Bagi ibu hamil, hB adalah perkara paling penting. HB ataupun hemoglobin iaitu sel darah merah yang diperlukan oleh badan ibu dan juga untuk tumbesaran bayi dalam kandungan.
Hemoglobin (hB) juga sangat penting untuk mengangkut oksigen dan juga semua nutrisi yang dimakan ke seluruh badan dan juga kepada plasenta kandungan.
Untuk menambah hemoglobin, zat besi sangat diperlukan bersama dengan Vitamin C untuk penyerapan di dalam darah. Untuk ibu yang mengandung, paras normal adalah 10-15 gram/dL. Jika dibawah bacaan 10, ibu akan mudah mendapat anemia.
Kekurangan darah merah (anemia) berbahaya kepada ibu dan juga kandungan. Paling ketara ia akan bagi kesan pada tumbesaran bayi dan ibu berpotensi untuk bersalin lebih awal.
Selalu kita dengar sayur bayam dan kerang adalah makanan untuk tambah darah kan. Tapi kalau hari-hari mengadap menu bayam dan kerang sahaja, jemu juga jadinya kan. Hehe.
Jom cuba resipi mudah untuk naikkan hB bagi ibu hamil:
Jus buah jambu
Buah jambu mengandungi tinggi Vitamin C di mana ia bagus untuk penyerapan zat besi.
Cara membuat jus buah jambu:
1. 2 biji jambu batu
2. 2 sudu besar gula
3. Jus lemon
4. sedikit jus halia
Cara membuatnya:
i. Jambu batu dipotong kecil dan direbus dalam air. Biarkan sejuk seketika.
ii. Kisarkan jambu batu dengan jus lemon dan halia sekali.
iii. Untuk lebih enak, tambah kan ais beberapa ketul.
Smoothie Kurma
Kurma mempunyai kandungan zat besi yang tinggi. Sangat bagus untuk anemia dan tambah darah. Selain itu, kurma juga bagi tenaga berpanjang untuk ibu mengandung.
Cara membuat smoothie kurma
1. 250 ml Susu segar
2. 5 biji kurma
3. 2 sudu besar madu
4. 2 sudu besar yogurt asli
5. Sebiji pisang masak
6. Sedikit kiub ais
Cara membuatnya:
i. Buah kurma dibuangkan biji nya.
ii. Potong pisang pada bahagian kecil-kecil dan kisar semua sekali bahan di atas.
iii. Siap disediakan
Salad Buah Delima
Buah delima antara buah yang wajib diambil semasa mengandung. Kerap dan konsisten makan buah delima boleh mengurangkan jaundis pada bayi dan kulit lebih bersih.
Kandungan antioksida yang tinggi sangat bagus untuk ibu mengandung dan juga zat besi yang tinggi.
Mungkin boleh pelbagaikan buah delima dengan membuat salad.
Cara membuat salad buah delima
1. Daud salad romaine lettuce
2. Timun
3. Tomato
4. Sebiji bawang kuning
5. 4-5 sudu besar isi buah delima
Dressing
1. 8 sudu besar minyak zaitun
2. 2 sudu besar cuka
3. 2 sudu besar air perahan limau
4. 1 sudu besar pati sirup buah delima (bukan jus buah delima)
5. sedikit garam, madu dan serbuk lada putih
Cara membuat
i. Hiris timun, tomato, bawang kuning serta daun salad.
ii. Gaul kesemua bahan.
iii. Letakkan dressing dan gaul rata.
iv. Sedia untuk dimakan
Kacang Badam Bermadu
Snek adalah makanan wajib ada untuk ibu mengandung sebagai kudapan. Penting untuk mengelak daripada ibu mengandung makan karbohidrat terlalu banyak.
Kacang bagus untuk membantu cegah anemia.
Cara membuat kacang badam bermadu
1. ½ cawan badam
2. 3 sudu besar air
3. 1 sudu besar madu
4. 2 sudu teh stevia ataupun gula organik
Cara membuatnya:
i. Masak kacang badam dalam 10minit pada suhu oven 350 darjah
ii. Panaskan madu dan air bersama dalam kuali dan kemudian masukkan kacang badan yang telah dibakar. Gaulkan sehingga sebati madu pada kacang badam
iii. Anginkan dan kemudian sapukan stevia pada kacang badam untuk kelihatan berkilat.
iv. Siap untuk dijadikan kudapan. Boleh simpan dalam bekas kedap udara.
Selamat mencuba resipi-resipi di atas untuk menaikkan hB darah anda.
Sumber
Selain itu, suplemen jangan dilupakan untuk zat besi (Vitalea) dan Vitamin C bagi memastikan bacaan hB normal hingga ke saat kelahiran.
Jom saya kongsikan disini untuk membantu.
Untuk sebarang pertanyaan ataupun tempahan zat besi dan Vitamin C, boleh hubungi saya.
Call/SMS/Whatapps ; 012-5771864
Page: Azeni Vita-Shoppe
COD area: Seluruh Perlis, Kota Damansara, Damansara Perdana, Mutiara Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.
Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.
Banyak resipi yang boleh digunapakai
Noriza Rahman menulis…Mengapa Vitamin C Sesuai Untuk Melawan Jangkitan Resdung?
Banyak sangat.
Cuma pelbagaikan untuk lebih sedap.
Resepi yang menarik dan lazat…
Sani menulis…10 Sebab Anda Kena Dapatkan Kedai Online Amazon Dengan Nichify!
Yang tak alami HB rendah pun terliur nak makan kan.
Hehehe.
boleh jadi rujukan ibu ibu yang mengandung untuk naikkan HB rendah 🙂
Admin menulis…Peperiksaan Online Penguasa Kastam
Semoga membantu ibu mengandung yang lain kan.