• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Muka Adalah Cermin Kesihatan Dalaman Kita

18 May 2015 By azeni 31 Comments

Muka adalah bahagian tubuh badan yang paling kita jaga kan. Apa-apa pun mesti nak kena tengok kat muka kan. Agak-agak:

1. Kulit muka lembut ke?

2. Hidung mancung ke tak?

3. Mata bundar atau mata sepet?

4. Dagu runcing atau tak?

5. Bibir bak delima ataupun bak manggis? Hahaha..

Sebenarnya tidak perlu muka secantik bak Miss Universe ataupun sampai perlu untuk di mekap tebal kan. Cukup sekadar muka kita sihat dan bersih daripada jerawat.

Muka berjerawat menunjukkan sistem dalaman badan tidak sihat

Jom kenali mengapa jerawat naik di muka

Jerawat yang naik di muka sebenarnya menunjukkan bahagian dalaman badan kita yang tidak sihat. Muka adalah cermin terbaik untuk menunjukkan kesihatan dalaman badan. Selebihnya kena periksa dengan doktor la kan.

Dalam bidang perubatan Cina, bahagian muka iaitu:

i. Dahi

ii. Pipi

iii. Hidung

iv. Dagu

v. Telinga

Mempunyai fungsi masing-masing untuk menunjukkan kesihatan organ dalaman kita. Mari kita tengok satu persatu.

Muka yang cantik adalah sihat dalaman

Setiap bahagian di muka mengambarkan kesihatan dalaman

1. Dahi berjerawat

Jerawat bahagian atas dahi menunjukkan masalah penghadaman iaitu sistem usus kita. Masalah penghadaman mesti berkait dengan cara pemakanan kita kan.

Makan terlalu banyak makanan segera yang mengandungi bertoksik tinggi.

Cara mudah iaitu dengan jadikan amalan makan buah-buahan yang tinggi kandungan antioksida seperti lemon, tea hijau ataupun buah berry.

Boleh lihat di Kelebihan Lemon untuk Detoks.

Jika jerawat di bawah dahi ataupun sekitar dengan kening lebih berkait rapat dengan cara pemikiran dan semangat.

Biasanya jerawat akan mudah keluar di bawah dahi apabila:

  • Cara tidur kita tidak teratur ataupun tidur tidak cukup
  • Selalu rasa tertekan je setiap masa
  • Terlalu murung ataupun sedih
  • Perjalanan darah tidak lancar

So cara paling mudah untuk atasinya dengan hidup sihat. Bagi mereka yang bekerja, elakkan daripada membawa masalah kerja ke rumah.

Nama pun kerja kan. Mesti takkan habisnya. Hehe.

2. Hidung ada jerawat

Biasanya akan berkait dengan resdung kan. Kalau jerawat naik daripada satu kemudian merebak jadi banyak dan gatal-gatal. Saluran hidung kita dihubungkan dengan telinga dan resdung yang teruk boleh menyebabkan pekak telinga tau!

Selain itu, hidung berkaitan dengan jantung dan tekanan darah. Jika tidak stabil, memang mudah naik di sekitar hidung.

3. Jerawat terlindung di kening

Jangan tidak tahu, ramai orang ada jerawat di kening sebenarnya. Kadang-kadang tak nampak ketara disebabkan terlindung dengan bulu kening kan.

Kawasan kening menunjukkan bahagian hati yang bermasalah. Biasanya disebabkan oleh banyak ambil makanan yang tinggi garam dan juga peminum tegar alkohol.

4. Dalam telinga ada jerawat

Jerawat dalam telinga?

Memang sakit dan kadang-kadang nampak seperti bisul kan.

Telinga memang berkait rapat dengan buah pinggang. Buah pinggang adalah penapis dalam badan sebelum dikeluarkan sebagai air kencing ataupun najis.

Cara atasinya dengan minum air kosong yang banyak.

5. Pipi berjerawat

Tempat yang selalu sangat naik jerawat kan. Pipi mengambarkan kesihatan paru-paru kita. Sangat mudah naik jerawat di pipi disebabkan paru-paru kita terdedah pada alahan sekeliling.

Paling mudah, terdedah dengan persekitaran merokok. Walaupun tidak merokok tetapi menyedut asap rokok juga sangat bahaya dan dikategorikan sebagai secondary smoker. Sebenarnya ia lagi berbahaya.

6. Sekitar mulut dan bibir berjerawat

Jerawat di kawasan ini disebabkan keadaan usus kecil dan juga perut kita yang penuh toksik.

Cara atasi detok badan dan banyakkan makanan berserat.

7. Berjerawat di dagu di bahagian kiri dan kanan

Ini berkaitan dengan masalah pada sistem pembiakan wanita dan juga buah pinggang.

Apabila mengalami kitaran haid yang tidak stabil ataupun hormon tidak stabil ataupun juga disebabkan buah pinggang yang terlalu berat memproses (overload).

Mudah kan nak kenalpasti masalah dalaman kita?

Cuma pada kita sahaja untuk alert atau tidak. Jika kesihatan dalaman kita dalam keadaan sihat, pasti akan terpancar di muka kita.

Kebanyakkan masalah-masalah di atas disebabkan kandungan toksik yang tinggi dalam badan. Bayangkan sepanjang umur kita dengan setiap masa makanan masuk dalam badan kita. Sebab itu, badan kita dalam keadaan berasid. Badan yang berasid memang mudah sakit dan tidak sihat.

Muka berjerawat perlu detok

Lemon antara terbaik untuk detok badan

Cara untuk detok badan berasid

Paling asas adalah dengan detok badan iaitu dengan Herbalax dan Alfalfa.

Kedua-duanya bertindak untuk membuang kerak-kerak dan lebihan air dalam badan. Juga bertindak sebagai pelawas dan laksatif.

Untuk lebih kesan satu badan, boleh ambil Vivix. Dimana kandungan antioksida yang tinggi boleh meneutralkan badan kita secara menyeluruh.

Memang boleh dilihat melalui air kencing yang sangat kotor disebabkan proses detok.

Untuk masalah kitaran haid ataupun hormon tidak stabil, boleh ambil GLA untuk bantu stabilkan.

Bcompleks membantu untuk memenangkan diri daripada tertekan ataupun perjalanan darah tidak stabil.

Muka jerawat disebabkan badan tidak sihat

Vitamin untuk detok

Kulit muka akan lebih sihat dan kecantikan asli akan terpancar dengan sendirinya apabila semua dalam keadaan sihat. Walaupun kita pakai pencuci muka ataupun krim malam yang mahal ataupun jenama apa pun sekali, belum tentu muka kita akan sihat.

Sihat dalaman dulu pasti akan sihat luaran.

Cara Order Vitamin Shaklee, pengedar shaklee kota damansara dan petaling jaya

Azeni Ahmad

Call/SMS/Whatapps ; 012-5771864

Page: Azeni Vita-Shoppe

COD area: Seluruh Perlis, Kota Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.

COD boleh dipertimbangkan: Kawasan Petaling Jaya (Bandar Sunway, Taman Medan, Kelana Jaya, Taman Universiti (U-Garden), Sungai Way, Damansara Utama, Mutiara Damansara, Damansara Perdana, Subang, Sea Park, Tropicana, Glenmarie dan Ara Damansara)

Bagi yang kerja berdekatan Stesen LRT Putra Aliran Kelana Jaya ke Masjid Jamek, penghantaran boleh dilakukan selepas waktu office hour.

Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.

Kebaikan dan Faedah Apabila Menjadi Ahli Shaklee

Set Pantang Bersalin Untuk Cepat Sembuh Luka
Halau Semut dari Rumah Secara Natural

Related

Filed Under: Shaklee Tagged With: cara hilang jerawat mudah, jerawat bibir, jerawat di dagu, jerawat di dahi, jerawat di hidung, jerawat di pipi, jerawat di telinga, muka jerawat baru, muka jerawat tanda badan tidak sihat

Comments

  1. ohcikgu says

    19 May 2015 at 7:21 pm

    Ya.

    Selalulah tengok cermin hari-hari ye..
    ohcikgu menulis…Guruku Tersayang – Selamat Hari GuruMy Profile

    Reply
    • azeni says

      20 May 2015 at 9:57 am

      Memang kena belek selalu muka kita la.
      Baru boleh tau masalah apa kan. Hehe

      Reply
  2. Ikhwan Fahmi says

    20 May 2015 at 1:23 am

    rajin rajin jaga kesihatan diri supaya muka bersih sentiasa.
    Ikhwan Fahmi menulis…Bisnes Baju Kurung Di Bulan RamadanMy Profile

    Reply
    • azeni says

      20 May 2015 at 10:01 am

      Akan terpancar di muka kita kan kalau sihat.

      Reply
  3. Hero Borneo says

    20 May 2015 at 7:50 am

    muka yang cantik adalah anugerah terindah..syukuri nikmat yang ada..
    Hero Borneo menulis…Cara Unlocked Modem Broadband InternetMy Profile

    Reply
    • azeni says

      20 May 2015 at 10:02 am

      Syukuri dengan kesihatan yang diberikan.
      Kita yang kena berusaha untuk menjaganya.

      Reply
      • Hero Borneo says

        22 May 2015 at 6:31 am

        tepat sekali ..kalau tak jaga memang rosak jadinya
        Hero Borneo menulis…Rezeki Melalui Blog Amat DisyukuriMy Profile

        Reply
  4. mrhanafi says

    21 May 2015 at 10:07 pm

    kurangkan stress maka muka akan lebih tenang dan berseri..
    mrhanafi menulis…Pelaburan Minima Tapi Impak MaksimaMy Profile

    Reply
    • azeni says

      22 May 2015 at 12:26 pm

      Paling mudah dan senang nak dibuat kan.
      Buang stress dan senyum.

      Reply
      • mrhanafi says

        23 May 2015 at 9:12 am

        kalau orang yang serius agak-agak stress tak hidup mereka..dah la susah nak senyum!
        mrhanafi menulis…Top Up Guna Friendi MobileMy Profile

        Reply
  5. abg jay says

    21 May 2015 at 11:24 pm

    kebelakangan ni selalu stress…..dah hilang seri nampaknya..hihi

    Reply
    • suri says

      22 May 2015 at 11:56 am

      kena cari penambat jiwa untuk prosuk sesuai katanya heee
      suri menulis…Petua Asli Mudah Bersalin NormalMy Profile

      Reply
      • azeni says

        22 May 2015 at 12:27 pm

        Ishh.
        Nanti garis kedut akan timbul lagi bnyak.

        Reply
  6. suri says

    22 May 2015 at 11:53 am

    muka sihat boleh buat kita lebih yakin dan ceria selalu
    suri menulis…Cara Nak Buat Jubah Hari Raya 2015 Ilmu Wajib Sedut Untuk Keturunan Akan DatangMy Profile

    Reply
    • azeni says

      22 May 2015 at 12:27 pm

      Betul sngat suri.
      Ceria selalu dan automatik mesti konfident kan.

      Reply
  7. rahimah says

    22 May 2015 at 11:29 pm

    Muda-muda dulu muka memang ada masalah juga sampai kena pergi specialist. Kalau abang long saya sendiri dah tegur tandanya muka saya dah teruk.
    rahimah menulis…10 Fakta Menarik Tentang Nepal Di Sebalik Gempa Bumi.My Profile

    Reply
    • azeni says

      24 May 2015 at 11:04 am

      Kadang-kadang kita sendiri tak pasan pun.
      Orang lain yang pasan perubahan muka kita.

      Reply
  8. abg jay says

    23 May 2015 at 9:39 am

    okey harini dah kembali ceria….alhamdulillah
    abg jay menulis…Bisnes Tudung Secara SambilanMy Profile

    Reply
    • azeni says

      24 May 2015 at 11:05 am

      Hujung minggu mesti kena ceria kan.

      Reply
  9. titan says

    24 May 2015 at 7:42 pm

    biasalah tu.

    kalau malu sebab terkentut pun, tutup muka dulu.

    bukan tutup gigi..
    titan menulis…Sakit lutut kerana aktif bersukanMy Profile

    Reply
    • azeni says

      31 May 2015 at 4:19 pm

      Hahaha..
      Baik terus lari kje kan.

      Reply
  10. Hero Borneo says

    26 May 2015 at 8:51 am

    muka adalah duta pertama seseorang..

    muka yang cantik,bersih dan berseri tentu ramai yang suka..
    Hero Borneo menulis…10 Tips Terbaik Memilih Calon SuamiMy Profile

    Reply
    • azeni says

      31 May 2015 at 4:21 pm

      Kecantikan dan kebersihan muka semua bermula dari dalaman kita.
      Kalau tempek2 bedak pun tenggelam kecantikan itu kan..

      Reply
  11. Mak Jemah Jual Vitamin says

    27 May 2015 at 11:53 am

    baru tahu telinga berkait rapat dengan buah pinggang, info bermanfaat utk MJ.
    Mak Jemah Jual Vitamin menulis…Hidup Adalah Pilihan SendiriMy Profile

    Reply
    • azeni says

      31 May 2015 at 4:22 pm

      Yela betul MJ.
      Kalau bisul ke jerawat naik kat telinga memang ada apa2 tue.
      Lagipun bentuk buah pinggan kan sama dengan bentuk telinga kita kan.

      Reply
  12. Tunsha Ayunie says

    29 May 2015 at 6:08 pm

    Sebelum ni takde pun jerawat…. kalau ada pun dalam hidung yang kecik2 macam ulser tu je… dah kawin terus satu2 bertenggek especially tang dahi, dagu & hidung…. stress !

    (macam baru faham je perasaan orang yang stress pasal jerawat ni…) hehe

    Reply
    • azeni says

      31 May 2015 at 4:25 pm

      Hehehe..
      Jangan stress..
      Nanti bertambah naik jerawat..
      Kalau kita fahami mengapa jerawat naik kat muka, kan lebih senang kita nak hilangkan..

      Reply
  13. Dato Siti says

    6 June 2015 at 12:12 pm

    muka asset yg paling penting dan berharga utk wanita..
    Dato Siti menulis…Cara Solekan Asas Muka Untuk Wanita Tampil CantikMy Profile

    Reply
    • azeni says

      7 June 2015 at 4:40 pm

      ya betul tue dato siti..

      Reply
  14. imam says

    8 June 2015 at 12:12 pm

    selain cermin kesehatan muka juga merupakan cermin kebersihan dalaman Kita, muka yang bersih berarti diri kita juga bersih. 🙂
    imam menulis…10 Dampak positif dan negatif jejaring sosial facebookMy Profile

    Reply
    • azeni says

      21 June 2015 at 6:16 pm

      Ya betul.
      Semua bermula daripada dalaman
      Kalau dalaman sihat dan cantik automatik luaran akan ikut cantik dan sihat.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer