• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

5 Cara Untuk Paksa Diri Baca Buku

20 November 2016 By azeni 12 Comments

Semua orang tahu yang membaca buku sangat bagus. Bukan setakat baca buku sekolah ataupun yang berkenaan dengan pelajaran.

Tetapi pelbagai buku seperti motivasi, keagamaan, kesihatan dan sebagainya.

Kebanyakan orang merasakan tiada masa untuk membaca buku apabila mula bekerja. Kerana sebahagian masa diluangkan dengan bekerja dan penat. Selebihnya masa bersama keluarga.

Sebenarnya dengan membaca buku, membuatkan kita akan bertambah lagi dan lagi pengetahuan, akan membuatkan sudut pandangan lebih positif dan pastinya membuatkan kita merasakan kehidupan lebih bermakna.

5 Cara untuk Paksa diri baca buku

Macamana hendak membaca buku dengan kekangan masa?

Semua orang ada masa yang sama iaitu 24jam kan. Tidak lebih, tidak kurang Terpulang pada kita untuk menguruskan masa. Jom kita jadi ‘pencuri masa’ untuk membaca buku.

Saya kongsikan disini cara memaksa diri untuk membaca buku. Sumber rujukan daripada sini ya.

5 Cara Untuk Paksa Diri Baca Buku

1. Tetapkan masa untuk membaca buku

Orang selalu fikir, membaca buku kena ambil masa yang panjang sampai berjam-jam. Macam ala-ala membaca buku sekolah kan.

Padahal boleh tetapkan dalam 10-15 minit sehari. Misalnya waktu makan malam. Sebelum ini, masa di depan TV kan. Boleh sambil di depan TV, sambil membaca buku.

Kalau dalam 10-15 minit boleh baca dalam 10-20 mukasurat tau kalau ada gangguan la. Sebenarnya lebih banyak lagi tue.

Ataupun untuk ibu yang ada anak. Kalau anak menyusu badan, boleh gunakan masa menyusu badan, sambil membaca buku. Walaupun kurang daripada 5 minit tetapi kalau menyusu 3-4 kali sudah hampir 20 minit kan.

2. Letak buku di mana-mana

Kajian menunjukkan kalau ada makanan di atas meja, kita cenderung untuk makan kan.

Begitu juga kalau buku.

Letak buku di mana-mana tempat yang mudah nampak dan senang kita nak membawa. Bukan mengadap smart phone memanjang je.

Boleh letak buku di meja makan ke, meja di ruang tamu ke, dalam bilik tidur ke. So kena beli lebih daripada 1-2 buah buku la kan.

Hehehe.

3. Jatuh cinta dengan buku

Bila kita paksa diri untuk membaca, lama kelamaan akan menjadi tabiat kan. Tak boleh kalau tak membaca buku.

Sama juga keadaan kalau ketagih untuk baca perkembangan di Instagram ataupun facebook kan. Sekurang-kurangnya masa kita tidak terbuang dengan baca isu-isu yang kurang bermanfaat.

Itu belum dikira sibuk nak jadi ‘keyboard warrior’ lagi kan. Hahaha.

4. Tentukan matlamat anda dengan buku

Kena pastikan buku itu perlu dihabiskan dalam masa yang ditetapkan.

Contohnya kalau buku itu ada 600 muka surat, boleh tetapkan dalam masa 1 bulan untuk khatam jika sehari 20 muka surat.

Juga boleh toleransi kan kurang lebih 1 minggu kalau terlebih masa.

5. Pilih buku yang berkenaan di hati dulu

Permulaan untuk ‘memaksa diri’ membaca buku, pilihlah buku yang kena genre dengan hati kita.

Kalau suka novel, boleh ambil novel dulu. Kemudian lama-kelamaan, boleh tukar genre pula. Pelbagaikan untuk memastikan keinginan untuk membaca semakin tinggi.

5 cara paksa diri baca buku

Beli buku lebih daripada 2 buku untuk meransang tabiat membaca

Saya pun dalam proses untuk memaksa diri membaca buku. Banyak juga koleksi buku yang dibeli dan beratur untuk dihabiskan.

Paling ketara bila membaca buku, ia seolah membuka minda kita seluas-luasnya. Pada masa yang sama, ia akan mempengaruhi emosi dan tindakan kita lebih positif.

Bila kita paksa diri untuk membaca dalam sehari, lama-kelamaan akan rasa ‘sesuatu’ tertinggal kalau sehari tidak membaca. Wooww best kan rasa tue.

Jom amalkan dan budaya kan membaca.

Selamat mencuba.

Home Schooling: Satu Penemuan Pendidikan Berkesan
Normal ke Sakit Rengat Lepas Bersalin?

Related

Filed Under: Motivasi, Santai Tagged With: Baca Buku, Tips suka baca buku

Comments

  1. reezluv says

    23 November 2016 at 10:21 am

    lama juga rasanya tak baca buku fizikal ni..eheh..last buku rasanya buku Saiful Nang, kisah orang menang tu je..:P
    reezluv menulis…Peluang Menang iPhone 7 PercumaMy Profile

    Reply
    • azeni says

      30 November 2016 at 12:23 pm

      Hahaha.
      Boleh juga tue.
      Sekarang prefer baca di Kindle kan.

      Reply
  2. nikkhazami says

    23 November 2016 at 12:37 pm

    saya suka baca buku. tapi semuanya buku fiction. haha
    nikkhazami menulis…Kesilapan Filem yang Anda Tidak PerasanMy Profile

    Reply
    • azeni says

      30 November 2016 at 12:25 pm

      Boleh je.
      Hihihi.

      Reply
  3. Keratan Komik says

    27 November 2016 at 10:39 pm

    Saya setuju dengan petua nombor 2 itu letak buku di mana2 sebab kadang-kala kita bosan time tu bila tak ada apa2 nak buat hujung minggu, nampak buku depan mata, belek2 dan terbaca bahan bacaan yg tak pernah dibaca sebelum ni. Dari situ dah dapat beberapa ilmu. Ada bagus juga rumah kita dijadikan seperti ruang perpustakaan biar kita tinggal dalam suasana rumah bersama2 dengan buku.
    Keratan Komik menulis…Teknik Belajar Yang Berkesan Untuk PeperiksaanMy Profile

    Reply
    • azeni says

      30 November 2016 at 12:27 pm

      Kan.
      Tue salah satu impian saya juga.
      Nak buat rumah ala-ala perpustakaan kan.
      Bau kertas buku yang sangat mendamaikan..
      Hehehe..

      Reply
  4. Ira says

    28 November 2016 at 12:13 pm

    baca buku kadang best jugak especially novel. hehe
    Ira menulis…Respon Keluarga Bila Insan Tersayang Dapat KesanMy Profile

    Reply
    • azeni says

      30 November 2016 at 12:30 pm

      Dan pastinya membuka minda dan fikiran kita kan..

      Reply
  5. titan says

    8 December 2016 at 3:18 pm

    dah memang suka baca buku.

    so, memang gua bukan jenis tak membaca.

    tapi sebab dah terlampau malas..gua baca buku bila susah nak tido malam aja..
    titan menulis…Cat in DARK.My Profile

    Reply
    • azeni says

      24 December 2016 at 9:27 pm

      Hahaha..
      Cikgu terpaksa baca buku anak murid..

      Reply
  6. Jambu batu says

    20 December 2016 at 2:43 pm

    Setuju sangat. Baca buku dapat meluaskan minda. 🙂

    Reply
    • azeni says

      24 December 2016 at 9:27 pm

      Kan..
      Terasa duk dimensi lain je kan..
      Hehehe.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer