Ayam Panggang Madu Dengan Sayur Campuran

Related

Filed Under: Resipi Tagged With: Resipi agar-agar oreo

Comments

  1. Taukeh Pemanggang Ajaib says

    18 June 2015 at 5:52 pm

    Resepi yang menarik dan boleh dijadikan menu untuk berbuka puasa..
    Taukeh Pemanggang Ajaib menulis…Pemanggang AjaibMy Profile

    Reply
    • azeni says

      21 June 2015 at 5:56 pm

      Memang simple je pun..
      Slama mencuba..

      Reply
  2. apdm1 says

    25 June 2015 at 9:08 pm

    bolehlah suruh orang rumah cuba juga ni.

    nampak macam senang aje.
    apdm1 menulis…APDM – Aplikasi Pangkalan Data MuridMy Profile

    Reply
    • azeni says

      21 July 2015 at 10:10 pm

      Senang sangat.
      Boleh je bila-bila masa nak buat.

      Reply
  3. Sasaaa says

    9 March 2018 at 2:40 am

    Kalau tak guna telur takpa kan?? ?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer