• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Wanita Tidak Perlu Kurus Sebenarnya?

9 May 2015 By azeni 14 Comments

Bila baca tajuk di atas, kaum wanita terutamanya mesti ada yang seronok kan.

Ya la kan. Badan gemuk merupakan salah satu masalah yang besar untuk kaum wanita. Rasa macam masalah negara dipikulnya. Hahaha.

Wanita tidak perlu kurus bukanlah disebabkan oleh mana-mana kajian ataupun penyelidikan dilakukan terhadapnya. Tetapi lebih kepada keadaan kesihatan kita sendiri.

Bagi wanita yang sudah berkahwin, memang tidak perlu kurus disebabkan nanti akan kerap mengandung sahaja.

Wanita tidak perlu kurus sebenarnya

Wanita, Mengandung dan Kurus

So buat apa nak kurus kan?

Asal kurus je nanti, dah mengandung lagi pula.

Sungguh dalam dilema kan. Hehehe.

Bila mengandung dah 9 bulan kan, berpantang pula 2 bulan. Itu pun sudah ambil masa sampai hampir setahun kan.

Kalau diteliti dan dilihat, corak perancangan keluarga yang biasa diamalkan oleh rakyat Malaysia, kebanyakannya akan rancang anak setiap 2 ataupun 3 tahun kan.

Maklumlah tengah muda lagi.

Tenaga masih kuat.

Nanti kalau dah lewat 30-an takkan nak mengandung lagi.

Macam-macam masalah kesihatan kalau mengandung pada usia lewat kan.

Kalau rancang anak sampai 3-4 orang, selang 2 tahun mengandung dan bersalin memang sampai umur 36 tahun. Itupun kalau kahwin umur 28 tahun.

Kalau kahwin lagi lambat, kena kira sendiri la ya.

Ada orang yang mudah sangat turun berat badan walaupun selepas 2 bulan bersalin. Mungkin juga faktor penyusuan ibu ataupun tahap metabolisma badan yang tinggi.

Tetapi bukan semua akan mengalami proses yang sama. Malah ada yang lebih teruk, berat badan semakin menjadi-jadi selepas bersalin.

Mengapa Perlu Kurus Sihat?

Kurus disini bermaksud lebih kepada kesihatan badan kita. Masa kita mengandung, berat badan memang akan naik hingga 2 ataupun 3 kali ganda daripada berat badan asal.

Pendek kata memang gemuk!

Gemuk semasa mengandung tidak terlalu serius asalkan masih dalam pantauan doktor. Sebab kita perlukan lemak-lemak untuk bantu pembesaran bayi dalam perut dan juga untuk proses penyusuan badan selepas bersalin.

Wanita tidak perlu kurus sebenarnya

Wanita dan bersenam adalah sukar

Tetapi selepas bersalin, jika ia berlebihi memang akan ganggu rutin harian kita. Itu pun kalau baru anak seorang. Kalau anak sampai 3-4 orang, macamana pula tue?

Badan perlu sihat dan kurus mengikut padanan berat dan tinggi kita. Sebab ia akan mempengaruhi tahap kesihatan kita, seperti:

1. Akan mudah sangat sakit dan lenguh lutut kaki untuk menapung berat badan berlebihan.

2. Bila badan dah melebihi obesiti, maknanya lemak akan berlebihan dan boleh ganggu saluran darah kita seterusnya ke jantung. Tidak hairan la kalau masa muda boleh dapat sakit jantung kan.

3. Badan akan sentiasa mudah sakit. Padahal kena hujan sikit je. Tapi demam sampai seminggu. Maksudnya badan kita memang lemah.

4. Bila badan kurus, memang senang sikit nak cari baju-baju yang cantik dan trendy kan.

5. Yang terakhir, bila kita sihat dan kurus pasti akan menarik perhatian suami. Jadi penambat la kan. Suami nie, di mulut sahaja cakap tak kesah kan badan gemuk. Sebab dah lahirkan anak untuk dia. Tetapi di mata dia, pasti nak tengok isteri cantik kurus dan sihat kan.

Iklan Produk Pelangsingan yang tidak sesuai

Ditambah pula dengan kehadiran produk pelangsingan badan yang banyak bak seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Lagi membuak-buak keinginan untuk kurus kan.

Disini peranan kita sebagai pengguna. Perlu sangat-sangat waspada dan perlu banyak mengkaji tentang produk-produk untuk kurus.

Jangan sembrono sangat. Asal murah, asal ada KKM terus beli.

Dan perlu diingat ye bahawa ubat kurus dengan vitamin untuk kurus sangat berbeza. Malah kesan pun berbeza.

Ubat akan memberi kesan disebabkan tindakbalas yang sangat cepat hinggakan boleh turun berat badan sampai 10 kg seminggu!

Takut dengar kan.

Manakala vitamin adalah untuk keperluan badan kita.

Cuba kita perhatikan badan kita.

Sebab apa badan boleh obesiti ataupun terlebih berat?

Mesti sistem dalam badan kita tidak berfungsi dengan normal kan. Contohnya:

i. Sistem penghadaman tidak betul

ii. Tahap metabolisma rendah

iii. Lebihan air dalam badan

iv. Usus sampai berkerak

v. Makan makanan tinggi garam atau tinggi gula.

vi. Badan tinggi asid

Pelbagai lagi masalah sebenarnya. Badan kita hanya kita sahaja yang tahu kan.

Dan vitamin membantu untuk menormalkan kembali sistem dalam badan kita. Sebab itu, akan ambil masa yang lama untuk nampak kesannya.

Dan bukan setakat untuk kesan kurus malah untuk masalah-masalah lain seperti masalah kulit ke masalah lenguh kaki ke pun boleh hilang.

Itu fungsi vitamin sebenarnya.

Wanita tidak perlu kurus

Vitamin untuk kurus

So apa vitamin untuk kurus badan?

1. Herbalax iaitu untuk cuci dan detok usus badan kita iaitu saluran penting untuk sistem penghadaman badan.
2. Lecithin ataupun Omega Guard adalah agen pemecah lemak. Kedua-duanya bagus tetapi berbeza dari segi harga dan juga kerberkesanan yang cepat.
3. Alfalfa bertindak untuk membuang lebihan air yang tidak digunakan dalam badan. Malah Alfalfa membantu untuk membuang lemak-lemak yang telah dipecahkan untuk keluar melalui sistem perkumuhan.

Untuk set kurus di atas iaitu Herbalax, Lecithin, Omega Guard dan Alfalfa mengandungi nutrient yang diperlukan oleh badan kita.

Kalau anda cuba, pasti akan nampak perubahan pada pada badan. Tidak kira untuk kulit ataupun tenaga ataupun untuk kesihatan yang lain.

Untuk tahu perubahan yang bagaimana, memang kena hubungi saya dulu.

Baru boleh sembang lagi panjang untuk sesuaikan dengan keadaan dan masalah badan.

Sesi konsultasi memang percuma untuk mereka sebagai pelanggan saya.

Cara Order Vitamin Shaklee, pengedar shaklee kota damansara dan petaling jaya

Azeni Ahmad

Call/SMS/Whatapps ; 012-5771864

Page: Azeni Vita-Shoppe

COD area: Seluruh Perlis, Kota Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.

COD boleh dipertimbangkan: Kawasan Petaling Jaya (Bandar Sunway, Taman Medan, Kelana Jaya, Taman Universiti (U-Garden), Sungai Way, Damansara Utama, Mutiara Damansara, Damansara Perdana, Subang, Sea Park, Tropicana, Glenmarie dan Ara Damansara)

Bagi yang kerja berdekatan Stesen LRT Putra Aliran Kelana Jaya ke Masjid Jamek, penghantaran boleh dilakukan selepas waktu office hour.

Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.

Kebaikan dan Faedah Apabila Menjadi Ahli Shaklee

Halau Semut dari Rumah Secara Natural
Mandi Sauna Boleh Memandulkan Lelaki?

Related

Filed Under: Shaklee Tagged With: cara untuk kurus, gemuk disebabkan mengandung, mengandung susah nak kurus, mengapa badan susah kurus, perbezaan vitamin kurus dan ubat kurus, set kurus badan, vitamin shaklee untuk kurus, wanita gemuk nak kurus, wanita susah nak kurus, wanita tidak perlu kurus

Comments

  1. mrhanafi says

    10 May 2015 at 9:37 am

    saya suka yang slim…gemuk kalau sihat ok gak..anyway yang penting happy dengan apa yang ada
    mrhanafi menulis…Hari Ibu Sangat Bermakna Jika…My Profile

    Reply
    • azeni says

      12 May 2015 at 12:16 pm

      Hehehe.
      Pada diri dan pasangan masing-masing kan.

      Reply
  2. Hafizul says

    13 May 2015 at 10:38 am

    Yup..betul tu..tak yah la kurus2 lagi.. biar sedan-sedan aje..tak gemuk dan tak kurus..itu macam baru comel…
    Hafizul menulis…Belajar Asas Perakaunan Sepantas 5 HariMy Profile

    Reply
    • azeni says

      13 May 2015 at 1:33 pm

      Hehehe..
      Yang sedang-sedang je kan.

      Reply
  3. ohcikgu says

    15 May 2015 at 9:04 pm

    orang perempuan memang malas bersenam.

    ini fakta.
    ohcikgu menulis…Cikgu, dia ejek saya GEMUK!My Profile

    Reply
    • azeni says

      18 May 2015 at 10:13 am

      Woww.
      Fakta tersentap nie.
      Saya suka bersenam je cikgu.
      Hehehe..

      Reply
  4. wsc biolo says

    1 June 2015 at 11:32 am

    jangan risau tanpa olahragapun bisa kurus
    wsc biolo menulis…obat pelangsing wsc biolo asli originalMy Profile

    Reply
    • azeni says

      3 June 2015 at 11:15 pm

      Boleh kurus juga dengan tinggi kan tahap metabolisma badan kita.
      So senang terbakar lemak dan makan oyang diambil.

      Reply
  5. SaniYunus says

    4 June 2015 at 7:09 am

    Bila dah gemuk memang senang sangat nak kena penyakit. Jangan bila dah kena barulah nak ambil tindakan. Masa tu dah terlambat..
    SaniYunus menulis…Bisnes Air Balang Tak Untung?My Profile

    Reply
    • azeni says

      21 June 2015 at 6:12 pm

      Memang pun.
      Lebih baik menjaga kesihatan badan kita daripada mengubati kan.

      Reply
  6. Taukeh Pemanggang Ajaib says

    4 June 2015 at 7:11 am

    Sebenarnya sihat tu yang penting, kalau badan kita masih dalam nisbah tinggi dan berat yang betul tak jadi masalah. Tak gitu sis?
    Taukeh Pemanggang Ajaib menulis…Pemanggang AjaibMy Profile

    Reply
    • azeni says

      21 June 2015 at 6:13 pm

      Memang pun sis.
      Cuma maintenance kan kesihatan diri sahaja.
      Lebih mudah kan daripada nak menguruskan.

      Reply
  7. Dr Fattah says

    10 June 2015 at 5:57 pm

    kurus salah, gemuk pun salah, semuanya wanita yang kena terima 🙁
    Dr Fattah menulis…Sistem Untung Pasif Untuk Bisnes AndaMy Profile

    Reply
    • azeni says

      21 June 2015 at 6:15 pm

      Hahaha.
      Hormon wanita nie kan tak stabil kan.
      Nak buat mcmna.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer