• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Halau Semut dari Rumah Secara Natural

11 May 2015 By azeni 28 Comments

Di rumah kita, rasanya kehadiran semut adalah wajib kan. Walaupun tidak secara berkoloni, tetapi pasti akan ada.

Seringkali semut dikatakan antara perosak selain daripada lipas di dalam rumah.

Sebenarnya semut bukanlah perosak kerana tiada satu kejadian Tuhan di dunia ini adalah bertujuan untuk merosakkan ataupun membinasakan. Ia akan melengkapi sesama kita antara manusia dengan alam.

Halau semut dari rumah secara alami

Halau Semut Secara Alami (Sumber)

Rasanya lebih baik kalau kita tangani untuk halau semut secara alami ataupun natural. Bukan dengan membunuhnya.

Lebih mudah dan senang kalau kita memahami sifat semut itu sendiri.

Sifat semut

Sebenarnya semut berkomunikasi sesama sendiri melalui bunyi, sentuhan dan pheromones. Pheromones merupakan isyarat kimia yang terhasil daripada bahan kimia yang dirembes oleh peluh dan cecair dalam badan semut.

Semut akan mendapat isyarat melalui bau yang dikesan oleh antenanya iaitu sesungut di atas kepala. Permulaannya, beberapa ekor semut akan mengesan bau dan akan pergi meninjau kawasan terlebih dulu.

Halau semut dari rumah secara alami (natural)

Semut akan datang bila ada makanan

Kemudian akan menandakan kawasan yang akan dijelajahnya. Kemudian mereka akan membawa segerombolan untuk datang mengambil makanan.

Begitulah cara semut-semut bekerja. Dengan menggunakan deria bau dan deria sentuhan untuk mencari makanan.

Disebabkan itu, kita perlu halau dengan menghilangkan bau-bau yang membolehkan semut-semut itu datang.

Halau Semut dari Rumah Secara Natural ataupun Alami.

1. Menggunakan kulit kayu manis.

Rasanya lebih mudah menggunakan serbuk kulit kayu manis untuk ditabur. Bau kuat yang dikeluarkan oleh kulit kayu manis akan menganggu sistem komunikasi antara semut-semut.

Secara tidak langsung menghalang semut daripada datang.

Selain itu, boleh menggunakan biji kopi iaitu untuk menghalang ataupun membantutkan bau disebabkan bau yang pahit.

2. Menggunakan kapur tulis

Digunakan untuk menandakan sempadan yang tidak boleh dimasuki oleh semut-semut.

Secara logiknya, kandungan mineral yang wujud dalam kapur membuatkan semut tidak akan menghampiri ataupun ia boleh juga membunuh semut.

Halau semut dari rumah secara natural ataupun alami

Kapur untuk halau semut dari rumah

3. Cuka untuk hilangkan bau

Cuka dicampurkan dengan air, kemudian dilapkan pada permukaan meja ataupun kawasan simpanan makanan.

Boleh menggunakan kain untuk lap kawasan yang berkenaan.

4. Jaga kebersihan

Paling mudah untuk mencegah adalah dengan memastikan kebersihan tempat terutamanya di dapur.

Pastikan jangan tinggal pinggan mangkuk yang kotor dalam keadaan terdedah. Ataupun makanan terutamanya makanan manis. Perlu disimpan dalam bekas yang kedap udara ataupun plastik yang tidak boleh dihidu oleh semut.

Sumber

Rasa macam tak sabar nak mencuba petua-petua diatas untuk rumah baru kami nanti.

Okay selamat mencuba.

Muka Adalah Cermin Kesihatan Dalaman Kita
Wanita Tidak Perlu Kurus Sebenarnya?

Related

Filed Under: Shaklee Tagged With: cara halau semut dari rumah, cara halau semut secara natural atau alami, cuka untuk halau semut, kapur untuk halau semut, kulit kayu manis untuk halau semut

Comments

  1. mrhanafi says

    11 May 2015 at 11:47 pm

    bekas gula saya dimasuki semut..

    saya buka tudung dan letak dekat dapur gas..

    tak lama semua semut lari..
    mrhanafi menulis…Misi Mencari Bestmobile Brand PartnerMy Profile

    Reply
    • azeni says

      12 May 2015 at 12:15 pm

      Disebabkan panas kan.
      Ada juga masa kecil-kecil semut masuk banyak dalam bekas gula.
      Mak curah gula atas kain atau kertas besar. Dan jemur kat tengah panas.
      Memang semut lari.

      Reply
  2. Khir Khalid says

    12 May 2015 at 4:42 pm

    Info yg bermanfaat ni. Rumah saya selalu ada semut terutamanya klu waktu yg biasa hujan.. asyik spray je bunuh tak elok juga rasanya. Thanks sharing ye.. πŸ™‚
    Khir Khalid menulis…Bual Bicara Isra’ Mikraj Bandar Tasik Puteri, RawangMy Profile

    Reply
    • azeni says

      13 May 2015 at 1:34 pm

      Jangan bunuh.
      Kesian kat dia. Nak hidup juga.
      Boleh halau secara natural je.

      Reply
  3. suri says

    12 May 2015 at 5:15 pm

    kalau ada buat sepah benda mannis segera sahja mereka ini datang
    suri menulis…DIY Cara Buat Gubahan Bunga Tangan Felt PengantinMy Profile

    Reply
    • azeni says

      13 May 2015 at 1:35 pm

      Memang pun suri.
      Sebab deria bau kat sengugut memang kuat.

      Reply
  4. onlajer says

    12 May 2015 at 6:57 pm

    pergh simple je rupanya semua bahan kebanyakanya ada dirumah
    onlajer menulis…Teknik Rambo Untuk Raja LelongMy Profile

    Reply
    • azeni says

      13 May 2015 at 1:36 pm

      Senang je kan.
      Semua barang ada je kat rumah.

      Reply
  5. Hafizul says

    13 May 2015 at 10:36 am

    Ohh tak tahu pulak kulit kayu manis boleh halau semut..boleh cuba buatkan ni..hehe
    Hafizul menulis…Belajar Asas Perakaunan Sepantas 5 HariMy Profile

    Reply
    • azeni says

      13 May 2015 at 1:37 pm

      Sebab kulit katu manis tue baunya kan kuat dan tengik.
      Kalau bau kerap2, memang tak best pun.

      Reply
  6. titan says

    15 May 2015 at 3:40 am

    selalu suruh maikel je.

    nanti dia bisik la kat semut-semut tu suruh blah.
    titan menulis…Komisen ke 45 dari Ashadee.comMy Profile

    Reply
    • azeni says

      15 May 2015 at 11:48 am

      Wah main bisik-bisik.
      Soft skill tue

      Reply
  7. Azzahairi says

    22 May 2015 at 9:25 pm

    Nak beli kopi bebanyak lah lepas ni. Kena cubalah nanti πŸ™‚

    Reply
    • azeni says

      4 June 2015 at 3:31 pm

      Boleh la cuba kopi.
      Sebab kopi kuat baunya.

      Reply
  8. Dilla Jalil says

    4 June 2015 at 10:33 am

    wahhhh senang je.. Paling tak sangka, kapur tulis tu pun boleh yek.
    Dilla Jalil menulis…Resepi Mee Kari Sedap Dan Mudah DimasakMy Profile

    Reply
    • azeni says

      4 June 2015 at 3:32 pm

      Kan..
      Sambil buat tulis-tulis kat papan hitam anak-anak, boleh guna untuk halau semut.

      Reply
  9. ela says

    4 June 2015 at 12:10 pm

    Thanks azeni atas petua mudah ini..

    Reply
    • azeni says

      4 June 2015 at 3:33 pm

      Semoga membantu ela.

      Reply
  10. Nisha says

    4 June 2015 at 3:39 pm

    Wahhhh….terima kasih.nanti nak beli kulit kayu manis banyak2…..

    Reply
    • azeni says

      4 June 2015 at 3:50 pm

      Harap boleh membantu Nisha

      Reply
  11. apartemen green bay pluit says

    27 June 2015 at 12:06 am

    haoiwebsitenya sangat menarik, izinkan kami untuk menshare nya

    Reply
    • azeni says

      21 July 2015 at 10:05 pm

      Boleh.
      Semoga ia membantu orang lain.

      Reply
  12. Hanz says

    4 October 2015 at 1:36 am

    Thanks. Good sharing.

    Reply
    • azeni says

      20 November 2015 at 10:46 pm

      Semoga membantu.. πŸ™‚

      Reply
  13. Ahya says

    18 November 2015 at 9:44 am

    Agak2 boleh thn berape lama ye klu guna kayu mnis or kopi utk halau semut?
    ke itu hnya cara selain membunuh? t.kasih πŸ™‚

    Reply
    • azeni says

      20 November 2015 at 10:48 pm

      Tak membunuh cuma menghalau.
      Bergantung pada kalau banyak koloni semut-semut yang ada..

      Reply
  14. Luz says

    23 December 2015 at 5:14 am

    Thanks for the info…gonna try it.

    Reply
    • azeni says

      23 December 2015 at 6:05 pm

      Semoga membantu

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer